Showing posts with label b2b idea. Show all posts
Showing posts with label b2b idea. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012


Hi dan As Salam.

Hari ini saya mahu berkongsi tentang
bunga fresh flower yang digunakan semasa
majlis saya tempoh hari. Syukur Alhamdullilah, 
kawan ayah saya yang berada di Cameron Highlands 
yang telah memberinya secara percuma
dan menghantarnya 2 malam sebelum majlis.

Kebanyakkannya saya gunakan untuk centerpieces.
Selepas majlis, bunga tersebut masih bertahan
dan segar untuk beberapa hari. Jadi jika ada
kawan - kawan yang gusar tentang bunga - bunga
di Cameron Highlands, jangan risau kerana ia bertahan
untuk beberapa hari jika teknik penjagaanya sesuai.




Maaf, saya tak ingat nama bunga - bunga
ini. memang kelemahan saya dalam 
mengenal bunga, sungguh tak cam :D

Wednesday, February 15, 2012

Hi korang, semoga semuanya sihat dan ceria ceria selalu.

Hari ini saya stop review dulu sambil - sambil tunggu gambar
dari main photographer saya. Lagi banyak gambar lagi besh kan :)

Hari ini saya nak share something, ia tidaklah sebanyak mana namun 
harap ia dapat membantu mereka yang mencari videographer. Soalan 
paling kerap ditanya, videographer mana yang terbaik? Kalau ditanya
pada saya, harusla saya mengatakan semuanya terbaik. Citarasa kita
berbeza kan. Jadi soalan itu sukar untuk dijawab jadi adalah paling baik
kita membuat 'research' terlebih dahulu, dapatkan maklumat dan buatla
pilihan anda. Saya pernah bekerjasama dengan 3 videgrapher, satu
telahpun saya review sebelum ini, lagi dua Insya Allah coming soon =)

Perkara pertama sebelum anda memilih videographer ialah estimate
budget anda. Tetapkan lingkungan harga yang anda mampu. Sayugia
diingatkan adalah yang mahal tidak semestinya terbaik dan yang murah 
tidak semestinya tidak baik. Ada juga yang mahal baik dan ada juga 
yang murah tidak baik. Jadi harga bukanla penentu segalanya =)

Kedua, dapatkan quotation dari pelbagai videographer. Masa ini
anda boleh melihat skill communication atau PR mereka. Saya rasa
masa ini anda sudah boleh melihat serba sedikit keserasian yang ada
di antara anda dan pihak videographer. Bila sudah dapat quotation,
senarai pendekkan yang anda suka dan mula melihat hasil kerjanya.

Okey, paling penting di sini ialah memahami pakej anda. YES ! ini wajib.
Pelbagai pakej videographer ditawarkan oleh pelbagai videographer.
Saya bagi 3 contoh bagi pakej oleh certain videographer seperti di bawah :

***************************************************************

Videgrapher A

3-6 minutes highlight reel with music (for every event)
1 cinematographer
30-40 minutes edited coverage footage
Professional colour grading
1 copy of uncompressed DVD video of all highlights 
Custom designed DVD cover and overlay
footages in high definition (HD) quality
All raw footages are available on request

Videographer B

Coverage for 2 event - Solemnization and Reception
Videographer
Wireless or cable audio equipment (for recording purpose)
Full event and creative shot
2 copies full edited video in DVD
1 copy unedited video
2 copies video highlight (as posted in website)
Custom dvd cover and menu with full colour printing
DVD casing for full edited video
1 custom dvd box for highlight video

Videographer C

1 Videographer
1pcs DVD playback music montage (duration 5 minutes)
1pcs full DVD event (duration 50-60 minutes)

********************************************************************************

Jika dilihat contoh 3 di atas, pelbagai pakej ditawarkan. Anda perlu 
memahaminya sebaik mungkin apa yang anda akan dapat. Misalnya 
berapa DVD anda dapat, ada hightlight atau tidak, anda dapat yang 
edit atau tidak edit, rakaman sepanjang hari anda dapat atau tidak, 
video anda ada rakaman suara atau tidak,berapa ramai yang 
merakamkan majlis anda. dvd anda ada cover atau tidak. yang penting 
kaji dan fahami secukupnya. Sekurangnya jika anda tidak faham 
tentang alatan mereka,anda faham apa yang anda dapat =). 
Fahami juga mou anda dengan videographer. Berapa lama boleh 
siap, urusan pembayaran dan sebagainya. simpan resit okeh !

