Showing posts with label sales promotion. Show all posts
Showing posts with label sales promotion. Show all posts

Friday, February 22, 2013

Hi dan As Salam

Job : Candy Buffet Add On Small Guestbook Corner
Location : Tampin, Negeri Sembilan (Nearby Rembau and Melaka)














Interested ? wedding, akikah, cukur jambul, house warming, anything
Contact us know and tell your story !

or leave a comment, we will reply. In Shaa Allah.

have a nice day peeps ! take care :)

Wednesday, February 13, 2013

Hi dan As Salam

Anaztasias Creations menyediakan perkhidmataan
sewaan barangan candy buffet dan juga perkhidmatan
candy buffet. Sesuai untuk apa jua majlis.

Sewaan Barangan Candy Buffet


Pakej Servis Candy Buffet




Berminat untuk ketahui lebih lanjut dan juga
maklumat - maklumat pakej yang lain :-

Layari facebook : Anaztasias Creations

Terima Kasih.

Hi dan As Salam

Bahan dekorasi untuk dijual
sesuai untuk mereka yang mahu DIY
sesuai untuk apa jua majlis

mini board brown


paper bag brown (tiada tapak)


mini easels


berminat untuk ketahui lebih lanjut?
mahu melihat barangan lain?

layari lama facebook : anaztasias creations

terima kasih.

Thursday, February 23, 2012



Cute tak hehe. Bagi saya cute. Set bantal ini sepupu
hadiahkan. Baru sahaja terima. Suka sangat2 !
Dah jadi bantal peluk tengok tv tapi nak peluk lama2
rasa sayang sebab takut kempis hehe.

Thank you my lovely cousin hehe :)

Dah risik - risik dah dia, wat kat mana.

Jawapannya : iera-luv craft.

p/s : rasa nak photoshoot je dengan bantal ni :P

Monday, October 24, 2011


Perkhidmatan mencetak canvas kini semakin popular
di kalangan bride to be seiring dengan perkembangan
'pre-wedding' dalam bisnes fotografi, saya ingin sharekan
dengan kawan - kawan semua senarai company dan 
orang persendirian yang menyediakan perkhidmatan 'canvas printing'.
Murah atau mahal print canvas ini bergantung kepada harga
yang mereka tetapkan. rajin - rajin minta quo okeh :)
Jika ada tambahan, sharela dengan saya yea :)

Untuk maklumat lanjut, klik pada link nama yea :)

1. Canvas Photo's - Shah Alam
2. Myphoto Canvas - Shah Alam
3. The Photobooth Corner - Kuala Lumpur
5. The Perfect Canvas - Kuala Lumpur
6.Lovely Canvas - Shah Alam
7. PhotoLover Photography - Kuala Lumpur
11. Wedoo - Kuala Lumpur
12. Photo Frame - Pulau Pinang
13. Foto Canverse - Shah Alam
14. Otai Kad Kahwin - Tampin

Semoga ia dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.
Jangan rasa membazir membuat canvas, lepas selesai majlis
jadikan ia sebagai dekorasi rumah anda :) hehe :)

******************************************************
anaztasias : Alhamdullilah, saya dah dapat canvas dari TPC =)

Sunday, October 16, 2011

Hepi Weekend. Rasa bulan 10 ini berlalu sangat pantas T_T.
Rasa macam nak 'pause' sekejap boleh tak hehe.
Saya nak share dengan kawan - kawan tentang kedai Mr. Diy.
Lokasinya di tingkat 1 di Jusco Au2 Setiawangsa, kuala lumpur.
Macam - macam ada, nama pun kedai DIY kan hehe :)

patry materials :- ballon, stickers, etc

souvineers

collection of lights, lampu kelip - kelip :p

white frame

deco style, replika :)

colourful spoons !

3D stickers, etc

logo kedai, trademark.

pintu hadapan kedai.

Kalau ada rakan - rakan yang kebetulan ke sana, singgahla !

****************************************************
anaztasias : rindu nak jenjalan KL, dah lama xjalan2. hehe :P

Friday, September 23, 2011

As-salam semua, semoga hari ni lebih baik dari
hari sebelum dan sebelumnya. Insya Allah.

Sebelum ini, saya ada buat entry tentang
dikenali juga sebagai Kedai borong gula - gula.
Anda boleh lihat semula di entry SINI.

