Showing posts with label candy buffet. Show all posts
Showing posts with label candy buffet. Show all posts

Friday, February 22, 2013

Hi dan As Salam

Job : Candy Buffet Add On Small Guestbook Corner
Location : Tampin, Negeri Sembilan (Nearby Rembau and Melaka)














Interested ? wedding, akikah, cukur jambul, house warming, anything
Contact us know and tell your story !

or leave a comment, we will reply. In Shaa Allah.

have a nice day peeps ! take care :)

Wednesday, February 13, 2013

Hi dan As Salam

Anaztasias Creations menyediakan perkhidmataan
sewaan barangan candy buffet dan juga perkhidmatan
candy buffet. Sesuai untuk apa jua majlis.

Sewaan Barangan Candy Buffet


Pakej Servis Candy Buffet




Berminat untuk ketahui lebih lanjut dan juga
maklumat - maklumat pakej yang lain :-

Layari facebook : Anaztasias Creations

Terima Kasih.

Tuesday, May 29, 2012

Hi dan As Salam

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan awal blog saya,
sudah tentu tahu saya memang ingin mengadakan sudut candy
buffet saya sendiri. Kesemua bahan yang saya perolehi anda
boleh lihat di {entry 1}, {entry 2}, {entry 3}, 

Kesimpulannya,

bahan - bahan yang saya gunakan untuk
membuat sudut candy buffet saya ialah :

- pelbagai jenis jar atau balang kaca
- meja, alas meja, skirting dan riben
- arch besi, tali rafia, doily paper, khemah
- wooden easel, gambar canvas, wooden board
- mesin chocolate fountain (sponsored by honey soft)
- bahan - bahan deco seperti mini frame, fresh flower, etc
(saya guna pakai lebihan centerpieces saya di sini)

manakala bahan - bahan makanan pula ialah :-

- pelbagai jenis gula - gula dan coklat {entry 1}{entry2}
- chocolate fountain {entry 1}
- 1000 cupcake {entry 1}
- 800 aiskrim kon {entry 1}
- 3 tin biskut panjang dan manis

Sudut candy buffet saya simple sahaja, memang saya sediakan
untuk 1000 tetamu. Cuma saya tak sempat briefing pada
saudara mara saya jadi susunannya tidak seperti yang saya jangka
tetapi ia masih ok dan berjalan lancar. Btw, pengantin tak
sempat merasa, licin habis haha :)

Jom, tengok gambar untuk lihat sudut candy buffet saya :)

antara gambar bahan makan yang disediakan :-





selain itu, antara dekorasi yang dibuat sendiri :-






paling rasa puas hati apabila melihat tetamu
menikmati juadah candy buffet yang disediakan :)





tips : bagi yang tidak ada ruang di halaman rumah, jangan
lupa masukkan khemah dalam list anda :)

okey, jumpa lagi  next review.. take care !

Tuesday, May 15, 2012

Hi dan As Salam

Anda peminat aiskrim? maybe ice - cream boleh
dijadikan salah satu daripada menu tambahan 
yang boleh anda sediakan kepada tetamu.

Bagi majlis saya, saya memilih untuk bekerjasama
dengan Honey Soft Ice Cream yang berasal
dari Terengganu. Jangan risau mereka boleh
pusing satu semenanjunag. Pelbagai pakej
disediakan termasuk untuk kenduri majlis perkahwinan.
Antaranya ice - cream yang disediakan
untuk pengantin dan tetamu di meja beradap.


Sayangnya mereka tertinggal kamera di majlis saya,
kalau tidak mesti banyak gambar yang boleh dicaptured.
Apapun semua memuji sedap, laku habis tau !

nana, saya curi gambar dari blog kamu :p

Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi
pihak Honey Soft Ice Cream sendiri di :



p/s : kami sempatla merasa satu aiskrim seorang. sedap..sejuk !


Tuesday, February 21, 2012


Hi lovelies, hari ini saya nak share dengan kalian
tentang mengubah balang yang kosong menjadi ceria.
Tapi idea saya simple je. Guna bahan -bahan yang ada 
a.k.a recycle bahan - bahan yang dah ada di rumah hehe.

Candy Jar saya ada pelbagai bentuk. Saya beli di Romantika.
Memang paling murah saya jumpa selepas survey beberapa
tempat. Saya memang suka dengan balang - balang ini.

Okey, ini antara gambar balang yang kosong.


Jom, tukarkanya kepada simple decoration yok !

Bahan - bahan yang digunakan bagi proses ini ialah : 

1) Riben warna purple corak2
2) Tq tag cards
3) Double tape
4) White paper doily


Dan ini pula langkah - langkah membuatnya :


Langkah 1 : Lilitkan reben pada setiap balang

Balang kaca yang ada terdiri dari pelbagai size. Lilitkan pada
setiap balang mengikut kesesuaian lokasi balang sebab kalau
salah lilit, riben boleh menjadi kendur atau tercabut. Lekatkan
dengan double tape jernih tu. Memang lekat dan tahan lama.