Saya galakkan anda berjumpa dengan bakal videographer anda 
sekurang-kurangnya sekali, ini boleh mewujudkan hubungan yang 
positif dan saya prefer bayaran secara bersemuka berbanding 
online di ofis mereka. Namun terpulang pada anda.

Paling penting. Anda berhak bertanyakan progress video anda 
apabila selesai majlis. Anda juga berhak melihat dulu rakaman tersebut 
dan meminta mereka edit sebelum ditayangkan. Jangan khuatir untuk
 minta mereka pinda apa -apa.

Akhir kata, semoga tips ini dapat membantu serba sedikit anda
dalam mencari videographer bagi majlis anda. Kita berusaha
seterusnya tawakal pada Allah semoga dipermudahkan :)
enjoy your coverage !! keep your memory =)

Tuesday, December 6, 2011

Assalamualaikum semua, semoga hari ini
lebih baik dari semalam, Insya Allah :D

Alhamdullilah, saya sudah janji akan review satu persatu
tentang majlis saya dan saya mulakan review saya dengan perkara
paling basic apabila kita merancang sesuatu, iaitu 'perancangan'.
Saya memilih tiga medium dalam membuat perancangan iaitu
blog saya, komputer riba dan buku tulis dan sketch :D

Saya menggunakan blog untuk menghapdet yang saya rasa perlu
dan komputer riba untuk menyimpan segala hasil googling atau gambar.


Bagi buku pula, asalnya saya juga menggunakan format template
yang saya dapatkan dari internet, buku perkahwinan dan sebagainya. Namun
lama - lama saya rasa it tooo formal !! Rasa macam mak aih susahnya.
Then saya terus stop, sebab kalo kita rasa stress tentu xbesh kan :D
So saya decide untuk buat secara unformal, breaking the rules.
Saya wat ikut gaya keselesaan saya sendiri dan mula mereka buku sendiri.
Jadi maafkan saya jika tajuk buku saya ini mereng, perkataan
planner pun tak cukup haha. alaaa saya je pun yang nak baca :P


Saya memang bahagikan buku saya kepada dua di mana satu
lagi adalah sketchbook di mana di dalamnya saya
tampalkan gambar dan melukis apa yang saya inginkan =)
Design hadapan buku pun simple, asal mudah dibawa.

Ops, jom saya kongsikan sebahagian di dalamnya okeh :D
Setiap bahagian dipisahkan oleh kulit bewarna.

bahagian listing, checklist :D

bahagian quotation, toc dll

bahagian conteng2, anything !!

 bagian resit - resit dan payment

 bahagian business card vendors, etc

untuk bahagian dalam sketchbook pula simple sahaja =)

 bahagian sketch oleh vendor atau saya

bahagian rujukan, saya tampal mana berkenan

Biasanya saya memang bawa apabila saya jumpa - jumpa
mereka yang terlibat dalam majlis saya. peringatan untuk semua
b2b, catat apa sahaja yang dijanjikan atau yang di dealkan okeh.
kalau boleh minta dorang sign sekali apa yang yang perlu.
Alhamdullilah mereka - mereka yang saya jumpa faham napa
saya buat macam tu. malah statement email pun saya print :D

Malah, En. Rashdi (Peveyhack) sempat juga snap dan
hapload buku saya di facebooknya  ketika kami berjumpa! :D


Lastly, sentiasa ingatkan diri kita tidak semua yang kita rancang
itu akan berlaku, namun bersyukur jika ia lancar sebaiknya.
Sebaik - baik perancangan ialah perancangan Allah S.W.T jadi
lepas merancang, tawakallah kita pada Allah. Insya Allah dipermudahkan.
Aminnnnnn, moga semuanya baik - baik sahaja.

p/s : buku itu saya masih sayang sampai bila - bila :P

Friday, October 28, 2011

Hi lovelies !!, saya nak share dengan kalian
semua gambar inspirasi berkaitan papan tanda kayu
or papan tanda arah or signange or korang panggil apa? =p
biasanya sebagai dekorasi, kalo ia jadi penunjuk arah
di Malaysia mesti woweee hehe ~