Terima kasih sangat - sangat dekat kawan - kawan
semua yang sudi share bermacam tempat dan lokasi
kedai - kedai borong tersebut. Saya tak dapat pergi
semua tapi saya sharekan yang mana saya sempat pergi yea :)

Kedai borong makanan ringan yang saya pergi ini
terletak di Taman Melawati, Ampang ini terletak 
di Kuala Lumpur. Anda cuma perlu menggunakan
jalan MRR2 dan bila jumpa signboard Taman Melawati
tu anda terus masuk ke dalam, nanti anda akan jumpa
ada simpang pertama belah kiri, masuk ke dalam ye.
Jalan dan simpang yang sama juga untuk ke Tajri Spa.

Kedai ini kalau tak perhatikan betul - betul memang tak
perasan , jadi saya ada snap gambar untuk kawan - kawan
lihat landmarknya ye :) Bersebelahan dengan klinik, bila dah
masuk dalam tu round - round akan jumpa, berdekatan dengan
kedai -kedai makan, dipanggil food court kalau tak silap.

 pandangan tepi.

pandangan hadapan

Nama kedai ini ialah Joe Meng Trading.

Kat sini memang ada banyak pilihan :

 smarties !! puding, jelly pun ada .

 gold coin, etc, coklat zaman-zaman kecil dulu :p

 cloud 9, ada macam - macam warna :)

lolipop, macam - macam bentuk ada, ada yang
30 sen satu. harga ada macam - macam.

Harga yang ada dekat rak - rak atau packaging tu
boleh deal lagi, kalau beli banyak lagi la boleh dapat
diskaun ! Balkidz pun mention dia dapat diskaun bila
dia beli untuk majlis aqiqah anaknya :). Ops sebelum
terlupa, biskut gula yang saya pernah mention dulu pun
ada disini, boleh beli by kilo or beli tin. 1 tin bersamaan
4 kilogram, harga dalam rm 40 (itu belum deal lg :p )

alamak, macam dah taip panjang. pepun terima kasih
semua sebab bagi guideline dan macam - macam info,
Insya Allah, nanti saya share yang lain pula yea :)

*********************************************
anaztasias : Insya Allah, nanti nak ke Kg. Jawa, Melaka
pula. ada sapa nak join hehe. best gak gi reramai :D

Monday, September 19, 2011

As - salam sejahtera semua  =)

Masih ingat entry saya mengenai tempahan
baju nikah yang murah sebelum ini. Klik SINI

Alhamdullilah, baju nikah itu siap mengikut jadual
dan perancangan, syukur =). Saya dah janji akan
'share' kan pada September jikalau hasilnya baik kan.

Keseluruhannya baju sangat baik, tapi saya 
rekemenkan baju sahaja jika nak buat disini, 
kalau veil, saya tidak rekemenkan :). Baju kak Ani
memang boleh buat dan mengikut kehendak pelanggan
dan harganya sangatlah murah :)

Upah jahit baju nikah saya RM150 sahaja 
( tidak termasuk baju nikah lelaki ). Murah kan.
Oh ya, baju saya simple sahaja :)

Teaser baju nikah saya T_T. Malooonyaa :P

Tema Warna : Pink Purple White

 pandangan atas 

pandangan di bahagian depan / dada

pandangan bahagian bawah

Berminat ? Sila hubungi :

Kak Ani : 012-9742569
Lokasi : Klang, berdekatan Port Klang, 
dekat dengan Daiso Klang.

akak ni buat di rumah, so jangan risau tentang
kedai tutup yea, just give her a call :)

**********************************************************
anaztasias : ramai sedare bertanya, kenapa tak buat kain dalam tu
warna soft purple ke pink ke, penat juga saya menjawab, my mom
request white. kalaulah ada fullstop untuk question camgitu kan bagus :P

Tuesday, August 23, 2011

Alhamdullilah, boleh stretch another list, marshamellow !



Saya beli di The Rubies, akak Rabiatol sangat baik
melayan saya sebab saya banyak bertanya dan take time
juga memilih nak yang mana. Pening nak match colour hehe.
Paling penting boleh campur-campur hehe. Senang kan :D

Ni katalog marshamellow yang akak Rabiatol sharekan dengan saya :


Saya beli sebanyak 2 kilogram. Harga sekilo yang saya
dapat RM 35.00, jadi 2 kilo bersamaan RM 70.00.
Huhu, banyak ke sedikit 2 kilo, rasa banyak dah tu hehe =D
Btw, nak pos boleh nak pick up pun boleh.

