Showing posts with label doorgift. Show all posts
Showing posts with label doorgift. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Hi dan As Salam

Hari ini saya nak share tentang projek diy saya
yang paling mencabar iaitu doorgift. Bukan mencabar
untuk memasukkan gula dan bekas tetapi cabaran
tentang dekorasi bagi kotak tersebut. Bagi yang
mengikuti blog saya sebelum ini, saya ada menggunakan
keratan majalah sebagai teaser projek purple saya. {entry ini}.
Sebenarnya keratan majalah inilah yang digunakan untuk
menghiasi kotak doorgift saya di samping thank you tag yang ada.


Bahan - bahan yang digunakan bagi projek ini ialah :
a) keratan majalah yang sudah digunting zip zap
b) gunting gam, double tape dan tanda tq tags
c) bahan - bahan seperti gula-gula, bekas bercorak rose, keychain.etc
d) kotak doorgift - dipanggil chinese lunch box

 keratan majalah pengantin

proses menampal pada kotak doorgift

Masa mula - mula memang seronok buat tetapi lama 
- lama terasa juga lelah sebab nak lekatkan kertas mengambil
masa. Satu kotak menggunakan 2 keratan majalah.
Paling saya terharu ayah saya pun turut menolong.
Bila recycle rasa sangat jimat apabila kita recycle semula
keratan majalah berbanding membeli reben untuk 1500 kotak.
Saya hanya menggunakan keratan majalah daripada pelbagai
majalah pengantin lama. Doorgift saya sangat simple sebenarnya.
Untuk tetamu istimewa lain pula caranya, ibu saya sudah asingkan.

dan hasilnya seperti ini hehe :-

 bahagian tepi

bahagian atas

bahagian depan

model - model cun hehe

mak kata, walaupun sekecil mana pun nilainya,
yang penting keikhlasan dalam memberi :)

happy diy - ing !!

Wednesday, October 12, 2011

Idea ini terlintas apabila melihat timbunan majalah pengantin
sekitar tahun 2010 dan 2011, sedar tak sedar banyak juga
yang telah menjadi koleksi dan simpanan peribadi saya. Terlalu 
cantik gambar - gambar, tambahan pula info yang menarik
( heehe baca kejap pastu lupa eheheheheh :p )

Antara koleksi yang menjadi simpanan saya ialah majalah pesona pengantin,
ratu sehari, wedding inspire, stalista, tepak sireh dan sebagainya. Sayang juga
rasanya menggunting begitu sahaja jadi saya decide untuk mengambil majalah
sekitar tahun 2010 sahaja. Sekurang - kurangnya kurang rasa ralat :p


Bahan - Bahan Asas :
a) Gunting Zip Zag Pelbagai Corak
b) Koleksi Majalah Pengantin 2010
c) Pembaris panjang, pen dan pensil.

DIY ini paling mencabar sebab bayangkan satu majalah mempunyai sekitar
150 - 350 mukasurat. lenguh memang lenguh tapi paling penting, jimat dan jimat.
Selalu tanamkan dalam diri, berjimat cermat, dah kering dah sekarang hehe.






mungkin timbul isu pasal muka orang dan sebagainya, Insya Allah niat saya
bukan untuk jahat atau sebaliknya tetapi hanya sebagai decoration.
Seni itu kan pelbagai, walau dari sudut apapun :)

Agak - agak boleh bayangkan dah untuk apa diy kali ini? tentu dah kan hehe :)

***********************************************
anaztasias : bila tgk banyak kali cantik juga haha. perasan :p

Wednesday, October 5, 2011

Kalau sebut lollipop, mesti terbayang
gula - gula yang ada batang dan comel !
Biasanya nak cari lollipop murah, haruslah ke
kedai borong kan, tapi dah selalu buat tajuk kedai borong,
jadi kali nak wat tajuk lollipop murah, betul RM0.18 !!
Kalau beli banyak - banyak lagi la murah, boleh dapat RM 0.15 !

lollipop bintang 

Satu kotak ada 50 batang, harga 9.00
jadi 9.00 bahagi 50 batang, bersamaan 0.18.
Itu saya baru beli satu balang, saja nak test rasa.
Sedap ada rasa susu dekat lollipop tu hehe.

Ada macam macam bentuk yang lain, bentuk arnab, kuda laut,
ikan, jeli - jeli panjang dan sebagainyalah :)

pelbagai bentuk lollipop

lollipop besar, mahal sedikit ya,
ala yang biasa dilihat di sogo tu :)

Gula - gula dan cekedi lain pun ada, yang penting
pandai deals, Insya Allah boleh dapat best price.


Terima kasih Puan Hazz sebab bagitahu kedai ini,
ada juga jual biskut gula yang saya pernah cari :)

harga yang tertera tidak fix, boleh deal lagi

Lokasi kedai borong ini terletak di tampin,
sempadan negeri sembilan dan melaka.
Betul - betul sebelah wee chen di bus ten pulau sebang.

