Showing posts with label our home. Show all posts
Showing posts with label our home. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014


Hi dan As Salam Everyone !!

Although this year we very super duper busy but
Alhamdullilah, we try to cope with our house progress.

So, we capture some pictures as our memories.

Here our little 'chateau' progress :)

November 2013


December 2013


January 2014 


Mac 2014


I'm sooo happy when we visit in March 
and now is already June 2014. Can't wait to see
our little chateau soon ! 


" Good things happen when we wait and calm. In Sha Allah :) "

Thursday, January 30, 2014


Hi dan As Salam

Setelah selesai sesi survey-mensurvey dan comparing
each house yang kami temui, akhir sesi pemilihan perlu
dilakukan. Ada dua - tiga rumah yang kami berminat dan
masih di bawah kemampuan. Jadi suami serah kepada
saya untuk memilih yang mana. Oleh kerana ketiga - tiga
rumah itu mempunyai kriteria yang lebih kurang sama, saya
pilih berdasarkan konsep rumah yang saya sangat suka.

Rumah yang dipilih merupakan rumah yang berkonsepkan 
'Eco House'. Ada lima sebab utama saya memilih rumah ini,

1) pertama kerana konsepnya menitikberatkan pencahayaan
masuk ke dalam rumah, each room and ruang ada laluan cahaya
matahari dan laluan pengudaraan yang bagi saya adalah baik

2) kedua, saya suka dalaman yang umah berkonsepkan
open friendly.Walapun perlu buat sedikit pengubahsuain
nanti namu saya suka dengan kedudukan
ruang - ruang ada di dalam rumah ini.

3) ketiga, kerana konsep kehijauan yang diterapkan. Setiap taman
itu ada their own private park kecuali unit rumah di jalan besar,
Means, rumah tidak berhadapan rumah sebaliknya berhadapan
taman dan disebalik taman, baru ada rumah di hadapanya.

4) keempat, saya suka dengan konsep laluan pejalan kaki
yang pemaju ini buat dari taman ke taman.Bagi saya unik
dan mesra alam sebab unsur kehijauan tu diterapkan bagi
setiap unit. 

5) Saya suka tema kawasan perumahan ini "Bringing Nature 
To Your Door Step". Tiga ciri utama yang diperkenalkan
adalah 'Modern Kampung, Private Park dan Better Security'.

Ringkasnya, "Eco House" merupakan konsep penataan rumah 
didiami yang mesra alam. Dengan ditata sesuai cara-cara alami, 
maka rumah berasaskan "Eco House" dapat mengurangkan 
pembuangan pelepasan gas yang memanaskan suhu bumi.

Akhirnya kata putus telah dicapai, maka jom booking !
Taman ini masih dalam pembinaan, ramai yang kata
kalau booking dalam masa ini, harga masih murah 
berbanding harga masa rumah telah siap.

P/S : Masa booking  saya confuse unit yang berdepan
taman atau unit di laluan besar. Nanti saya share yea.

Gambaran visual taman perumahan yang kami pilih :-



Monday, January 20, 2014

Hi dan As Salam

Rentetan dari Home File Organizing Ideas yang lepas, 
saya kongsikan tentang my own home organizing files.
Simple sahaja saya punya dan saya guna file keras.

Saya guna lebihan kertas bercorak yang ada dan guna
perisian microsoft word sahaja untuk setting perkataan
tepi file. Bila dah buat, baru terasa banyakknya perkara
atau topik untuk house management. Kemudian saya
sorting lagi agar pelbagai topik digabungkan di bawah
satu tajuk. Saya memang suka fail keras, saya harap ia
tahan untuk bertahun - tahun. Tak silap saya, dokumen elok 
disimpan lima tahun terdekat bukan? betulkan jika salah yea.

Antara gambar keratan topik yang sudah dipotong :-




Muka hadapan dan bahagian tepi fail :-



Antara fail yang sudah disimpan di dalam almari :-


Saya gunakan tema pink peach. Fail saya memang
mahukan warna putih. In Sha Allah dalam perancangan
untuk mencari almari atau bekas yang bersesuaian.

Alhamdullilah, sudah selesai urusan mengklafikasikan
fail berkaitan,suami pun suka dan selesa untuk 
akses maklumat yang ada.

Jumpa lagi !

Friday, December 13, 2013

Hi dan As Salam

Selepas selesai membuat survey, tentulah ada yang berkenan 
di hati kan.Di sini, nora sertakan a few link - link yang berkaitan
dengan panduan membeli rumah idaman. Tiada ketetapan dalam
memberi tips atau panduan untuk membeli rumah, namun sayugia
diingatkan adalah penting untuk kita mempunyai pengetahuan asas
dalam pembelian rumah agar kita tidak terjebak dengan 
sebarang penipuan dalam apa jua bentuk yea !

