Hi dan As Salam.

Hari ini saya mahu berkongsi tentang
bunga fresh flower yang digunakan semasa
majlis saya tempoh hari. Syukur Alhamdullilah, 
kawan ayah saya yang berada di Cameron Highlands 
yang telah memberinya secara percuma
dan menghantarnya 2 malam sebelum majlis.

Kebanyakkannya saya gunakan untuk centerpieces.
Selepas majlis, bunga tersebut masih bertahan
dan segar untuk beberapa hari. Jadi jika ada
kawan - kawan yang gusar tentang bunga - bunga
di Cameron Highlands, jangan risau kerana ia bertahan
untuk beberapa hari jika teknik penjagaanya sesuai.




Maaf, saya tak ingat nama bunga - bunga
ini. memang kelemahan saya dalam 
mengenal bunga, sungguh tak cam :D