Showing posts with label photobooth. Show all posts
Showing posts with label photobooth. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Hi dan As Salam

Setelah complete review berkaitan diy bagi
sudut photoguestbook dan photobooth, ini
adalah entry terakhir bagi sudut tersebut.

Saya sebenarnya terlupa saya ambil full 
pakej dengan pihak rosebay termasuk deco
meja bagi photoguestbook, maka saya siapkan
meja tetapi secara simple, sampai pihak rosebay
pula yang tidak naik kan barangan deco mereka :)
yela mana boleh full sangat kan, nanti orang nak 
menulis susah hehe. Saya guna meja banquet sahaja.

alas meja corak - corak bunga

Bagi alas meja, saya membelinya di romantika
ayer keroh melaka,ada banyak pilihan di sana,
Burung batu saya recyle dari bilik pengantin dan
saya guna papan blackboard mini, hitam. Bunga fresh 
flower pula saya ambil dari lebihan centerpieces.

gambar sebelum meja ini di setting.

Setelah selesai saya gabungkan dengan signage
props dan gambar pre - wed bentuk canvas.


Terima kasih yang tidak terhingga bagi mereka
yang telah memeriahkan sudut ini. Gamsa - hamnida :)

Monday, June 18, 2012

Hi dan As Salam

Rentetan dari entry {purple project} ini.

Divider kayu itu saya jadikan sudut photobooth
yang simple sahaja. Antara bahan - bahan yang
digunakan adalah kertas doily, colouring alphabet,
wedding magazine (recycle), origami dan double tape.
Bunting diletakkan sebelah divider kayu ini.

Dan ini adalah hasilnya :





p/s : photobooth ini banyak beralih tempat,
finally mereka letakkan berdekatan dengan
 khemah tetamu berehat :)

Wednesday, June 13, 2012

Hi dan As Salam

Rentetan daripada post semalam, hari ini
saya sharekan tentang props yang digunakan
untuk sesi photobooth majlis saya.

Props yang sangat simple, saya cuma guna
kertas doily berbentuk empat segi, mesin liminate,
mesin pencetak dan kayu lidi sate. Saya
menggunakan software microsoft word untuk
menaip perkataan sebelum dilekatkan
di atas kertas doily kemudian diliminatekan.

Ini hasilnya :



antara rakan - rakan blogger yang hadir : 


Lot of love, from us :


p/s : perkara yang paling saya sangat kesali ialah
menyewakan doily wording ni. Sangat kesal.
Selepas customer guna , dah tak dapat balik
sebab dia cari dah tak jumpa lepas kenduri.

sangat sedih, walaupun simple tapi saya sayang :(

Tuesday, November 15, 2011


 Ini baru testing. Warming up =)

Terima kasih sangat for my lovely cousin for help me,
di saat akhir ini kita perlu berkerjasama sepenuhnya hehe.

guna recycled paper je dan doily ! wajib gitu. hehe

p/s : Dah mula berkemas untuk pulang ke kg.halaman
korang yang datang exchange link, thank you sangat2,
nanti saya link balik ye, sekarang ni nak fokus siapkan
semua diy,, harap harap sempatla. doakan tau. Aminn !

Thursday, November 3, 2011


Asalnya project ni tiada dalam senarai tapi bila
saya tenung benda 'ini' lama-lama, tappp ! macam2
visual atau gambaran masuk, hehe soo apa lagi
just do it yourself la, lagipun saya rasa suka sangat project ni.

cer gtau, benda alah ni dipanggil apa :)

teaser gambar je dulu, kali ni tiada detail bahan asas
sebab banyak kena try n error, lepas complete saya
share yea. agak-agak kawan - kawan boleh teka 
untuk apakah benda ini? =)

Sentiasa semat dalam hati, barangan diy untuk wedding
haruslah boleh guna after wedding as a deco,etc. Insya Allah.
Jom kita berdiy untuk wedding dan berdeco untuk rumah.
Sekurangnya tidaklah rasa membazir kan. chayoook !

**************************************************
anaztasias : feningla kepala bonda saya gamaknya nanti hehe T_T

Monday, October 24, 2011


Perkhidmatan mencetak canvas kini semakin popular
di kalangan bride to be seiring dengan perkembangan
'pre-wedding' dalam bisnes fotografi, saya ingin sharekan
dengan kawan - kawan semua senarai company dan 
orang persendirian yang menyediakan perkhidmatan 'canvas printing'.
Murah atau mahal print canvas ini bergantung kepada harga
yang mereka tetapkan. rajin - rajin minta quo okeh :)
Jika ada tambahan, sharela dengan saya yea :)

Untuk maklumat lanjut, klik pada link nama yea :)

1. Canvas Photo's - Shah Alam
2. Myphoto Canvas - Shah Alam
3. The Photobooth Corner - Kuala Lumpur
5. The Perfect Canvas - Kuala Lumpur
6.Lovely Canvas - Shah Alam
7. PhotoLover Photography - Kuala Lumpur
11. Wedoo - Kuala Lumpur
12. Photo Frame - Pulau Pinang
13. Foto Canverse - Shah Alam
14. Otai Kad Kahwin - Tampin

