Showing posts with label vendors. Show all posts
Showing posts with label vendors. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Hi dan As Salam

Alhamdullilah, selesai sudah misi review majlis kami.
Niat hanya untuk berkongsi, mana yang baik boleh
dijadikan panduan, yang tidak baik sila elakkan yea :)
Saya pun manusia biasa, tidak lari dari kekhilafan.

Alhamdullilah entry ini ditulis pada bulan 8 bermakna
hampir 7 bulan untuk saya melengkapkan misi review.
Agak perlahan, namun selesai semuanya. Terima kasih
buat yang sudi membaca, memberi pendapat, email etc.
Sokongan anda sangat - sangat saya hargai :)

Alhamdullilah, segala yang saya sharing tentang perjalanan
majlis saya , saya kongsikan pula dengan anda semua
dalam bentuk audio video ini. Selamat menonton !

Solemnization Video (Majlis Pernikahan)

 
Solemnization Highlight Kerel & Nora from PEVEYHACK.COM on Vimeo.

Videographer : Peveyhack Movie Production, Kajang
tempoh masa siap : anggaran 5 bulan
saya pernah review tentang cara kerja mereka di {entry ini}


Reception Video (Majlis Persandingan)

Reception Kerel& Nora from nora aira on Vimeo.

Videographer : Cst Production, Ampang
tempoh masa siap : anggaran 2 bulan
saya pernah review tentang cara kerja mereka di {entry ini}

kepada bakal pengantin di luar sana : remember, just enjoy your big day ! 
diy or not diy, home or hall, chubby or thin, pretty or ugly, creative or not
- just enjoy, smile and get our parents blessed. good luck dearies :D

**********************************************************

p/s : saya akan tetap berblogging cuma akan difokuskan kepada
perkara lain juga - deko, travel, etc. M2B, doakan rezeki saya ! :D

Monday, August 6, 2012

Hi dan As Salam

Saya pernah sharekan tentang wedding album 
saya di { entry ini }. Memang berat tapi seronok !

Hari ini saya sharekan secara random sebahagian
gambar daripada album kahwin saya  yang dihasilkan

Solemnization









Reception









Banyak lagi gambar saya suka dalam album :D

All these pictures credit to : Ahmad Fairus (AF).

Sunday, August 5, 2012

Hi dan As Salam

Kali ini saya ingin berkongsi tentang photographer kedua
saya iaitu saudara  Molkhan. Saya mendapat tahu tentang
Moll ni adalah melalui saudari Dyll, dan apabila suami saya
bercadang untuk mengambil seorang lagi photographer, saya terus 
mencadangkan kepada beliau mengenai Moll @ Kerjagilasimoll.


Alhamdullilah, Moll bersetuju untuk menjadi our second 
photographer. Saya sempat berjumpa dengan Moll sebelum
majlis kami berlansung dan dia faham tentang apa yang saya
mahukan. Dari segi punctuality, yes he come early. Sangat
awal saya rasa. Sikap yang sangat baik untuk dikekalkan.


Walaupun bertindak sebagai second photographer, beliau
dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan pandai
membawa diri bersama photographer lain. Mengikut katanya,
beliau tidak pernah menjadi second photographer tapi 
Alhamdullilah semuanya berjalan lancar tempoh hari.

Dari segi gambar, semuanya cantik di mata saya. Keistimewaan
Moll ialah beliau sangat laju meng'upload'kan gambar di facebook.
Hari kedua selepas majlis saya sudah dapat lihat gambar saya
d 'up'. Memang laju, penat majlis belum hilang tapi tersenyum
saya melihat gambar kami. Siapa yang tidak suka kan.