Kedai Long Fah Trading, Tampin

*********************************************
anaztasias : cer google lollipop wedding, cantik - cantik !

Friday, September 23, 2011

As-salam semua, semoga hari ni lebih baik dari
hari sebelum dan sebelumnya. Insya Allah.

Sebelum ini, saya ada buat entry tentang
dikenali juga sebagai Kedai borong gula - gula.
Anda boleh lihat semula di entry SINI.

Terima kasih sangat - sangat dekat kawan - kawan
semua yang sudi share bermacam tempat dan lokasi
kedai - kedai borong tersebut. Saya tak dapat pergi
semua tapi saya sharekan yang mana saya sempat pergi yea :)

Kedai borong makanan ringan yang saya pergi ini
terletak di Taman Melawati, Ampang ini terletak 
di Kuala Lumpur. Anda cuma perlu menggunakan
jalan MRR2 dan bila jumpa signboard Taman Melawati
tu anda terus masuk ke dalam, nanti anda akan jumpa
ada simpang pertama belah kiri, masuk ke dalam ye.
Jalan dan simpang yang sama juga untuk ke Tajri Spa.

Kedai ini kalau tak perhatikan betul - betul memang tak
perasan , jadi saya ada snap gambar untuk kawan - kawan
lihat landmarknya ye :) Bersebelahan dengan klinik, bila dah
masuk dalam tu round - round akan jumpa, berdekatan dengan
kedai -kedai makan, dipanggil food court kalau tak silap.

 pandangan tepi.

pandangan hadapan

Nama kedai ini ialah Joe Meng Trading.

Kat sini memang ada banyak pilihan :

 smarties !! puding, jelly pun ada .

 gold coin, etc, coklat zaman-zaman kecil dulu :p

 cloud 9, ada macam - macam warna :)

lolipop, macam - macam bentuk ada, ada yang
30 sen satu. harga ada macam - macam.

Harga yang ada dekat rak - rak atau packaging tu
boleh deal lagi, kalau beli banyak lagi la boleh dapat
diskaun ! Balkidz pun mention dia dapat diskaun bila
dia beli untuk majlis aqiqah anaknya :). Ops sebelum
terlupa, biskut gula yang saya pernah mention dulu pun
ada disini, boleh beli by kilo or beli tin. 1 tin bersamaan
4 kilogram, harga dalam rm 40 (itu belum deal lg :p )

alamak, macam dah taip panjang. pepun terima kasih
semua sebab bagi guideline dan macam - macam info,
Insya Allah, nanti saya share yang lain pula yea :)

*********************************************
anaztasias : Insya Allah, nanti nak ke Kg. Jawa, Melaka
pula. ada sapa nak join hehe. best gak gi reramai :D

Wednesday, August 24, 2011

 sumber : google

Kek pulut kuning merupakan alternatif bagi yang tidak meminati
kek fondant dan sebagainya untuk majlis perkahwinan mereka.
Tapi kalau nak buat dua -dua pun boleh hehe. Harga tempahan
untuk kek pulut kuning sekitar rm60.00 - 150.00, bergantung kepada design.
Jika rajin dan pandai, boleh buat kek pulut kuning sendiri :D

Untuk pautan lain berkaitan kek pulut kuning, sila klik link di bawah :
e. Teratak Kek Zaidah (Kuantan)

alamak. tak macam wordless pun haha. hepi survey !! :D

*************************************************
anaztasias : pulut kuning, telur dan rendang. nyummy !

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan buat semua !

Alhamdullilah sebelum Ramadhan tiba, saya dan keluarga
berjaya juga membeli sedikit barangan untuk persiapan
majlis saya nanti. Insya Allah. Memang penat giler tapi really
fun hangout with my lovely dearest mom :)

Tips : Membeli belah bersama ibu adalah yang terbaik.
Ibu berpengalaman dan pandai 'deal' dengan baik. Kalau
saya yang muda ni, mesti tak banyak dapat diskaunnya :P

 Lokasi : ED Caterers, Permatang Badak, Kuantan

Ibu tengah berbincang, saya dok kat sofa haha. Bila ibu
tanya nak lauk apa. Saya tak kisah. Bagi saya urusan seperti
ini elok orang tua yang uruskan. Takkanlah sampai makanan pun
saya nak monitor. oh tidak, saya tak nak jadi bridezilla :p
Deposit RM 1000.00 untuk confirmation. Next meeting nanti
boleh bincang lagi pasal harga dan khemah :) 


Lokasi : VR Star, Nilai, Negeri Sembilan

Hehe thanks akak sebab tolong angkat barang. huhu dah beli
bekas untuk doorgift. berplastik-plastik jadinya :p. Dekat nilai
ni, kalau nak murah memang kedai kecil - kecil itu sebenarnya yang murah
tapi kena rajin pusing. My mom memang rajin pusing. Oh tidak saya.
Tapi kalau nak pelbagai pilihan kena pergi kedai yang besar seperti VR Star.
Untuk mereka yang minat english dan vintage style, kedai ini
sangat sesuai. Harga pun berpatutan dan boleh jimat.