Selamat menjamu mata dan berinspirasi hehe =)

sumber : Jazzeyra Blog



sumber : google

papan tanda macam gambar di atas banyak ada di romantika
harga dalam puluh - puluh juga. gurlp hehehe :P


sumber : udey ismail

sumber : Chenta Weddings

Cantik kan ! Saya hanya mampo berangan. sob. sob..hehe
Moga ia memberi inspirasi kepada anda semua :)

************************************************
anaztasias : jadikan sebagai deko photobooth pun boley kawan2 :)


Tuesday, September 27, 2011

Hi all, Lantern terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk,
namun bentuk yang paling popular adalah bentuk bulat dan
saiz yang paling femes adalah sekitar 12 inchi dan 14 inchi,
( sumber : kakak kedai Basket Shop je .. hehe )

Jikalau kena caranya, lantern ini sangat sweet diletakkan di
majlis perkahwinan anda samada sebagai dekorasi pelamin,
bilik pengantin, centerpieces, khemah dan sebagainya. Saya
nak share dengan kalian tentang contoh - contoh dekorasi
lantern di khemah - khemah kenduri kahwin. Insya Allah
semoga ia memberi inspirasi kepada kalian semua :)

 sumber : blog yaya 

sumber : google

 sumber : blog fia polaris

sumber : blog intan cholarissa


sumber : facebook Papern Lantern N Boxes

Cantik kan. Terpulang kepada kreativiti anda, walaupun
lantern anda sedikit, Insya Allah tetap nampak cantik jika
kena dengan lokasi dan dekorasi yang sesuai. Warna
juga mainkan peranan, harus ada pro dan kontra dalam warna.

Khemah saya tidak ada scalop dalam, mungkin tepi je.
Nak kena bincang dengan adik lelaki tentang 'port' gantung hehe.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli lantern, anda mungkin
boleh mengunjungi Kedai Basket Shop ( guideline ada dalam entry
sebelum INI ), bagaimanapun jangan risau jika anda tiada masa
atau duduk jauh dari Kuala Lumpur, anda boleh membelinya
secara online di Paper Lantern N Boxes. By hand or by pos :)

********************************************
anaztasias : seboleh - bolehnya saya cuba mencari gambar
yang bersesuaian dengan suasana kenduri di Malaysia :)

Friday, September 9, 2011

Hai semua :) Alhamdullilah, buat kawan - kawan yang bertanyakan
tentang wedding website, hari ini ni saya nak share dengan
kawan - kawan sekalian senarai FREE WEDDING WEBSITE, 
hehe saya mention FREE yea, tidak perlu mengeluarkan cost, 
cuma diperlukan masa dan kerajinan sahaja untuk membuatnya.
Siapa yang pandai programming, coding boleh buat sendiri :)

Ini adalah senarai FREE WEDDING WEBSITE, setiap web tu
ada keunikan dan kelebihan yang tersendiri, jadi anda perlu explore
untuk mengetahui mana yang bersesuaian dengan diri anda.
Di antara senarainya adalah : -


Banyak yang menarik, dengan pelbagai kelebihan, ada yang
boleh masukkan lagu, masukkan video, flash sana sini, etc etc,
terpulang kepada anda untuk memilih yang mana hehe. Saya pilih
yang simple sahaja, iaitu www.projectwedding.com

Kenapa saya pilih project wedding? 

1) Kerana saya sukakan 'tools' yang mudah sebab masa semakin suntuk,
jadi saya tidak website yang perlu banyak step untuk membuatnya :)


2) Saya sukakan google map yang ada di dalamnya. Website yang lain
pun ada, cuma samada besar atau kecil sahaja. Comel x simbol cake :p


3) Saya suka bahagian guestbook online. Sebab memang dah berniat nak
print all the wishes and tampal dalam buku guestbook nanti. Sebab tu saya
suka part ucapan yang ada gambar hehe tapi tiada gambar pun boleh wish.
Sekiranya sudi, sudilah anda mencoret di guestbook online kami ini yea :)

 
 
puteri, anda di 'snap' haha. terima kasih juga buat yang lain yea :)

Semoga list yang saya senaraikan itu dapat membantu
mereka yang berminat untuk membuat wedding website sendiri.

Selamat Mencuba ! Salam Sayang. Xoxo :)

*************************************************
anaztasias : yeay ! esok nak pi fitting baju nikah. dup dap. haha :D

Thursday, August 25, 2011

Hai korang ! Semoga ceria hendaknya :)

Bathrobe ataupun jubah mandi terdiri daripada pelbagai saiz,
jenis kain, design dan juga harga. Ada yang murah, dan ada juga
agak mahal. Saya pernah survey dekat SOGO, harga ratus2 
juga :P tapi Xora pernah jumpa yang murah, RM 9.00.

