Hi korang, semoga semuanya sihat dan ceria ceria selalu.

Hari ini saya stop review dulu sambil - sambil tunggu gambar
dari main photographer saya. Lagi banyak gambar lagi besh kan :)

Hari ini saya nak share something, ia tidaklah sebanyak mana namun 
harap ia dapat membantu mereka yang mencari videographer. Soalan 
paling kerap ditanya, videographer mana yang terbaik? Kalau ditanya
pada saya, harusla saya mengatakan semuanya terbaik. Citarasa kita
berbeza kan. Jadi soalan itu sukar untuk dijawab jadi adalah paling baik
kita membuat 'research' terlebih dahulu, dapatkan maklumat dan buatla
pilihan anda. Saya pernah bekerjasama dengan 3 videgrapher, satu
telahpun saya review sebelum ini, lagi dua Insya Allah coming soon =)

Perkara pertama sebelum anda memilih videographer ialah estimate
budget anda. Tetapkan lingkungan harga yang anda mampu. Sayugia
diingatkan adalah yang mahal tidak semestinya terbaik dan yang murah 
tidak semestinya tidak baik. Ada juga yang mahal baik dan ada juga 
yang murah tidak baik. Jadi harga bukanla penentu segalanya =)

Kedua, dapatkan quotation dari pelbagai videographer. Masa ini
anda boleh melihat skill communication atau PR mereka. Saya rasa
masa ini anda sudah boleh melihat serba sedikit keserasian yang ada
di antara anda dan pihak videographer. Bila sudah dapat quotation,
senarai pendekkan yang anda suka dan mula melihat hasil kerjanya.

Okey, paling penting di sini ialah memahami pakej anda. YES ! ini wajib.
Pelbagai pakej videographer ditawarkan oleh pelbagai videographer.
Saya bagi 3 contoh bagi pakej oleh certain videographer seperti di bawah :

***************************************************************

Videgrapher A

3-6 minutes highlight reel with music (for every event)
1 cinematographer
30-40 minutes edited coverage footage
Professional colour grading
1 copy of uncompressed DVD video of all highlights 
Custom designed DVD cover and overlay
footages in high definition (HD) quality
All raw footages are available on request

Videographer B

Coverage for 2 event - Solemnization and Reception
Videographer
Wireless or cable audio equipment (for recording purpose)
Full event and creative shot
2 copies full edited video in DVD
1 copy unedited video
2 copies video highlight (as posted in website)
Custom dvd cover and menu with full colour printing
DVD casing for full edited video
1 custom dvd box for highlight video

Videographer C

1 Videographer
1pcs DVD playback music montage (duration 5 minutes)
1pcs full DVD event (duration 50-60 minutes)

********************************************************************************

Jika dilihat contoh 3 di atas, pelbagai pakej ditawarkan. Anda perlu 
memahaminya sebaik mungkin apa yang anda akan dapat. Misalnya 
berapa DVD anda dapat, ada hightlight atau tidak, anda dapat yang 
edit atau tidak edit, rakaman sepanjang hari anda dapat atau tidak, 
video anda ada rakaman suara atau tidak,berapa ramai yang 
merakamkan majlis anda. dvd anda ada cover atau tidak. yang penting 
kaji dan fahami secukupnya. Sekurangnya jika anda tidak faham 
tentang alatan mereka,anda faham apa yang anda dapat =). 
Fahami juga mou anda dengan videographer. Berapa lama boleh 
siap, urusan pembayaran dan sebagainya. simpan resit okeh !

Saya galakkan anda berjumpa dengan bakal videographer anda 
sekurang-kurangnya sekali, ini boleh mewujudkan hubungan yang 
positif dan saya prefer bayaran secara bersemuka berbanding 
online di ofis mereka. Namun terpulang pada anda.

Paling penting. Anda berhak bertanyakan progress video anda 
apabila selesai majlis. Anda juga berhak melihat dulu rakaman tersebut 
dan meminta mereka edit sebelum ditayangkan. Jangan khuatir untuk
 minta mereka pinda apa -apa.

Akhir kata, semoga tips ini dapat membantu serba sedikit anda
dalam mencari videographer bagi majlis anda. Kita berusaha
seterusnya tawakal pada Allah semoga dipermudahkan :)
enjoy your coverage !! keep your memory =)