Later, nora akan sharekan my own exprience. Catch up later yea !







Hi dan As Salam

Membeli rumah adalah satu perkara yang mengujakan kerana ia adalah aset
kepada seseorang. Bagaimanapun pelbagai persediaan perlu diteliti dan
diambil kira sebelum membeli sebuah rumah kerana rumah adalah aset yang
kekal lama dan mempunyai nilai yang sangat tinggi. 

Nora telah mengambil masa selama setahun untuk membuat tinjauan
(survey) terhadap pelbagai jenis rumah sebelum membuat keputusan
untuk membeli sebuah rumah. Yup, tahun 2013 adalah tahun untuk
membuat survey dan Alhamdullilah setelah berbincang dengan
suami dan kelaurga, kata sepakat telah dicapai
pada Oktober 2013 yang lepas. 

Nora telah membuat senarai semak untuk digunakan sepanjang kami
membuat survey. Setiap kali kami membuat survey, senarai ini akan
dibawa dan dibuat catatan agar kami tidak lupa pro dan contra rumah tersebut.

contoh senarai semak survey. jika berminat tinggalkan email.

Nora sharekan beberapa faktor yang boleh dibuat sebagai tanda aras
senarai semak sekiranya anda ingin membeli rumah. Bagaimanapun
faktor ini adalah berbeza bagi setiap individu di mana keutamaan atau
priority seseorang individu adalah berlainan ketika membuat pilihan di
mana ada yang menjadikan lokasi faktor utama, ada yang
menjadikan harga ataupun keluasan sebagai faktor utama.
Tepuk dada, tanya selera.

Faktor Checklist Survey Rumah :-

1) Lokasi Hartanah
Lokasi adalah faktor yang terpenting bagi nora. Ini kerana faktor
kerja nora dan suami. Nora prefer rumah yang mudah dan hampir dengan
tol. Selain itu nora tidak suka rumah di belakang kawasan kedai. Banyak
aspek nora tentukan dalam pemilihan lokasi seperti jenis tanah,
kawasan kejiranan, kedudukan surau, taman permainan,
pengangkutan dan kemudahan asas.

2) Jenis Hartanah
Ada pelbagai jenis rumah dibina seperti banglo, semi-d, teres, cluster,
setingkat atau dua tingkat dan sebagainya.

3) Reputasi Pemaju
Ini adalah faktor yang sangat penting jika anda membeli rumah yang
belum siap. Rajinkan diri menyiasat pemaju perumahan. Semak di website
kerajaan, pergi ke pejabat mereka, review dengan rakan, orang kampung,
facebook, blogger dan sebagainya.

4) Keluasan / Susun Atur Hartanah
Biasanya kalau makin luas tanah, maka makin mahal la harga rumah
tersebut.Nora hanya mahu luas yang sederhana, kira biarlah
berbaloi dengan harga. Setiap kali survey, nora akan catat berapa
kali berapa, luas keseluruhan dll. Selain itu nora akan catat
berapa bilik tidur, bilik air dan apa keistimewaannya. Misalnya
dapur luas ke, ruang tamu lebar ke, tangga tersusun ke.
Adalah satu bonus jika design rekabentuk rumah adalah moden.

5) Harga Hartanah
Sebelum survey nora dan suami dah letakkan had limit harga jika ingin
membeli rumah. Sekiranya harga okey tapi keluasan tidak menepati
citarasa kami, terus 'pangkah', begitu juga sebaliknya. Tapi kalau dah
tengok harga yang diberi adalah melebihi had limit yang kami tetapkan,
kami terus 'bye-bye' la dekat rumah tersebut, jenguk dalam pun taknak. haha.

6) Jenis Pegangan Hak Milik
Ada dua jenis pegangan hak milik iaitu pegangan bebas dan pegangan
pajakan.Sudah tentulah nora lebih memilih pegangan bebas
kerana nilai milik pegangan bebas adalah lebih tinggi berbandingan
pegangan pajakan yang nilainya turun apabila makin hampir ke
tempoh pajakan beserta dengan isu pemilikan.

Ditekan sekali lagi, ini hanya faktor untuk senarai semak survey rumah
bukan tips membeli rumah yea, Nora plan nak share dari permulaan.
Jadi, macam mana pula dengan anda? 
Apapun jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. 

Happy Home Hunting Fellas !!