 Lokasi : Kedai Curtain & Textile, Tampin, Negeri Sembilan

Ibu saya cakap harga kain langsir di Tampin lagi murah
dari Kuantan. Kebetulan tengah ada promo raya.
Jadi ibu tempah terus untuk bilik saya dan rumah
kami. Gambar ibu sedang survey kain. hehe. 
Oh ya kebetulan ibu datang bercuti di rumah saya,
apapun ibu memang terbaik. Tokey kedai kat gambar atas
tengah pening sebab ibu dok deal murah-murah hahaha.

Alhamdullilah, dah boleh update list. Thanks mom ! **hugs**

**************************************************
anaztasias : ayah saya tukang drive je hahaha. belum duty dia lagi :P

Tuesday, July 26, 2011

Hai, nak lihat gambar kartun cute tak. jom T_T

 love it ! sumber : AdlanKhalidi
english :D sumber : Shipslog

comel .tapi confuse jap lelaki patut
belah kiri ke kanan ni. T_T
sumber : Gadis Jumaat

**************************************************
anaztasias : anda suka tak kartun? ehehehhe :D

Tuesday, July 5, 2011

" Skip the boring rectangular thank you tags!
Option for our retro-inspired scallop thank u tags!
Excellent for doorgifts, favors and cupcake toppers " 

Siapa si Gadis Jumaat ni? Hehe, nak tahu siapa?
Just look at her wow-wow art works ! So, buat siapa
yang mencari - cari design yang funky, cool and modern
bolehla menghubungi Pn. Sya a.k.a Gadis Jumaat.
Merupakan kenalan blogger saya yang kini menjadi kawan :)
Dia juga boleh customized design mengikut citarasa anda.

Kalau tergoda dengan gambar yang saya 'share'kan ini,
jangan pula salahkan saya tahu, cepat-cepat hubungi Sya :)







haaa, geram tak? tak puas tengok? hehe korang

ehehehe tahu korang geram tu. comelkan. ouch.

eh jap jap nak share inspirasi Gadis Jumaat pada saya.

sumber : wedding gadis jumaat. ehehhe
yeah. lucky me to get this.my inspiration
thanks u so much sya.

*********************************************
anaztasias : perasan tak unsur doily ada terselit juga :p

Friday, May 6, 2011

Hai readers, wanna share with you,
some idea for doorgift or parcel design
using doily. I'm really obsess with doily haha.



pictures source : Bugs and Fishes

***********************************************
anaztasias : variasikan doily putih anda. hepi doilying :p

Tuesday, March 1, 2011

Hai dan As Salam everyone !
hope u guys fine today :)

Pernah dengar bunga telur cucuk dekat batang pisang?
Zaman dulu - dulu popular tau :). One of b2b blogger,
Pn. Xora penah wat bunga telur batang pisang ni on her wedding.
Lucky, i'm attended her wedding, so ada captured piccas :D

Pn.Xora meletakkan frame pantun di atas dan batu dekat bahagian
bawah as decoration dan
menggunakan warna hijau dan kuning.

Saya googling more piccas and mr.google give me
those piccas. let's check :)

saya tidak mahu kerusi diletak dekat dengan
bunga telur. menganggu orang nak nak ambik hehe

penggunaan warnanya menjadikan
ia
seperti candy kan. sweet gitu.

menggunakan warna coklat.
saya lebih suka
kalo lebih rimbun.
tak mahu jarang2 time cucuk.


terlalu berwarna - warni.

warna purple !! pasu coklat :)

All pictures credit to Mr. Google.

My mom and dad sukakan idea ini, walau mereka tidak
memaksa saya untuk mengikut mereka, tapi tidak salah untuk
saya merealisasikannya untuk mereka. :). Cabaran bagi saya
menghasilkan bunga telur di batang pisang ini adalah bagaimana
mahu mendekorasinya bersesuaian dengan tema saya.

Insya Allah, saya masih mencari idea untuk mix and match,
using doily atau latern atau dekorasi lain, penggunaan warna,
lokasi dan sebagainya yang sesuai diletakkan dengan bunga telur ini.
Saya rasa mahu letakkan bersebelahan dengan guestbook area
tapi tunggu saya dapat lakaran penuh plan lokasi, baru saya
boleh tentukan. :) Insya Allah, nanti doakan ia berhasil. Amin.

********************************************************
anaztasia : saya ada dengar mitos mengatakan telur ada kaitan
dengan kesuburan ? betul ka? saya pun tidak tahu :)