Semoga ia dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.
Jangan rasa membazir membuat canvas, lepas selesai majlis
jadikan ia sebagai dekorasi rumah anda :) hehe :)

******************************************************
anaztasias : Alhamdullilah, saya dah dapat canvas dari TPC =)

Friday, September 30, 2011

Hai semua, saya nora kawan si lovelyadibah, sapa adibah?
dia merupakan owner kepada Photobooth Corner, dan 
beliau sedang menganjurkan pertandingan mencari 
idea photobooth kreatif ! Dba, here special for you my dear !
***************************************************

Firstly untuk merangka idea photobooth ini, beberapa kriteria
perlu diletakkan agar idea ini menjadi realisasi, yok kita share idea !

First, lokasi. Oleh kerana majlis saya diadakan di kawasan umah,
maka pemilihan kawasan perlu dirangka dengan baik. Bagi saya
lokasinya perlula berada di tengah - tengah di antara 'candy buffet'
dan juga ' guestbook area'. Hehe, nak tahu kenapa? There reasons are :

1) Gula - gula seperti lolipop boleh menjadi props untuk bergambar
tentu comel bergambar bersama si lolipop atau gula - gula di kiri kanan anda :p

2 ) Secara tidak lansung juga kawasan photobooth itu menjadi tempat rasmi
bergambar sebelum diletakkan di dalam buku guestbook, lagi mudah keje OP T_T.

Second, background. Saya sukakan backrground seperti rak besi atau kayu
yang dyll using on her wedding. boleh gantung - gantung gambar or dekorasi
seperti origami, lantern, fan paper, fan flower or doily garland !!
err dapat bayangkan tak? hehe T _ T

rak besi, all white lagi cantik !

rak kayu dyll or nak panggil apa ek hehe T_T

but backup plan is jika tiada kedua benda di atas, anda
boleh menggunakan GARLAND, ada macam - macam 
jenis garland, hehe, let's checkit dout !

 doily garland

 flower garland

origami garland


ribbon garland

and finally, of course props !! Boleh terdiri daripada perkataan,
gambar, chalkboard, frame or teddy bear haha T_T, most important
have fun and say cheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeese !




sources : google !

and jangan lupa photobooth sign dearies !!


Soooooooooooo cute rite, hope ia menjadi isnpirasi buat
semua yang mahu menjadikan photobooth mereka realiti !

Photobooth comel menarik hati
bergambar sakan tidak terperi
menjadi kenangan tersemat di hati
moga ia menjadi realiti !


Salam sayang, xoxo, muaaaaaaaaaaaaah !
~ anaztasias nora aira ~

Thursday, August 11, 2011

Cranes origami atau saya lebih suka panggil
origami burung merupakan favourite saya apabila
melihat origami. tak tahu kenapa. tapi saya suka :P

Cuba, korang tengok gambar origami burung di bawah.
Saya jatuh cinta. melting. Nak juga wat camni leh :p

 source : the knot

 source : mywedding

 source : lovelycluster

source : cakeandpictures

Suka tak ? Hehe. Cantik tak kalau letak di gazebo?
Atau di selang seli dengan lantern tapi kena buat banyak
Oh tidak.. saya tak serajin itu kot hahaha :P

********************************************
anaztasias : beshnya kalau dapat berangan lebih - lebih :P

Monday, February 28, 2011

hai hai hai holla holla holla

Nowadays, guestbook become more popular
or trend in wedding events, tetapi ada yang
sukakan kelainan dengan menjadikan wishing tree
sebagai salah satu cara tetamu meninggalkan pesan.

Buat mereka yang mahu merealisasikan 'wishing tree' ini,
jangan risau.. Weddingchicks sertakan one by one step
untuk mereka yang mahu membuatnya sendiri (DIY).

source : weddingchicks

Disertakan juga link template untuk guest note
bagi dilekatkan di wishing tree. cool kan !


Nak tahu lebih lanjut. Klik SINI

Selamat mencuba rakan - rakan :)

*******************************************
anaztasias : i have mine :p

Monday, November 8, 2010

Hai dan salam. 
Have a nice day !


Saya rasa semua orang sukakan gambar pada wed-day mereka.
Tentu segala kenangan manis mahu tercatat pada hari tersebut.
Lantas, idea photobooth juga terselit dalam wed-day :p
Oh majlis saya takda photobooth, haha tapi camera tetap ada :p
selain idea photobooth, saya suka idea seperti gambar di atas,
di mana ada kamera berserta instructionnya sekali. Tapi hati-hati
idea ini rasanya perlu diperbaiki kalo di majlis kita sebab silap
langkah, kamera kita boleh lesap haha :p. Jadi kena ada
orang yang incharge, agak susah juga jika semuanya bz :p

Apapun saya suka ayatnya. Hurm maybe boleh diubah suai
sedikit mengikut kesesuaian majlis kita :) . Apapun saya simpan
gambar ni dalam blog saya. Senang nak wat rujukan nanti !

******************************************************
anaztasias : sapa kata orang chubby xleh posing. WRONG !! :D