Langkah 2 : Letakkan doily paper di dalam balang
Kemudian letakkan doily paper di dalam setiap balang kaca.
sekeping sudah memadai sebagai alas :) Comel hehe


Langkah 3 : Letakkan tag di balang kaca tersebut.
Pilih sudut hadapan balang kaca dan letakkan tag, label or
anything, Saya letak lebihan tq tags saya hehe.


Kemudian, masukkanlah gula - gula or anything u want !


Yeay.... dari balang kaca yang kosong sudah jadi ceria !


Kesemua balang kaca ni saya letakkan di bahagian candy buffet
masa majlis haritu. Nanti saya review our own simple candy buffet :)

Have a nice day guys !! xoxo.

Tuesday, November 15, 2011


 Ini baru testing. Warming up =)

Terima kasih sangat for my lovely cousin for help me,
di saat akhir ini kita perlu berkerjasama sepenuhnya hehe.

guna recycled paper je dan doily ! wajib gitu. hehe

p/s : Dah mula berkemas untuk pulang ke kg.halaman
korang yang datang exchange link, thank you sangat2,
nanti saya link balik ye, sekarang ni nak fokus siapkan
semua diy,, harap harap sempatla. doakan tau. Aminn !

Sunday, November 13, 2011


projek ni guna kertas doily bentuk square,
barang - barang lain semua recycle, rama - rama
cilok dari barangan masa tunang dulu, huruf
pula ambik dari alphabet yang ada, papan je
beli di daiso hehe. RM 5.00 la kosnya =)

okey, mencari ilham nak add apa lagi.
another doily creation coming soon =)

Wednesday, October 12, 2011

sumber : google

Anda suka chocolate fountain? Dekat sini saya kongsikan beberapa
listing yang menjual dan menyewa mesin chocolate fountain. Malah
ada juga yang menyediakan pakej lengkap sewaan chocolate fountain.


Ada cadangan lagi untuk saya masukkan dalam listing? Sangat dialukan :)


Contoh gambar makanan yang sesuai untuk diserasikan bersama
chocolate fountain di rumah. Biskut panjang :p ~

Alhamdullilah, ada kalanya apa yang kita berangan itu, Allah makbulkan.
Syukur. ada pihak yang sudi meletakkan mesin chocolate fountain
di majlis saya nanti, Insya Allah. cuma saya perlu mencari coklatnya sendiri.
Thanks kakak A, i will make special review about this later. Insya Allah.

Saya sedang mencari coklat kini. Ada yang kata dekat kedai yang
ada jual barangan bakery ada, Insya Allah saya akan cari masa untuk terjah.
Kalau dari segi online, saya baru jumpa 2 tempat yang jual coklat yang
sesuai as chocolate fountain. Here the list :-


1 pek = 1kg, 1kg : RM 45.00
people served : 30 - 40 orang.
beli banyak dapat diskaun :)

p/s : kat page ni macam2 candy menarik ada :p

- masih belum mendapat maklumat lagi, pending -

Bagaimanapun, coklat ni based on first come first served rasanya.
Takdalah sampai habis tetamu ia ada, hehe, jadi saya cakap awal2
Insya Allah saya cuba buat sebanyak mungkin tapi still based
on kemampuan. Banyak terlebih nanti bajet lari hehe. :p ekeke.
Rasanya bakal - bakal pengantin di luar sana faham kan :)

Kalau ada sesiapa yang tahu tentang coklat untuk coklat fountain ni,
bolehla share info yea. sharing is caring and loving.. love ya !

********************************************************
anaztasias : jom cari buah - buahan di kebun ayah :P

Wednesday, October 5, 2011

Kalau sebut lollipop, mesti terbayang
gula - gula yang ada batang dan comel !
Biasanya nak cari lollipop murah, haruslah ke
kedai borong kan, tapi dah selalu buat tajuk kedai borong,
jadi kali nak wat tajuk lollipop murah, betul RM0.18 !!
Kalau beli banyak - banyak lagi la murah, boleh dapat RM 0.15 !

lollipop bintang 

Satu kotak ada 50 batang, harga 9.00
jadi 9.00 bahagi 50 batang, bersamaan 0.18.
Itu saya baru beli satu balang, saja nak test rasa.
Sedap ada rasa susu dekat lollipop tu hehe.

Ada macam macam bentuk yang lain, bentuk arnab, kuda laut,
ikan, jeli - jeli panjang dan sebagainyalah :)

pelbagai bentuk lollipop

lollipop besar, mahal sedikit ya,
ala yang biasa dilihat di sogo tu :)

Gula - gula dan cekedi lain pun ada, yang penting
pandai deals, Insya Allah boleh dapat best price.


Terima kasih Puan Hazz sebab bagitahu kedai ini,
ada juga jual biskut gula yang saya pernah cari :)

harga yang tertera tidak fix, boleh deal lagi

Lokasi kedai borong ini terletak di tampin,
sempadan negeri sembilan dan melaka.
Betul - betul sebelah wee chen di bus ten pulau sebang.

Kedai Long Fah Trading, Tampin

*********************************************
anaztasias : cer google lollipop wedding, cantik - cantik !