Hi dan As Salam

Majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa
acara potong kek, malah pemilihan jenis kek,
warna, corak dan ketinggian juga dititik beratkan
apabila memilih kek. Rasa enak juga tidak dilupakan.

Bila sebut pasal kek kahwin ni, saya teringat saya
meminta ibu saya mencari kek yang sesuai dengan
tema saya. Kalaulah dapat jumpa kek doily !!

Kek saya ditempah oleh ibu kerana saya tidak sempat
hendak turun ke Kuantan untuk memilih kek. Saya
sempat pesan dengan ibu saya mahu yang simple saja.
Lupakan sahaja kek doily, sekurang - kurangnya
susunan cupcake mengikut acuan corak doily sudah
mampu buat saya tersenyum. terima kasih ibu !

Kek saya adalah dalam bentuk ising, tiga tingkat
dan warna temanya putih dihiasi warna purple dan pink.
Apa yang menarik tentang pembuat kek ini ialah mereka
menyediakan sekali meja, alas meja, bekas kek secara
percuma, bersesuaian dengan pakej yang dipilih.
1000 cupcakes juga disediakan untuk tetamu :)

Inilah gambar kek saya :)


 susunan bentuk doily, comel !


Bagaimanapun saya cuma sempat rasa sesuap
itupun kerana ada acara suap kek hehe.
Semua kata sedap tau ! patutlah lesap haha.



masa acara potong kek ni, hujan renyai renyai
tapi Alhamdullilah semuanya lancar :)

Bagi bakal pengantin sekitar Kuantan, saya
sangat recommendkan pembuat kek ini :

lokasinya di Bukit Rangin, Kuantan.


"In all of the wedding cake, hope is the sweetest of plums."
- Douglas Jerrold