Saya rasa agak pratikal memakai jubah mandi, seperti mana
anda memakai kameja butang ketika make-up, mudah untuk
ditanggalkan dan tidak menganggu bahagian kepala yang telah disolek :)
Jangka masa pendek, jubah ini boleh dibawa semasa honeymoon,
jangka masa panjang pula, gunala bersama pasangan anda sentiasa hehe :D

Ada 3 cara anda boleh mengukir perkataan yang anda suka
di bathrobe tersebut, ( bergantung juga kepada jenis kain ye ) :
a. sulaman huruf (harga bergantung kepada perkataan)
b. mengunakan batu rinsthone, manik dan sebagainya.
c. menggunakan marker pen khas untuk kain.

Terpulang kepada anda untuk realisasikanya. Saya prefer
sulaman huruf, tahan lama, kukuh dan nampak kemas :)

 sumber : ebay.co.uk

 sumber : mibrideandgroom

 sumber : weddingbee

sumber : xora DTN

Comel kan. Yang penting lepas kenduri still boleh
digunakan. Insya Allah. Hehe, i'm lucky ! saya dah jumpa
sepasang, harga RM 23.00 sepasang. Nanti saya share =)

**************************************************
anaztasias : bak kata Renee, Xora dengan misi sulit, Renee pula project X,
saya pun bercadang nak mulakan  'Project Purple'. jom sama2 Renee !
Esok, genap 90 hari lagi sebelum 'saat itu', doakan semua project saya
menjadi ye kawan - kawan. Insya Allah, anda juga , gambate ! :D

Thursday, August 11, 2011

Cranes origami atau saya lebih suka panggil
origami burung merupakan favourite saya apabila
melihat origami. tak tahu kenapa. tapi saya suka :P

Cuba, korang tengok gambar origami burung di bawah.
Saya jatuh cinta. melting. Nak juga wat camni leh :p

 source : the knot

 source : mywedding

 source : lovelycluster

source : cakeandpictures

Suka tak ? Hehe. Cantik tak kalau letak di gazebo?
Atau di selang seli dengan lantern tapi kena buat banyak
Oh tidak.. saya tak serajin itu kot hahaha :P

********************************************
anaztasias : beshnya kalau dapat berangan lebih - lebih :P

Tuesday, August 2, 2011

 Siapa berminat untuk membuat bunting, banner
or poster wedding anda, ala - ala movie style?
Hehe, Insya Allah moga gambar - gambar di bawah
memberi sedikit ilham kepada anda untuk direalisasikan :)

 sumber : The Wedding Chat

 sumber : sis nyomel


 sumber : moviepostershop

 sumber : all women stalk

sumber : dvdrealesedate

 sumber : ellfaziraazman


huhu, gambar di bawah ni saya lost sumber.
sori , but i use google as known :P

 love this :)

 from blogger too. i lost her link :(

nak mcm ni boleh? :p

p/s : anda suka yang mana? moga ia memberi ilham :)

***************************************
anaztasias : misi mencari gambar yang besh (bagi saya la :p)

Monday, July 11, 2011

Hai, hai, hai dan hai (^ ~)
ada satu gambar ni saya jumpa dan simpan.
Nak share dengan anda semua kerana
ia praktikal dan boleh dilakukan =)

Selalu kalau kita pergi kenduri yang ada guestbook corner,
kita selalu wish ucapan "selamat pengantin baru, hepi wedding, etc2"
Mungkin gambar ini memberi sedikit inspirasi kelainan pada ucapan kita.

source : google

Hehe, nice kan. idea - idea yang boleh dipraktikkan
untuk mencatat di dalam wedding guestbook yang anda hadiri.

- nasihat kepada pengantin ( jeng jeng jeng )
- kenangan bersama pengantin (mesti panjang ayat :p)
- jangkaan dan ramalan ( macam wish je kan ? :p )
- lukisan ( saya paling suka yang ini )

*******************************************************
anaztasias : hehe yang penting jangan lama sangat, kesian pada mereka
yang menunggu giliran. T_T. doakan yang terbaik untuk semua pengantin =)