Dari segi komunikasi, memang mudah berurusan dengan beliau
samada melalui telefon mahupun online medium. Jika anda
ingin melihat hasil tembakan mol di majlis saya boleh melayari


Jom tengok ragam Moll di majlis saya :p



Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui
dengan lebih lanjut boleh menghubungi beliau di :


Moll, semoga awak terus sukses yea :)


***********************************************
tips : ada yang bertanya perlu ke second photog. Jawapan
saya , satu pun dah cukup. Jika ada rezeki lebih tak salah
ada lebih dari satu. Memang ada gambar yang sama namun
banyak juga gambar yang tidak sama. Kelebihannya
cuma saya dapat lihat gambar dari pelbagai 'angle' dan 
bila combine baru saya tahu, mereka melengkapkan satu
sama lain. Ada gambar yang photog 1 tidak ada begitu juga 
photog 2 terutama dari segi tetamu dan suasana majlis.
Apapun utamakan yang paling penting dulu yea :)

Wednesday, August 1, 2012

Hi dan As Salam

Bagi bakal pengantin sekitar Kuantan, anda mungkin boleh
konsider lokasi Pantai Taman Gelora sebagai tempat untuk anda
menjalani pengambaraan 'outdoor'. Terletak berhampiran dengan 
Mini Zoo Kuantan dan juga jalan menghala ke Teluk Cempedak.
Bila dah masuk simpang Mini Zoo terus ke hadapan lagi, jumpala :)
Lokasi ini saya shoot untuk outdoor photo dan video saya :)

jom lihat gambar tangkapan handphone oleh bridesmaid saya :-






dan ini pula sebahagian hasil tangkapan photographer saya :
tak dapat nak share semua sebab dah rambang mata hehe






love this moments soo much ! :D






p/s : maaf gambar dikecilkan kerana memori
blog sudah sampai quota, sob sob sob :D
tips : pastikan bawa makeup dan air, 
seyes penat woo nasib angin sejuk ada hehe.

Hi dan As Salam

Hari ini saya ingin berkongsi tentang dua photographer
yang telah merakam saat - saat indah semasa majlis
pernikahan dan persandingan saya tempoh hari.

Official Photographer @ Photographer Pertama saya
ialah Ahmad Fairus Art @ Artistic. Lebih mudah dikenali
sebagai AF. Merupakan suami kepada owner RKM.

Saya mula kenal dengan AF semasa mengikuti perkembangan
blog saudari Zaila dan Atia. Jadi bila saya dah berkenan dengan
hasilnya, saya book setahun awal sebelum majlis. Kalau book
lambat - lambat, risau nanti tiada slot pula. Serius, photograper
jangan la kita booking lambat jika ada yang kita berkenan.

AF siapkan album saya dalam masa 2 bulan lebih, sangat berpuas
hati dengan album, siap dapat beg briefcase lagi. Lihat {entry ini}.
Bila saya dapat dvd gambar soft copy, terus saya check 
Alhamdullilah gambar para tetamu juga ada samada secara 
spontan atau tidak. Tentulah parents saya sangat hepi.

Review saya juga menjadi mudah kerana hampir kesemua detailing
majlis saya di'captured' dengan baik dan boleh dijadikan memori.
Semasa majlis pernikahan mereka seragam berpakaian hitam.
Semasa majlis saya, AF bawa seorang lagi rakannya untuk membantu.
AF mudah dibawa berbincang semasa majlis berlansung dan
pandai membawa dirinya. Tidak perlu menunggu suara kami.

Antara hasil tembakan AF di majlis saya boleh
lihat di link facebook ini : { majlis kerel & nora }.

Sekiranya berminat, bolehla melayari

Jom lihat ragam AF bekerja semasa majlis :D










tips : memang penat shoot seharian.
banyakkan minum air ye nanti :D

Sunday, July 29, 2012

Hi dan As Salam

Entry pendek kali ini.

Mahu berkongsi tentang gambar baju - baju 
bagi keluarga semasa majlis tempoh hari.

Ketiga - tiga jenis kain di beli di JAKEL tetapi
berlainan lokasi iaitu di Jakel Jalan Tar dan Jakel Segamat.
Corak dan pembelian ditentukan sendiri oleh
keluarga dan saudara mara, saya lansung tidak mengetahui.
Baju belah lelaki pula disediakan oleh pakcik yang
mempunyai perniagaan pencetakan t - shirt.

Baju Family



Baju Family Belah Ayah



Baju Family Belah Ibu


Ramai yang tidak sempat bergambar sebab 
menjalankan tugas mereka.. sob.. sob.
Memang ramai saudara mara turun kerana
ini majlis pertama cucu bagi kedua belah pihak :)

Pepun, i love my family hehe :D