Hai korang, sebelum ini saya ada bagitahu tentang
hendak berkongsi tentang paper lantern di Petaling Street.

Setelah saya membaca review rakan blogger tentang paper
lantern di post ini, post ini, post ini dan post ini,
saya decide untuk membeli paper lantern di Petaling Street,
kebetulan saya mempunyai urusan di Kuala Lumpur .
Saya membelinya di Kedai Basket Shop. Murah tahu.
Kalau 12 inchi (30cm) tu harga dalam RM. 4.00,
Kalau 14 inch harga dalam RM 4.50, sayugia diingatkan
harga tersebut tidaklah tetap, semakin banyak anda beli,
semakin murah la anda dapat :). Saya dapat harga RM. 3.20
(20% diskaun tak silap la) sebab membeli dalam kuantiti 200 keping.

contoh paper lantern di dalam kedai basket shop

 bermacam - macam saiz dan warna ada

 paper lantern kecil. saya beli sepuluh yang ini. cute.

 cute. jatuh cinta lagi. hehehe

saya beli warna putih, purple, pink dan oren. cantik x? :p

Bagi yang hendak ke sana, anda perasan tak pintu gerbang besar
tulis 'Petaling Street' tu kan. Okeh anda jalan masuk sampai hujung tahu,
then anda belok kanan.. terus je jalan anda akan nampak Supermarket UO,
Perkataan UO tu besar, dan di bawahnya anda nampak MC Donald.
Okey, kat situ stop, baca signboard jalan tu tertulis 'Jalan Panggung'.
Anda belok ke kiri (masuk Jalan Panggung tu la :p ).. dan jalan terus
Dekat jalan tu la terletak Kedai Basket Shop seperti gambar di bawah.

 kalau dari tepi memang tak nampak sangat, tapi bidai ni
boleh nampak dah dari tepi yea :)

gambar untuk sarah, payung sakura pun ada :)

Hehe, harap panduan saya bagi jelas ye untuk siapa nak
ke sana =), saya nak share beberapa perkara juga :)

1. Saya rasa harganya macam dah mahal skit berbanding
mantan bride yang beli dalam post terdahulu hehe.
2. Kakak kedai basket ni memang baik, siapa pandai deal,
deal la semurahnya. saya tak pandai ahhaha :D
3. Sebenarnya kereta boleh masuk ye ke jalan ini, kena masuk
simpang sebelum simpang pintu gerbang 'Petaling Street' tu,
maksudnya dari puduraya, kat trafic light masuk kiri, terus hingga
jumpa traffic light masuk kanan dan terus hingga nampak supermarket OU.
4. Sesiapa yang berkahwin Disember 2011 ke atas dan berkenan
dengan warna dan saiz paper lantern yang saya pakai bolehla
hubungi saya, Insya Allah saya akan jual atau rent after my wedding :)

************************************************
anaztasias : amy, saya dah kira, saya rasa PS lagi jimat kalau
beli banyak la dan kebetulan ke KL hehehe :)