Bekas kaca pun dah settled, nanti saya share ek. separuh
ambik dari koleksi my mom, separuh lagi beli di romantika
dan hinode shop. Sekarang tinggal nak ke kedai borong
yang saya wat survey sebelum ni je lagi ehhe =). 

Nak tahu lebin lanjut pasal produk ini. Anda boleh menghubungi
kak Rabiatol dengan melawat blog The Rubies atau facebook The Rubies.

p/s : nak tanya korang pernah jumpa tak biskut gula? di mana ek? =)

kat kedai borong ada ke biskut ni? sedap =)

**************************************************
anaztasias : kak nyomel, monogram akak nanti nak apply
kat deco sini nanti. thanks kakak . Insya Allah =)

Sunday, August 14, 2011

Holaaaa  :D Hehe, Sogo selalu dikaitkan
dengan sales kan, tapi kali ini sales nya
sangat menggoda jiwa saya. 70 % tu !!

Tadi pergi jenguk barangan lelaki. Mencik ar.
Haritu beli set dompet dan tali pinggang, masa
tu sale gak tapi masa tu harga 179 untuk jenama 'xxx'
tapi hari ini tengok, 119 untuk jenama sama, siap ada
pen berlogo dan keychain tambahan. arghhhh mencik tahu.
Nasib en.tunang kata, "xperlah kepala tali design lain yang"
ahahaha. muka saya dah muncung. eeee

Okey, nak sejukkan hati pergi dekat bahagian minyak wangi.
Yes dah rembat couple set. Jimat tahu !! siap de free lotion :P
Memang niat di hati nak setelkan barangan hantaran.
Tapi beg tangan perempuan dan kasut kena hold, saiz habis :((
Huhu, akak kedai tu cakap datang la lepas raya :((
Pastu naik plak tingkat atas, bahagian cadar. Wallah
rambang mata . Memang rasa rugi kalau tak beli. 

 windsir pun wat promotion. tengoklah harga tu !!

 Cadar windsir banyak corak-corak 3D. timbul :)

promo siap ada, set cadar yang di beli dapat
percuma sepasang bantal !

comelnya cadar wedding couple ni !!!

Okey, mulut tak muncung dah. Haha. Kami pusing-pusing
bahagian atas ni, sebab bawah ramai sungguh orang. crowded :P

Akhirnya pulang dengan hati yang gembira. Alhamdullilah :D

*****************************************************
anaztasias : macam tak percaya je kasut untuk hantaran dah habis saiz :(
kenala rajin mensurvey lagi selepas ini. :D

Wednesday, August 10, 2011

Alhamdullilah, genap 10 hari kita berpuasa.
Sekejap je kan masa berlalu. tatoot lak rasanya :P

Hari ni, saya nak share tentang seorang videographer yang
sangat peramah dan friendly. ( Kalau tak kerana saya dah
ada, pasti saya dah hired dia tahu :( ) Past Bride, Miss Elly
pun ada review pasal mr.videographer ni. 
So saya rasa korang pasti dah tahu kan :p hehehe :)


He so recommended. PR skill very nice, humble,
enjoy and fun apabila bekerjasam dengan beliau. Senang
dibawa berborak, berbincang, sempoi dan menerima idea
client dengan senang hati. Bayangkan, kami tidak terasa penat
pun untuk sesi shooting, walaupun pada sebelah paginya dah
shoot dengan amir. Paling besh kami tidak tertumpu pada satu 
location je, banyak tempat menarik di Bandar Hilir tu diterokai :)

Mula - mula memang neves sampai tersasul - sasul cakap.
Harap - harapnya En. Rufi tidak ambikla scene yang mengarut
tu ahahha. But, lama - lama kitorang enjoy. Paling suka part
tepi sungai dan lari - lari di dataran pahlawan. Memang enjoy !

 cer teka dorang sedang buat apa tu? 

dorang sedang shoot la. ahaha :P

equiment video dan our props =)

rfmediaworks team and my chubby fiance :P

Conclusion, dorang memang sangat recommended.
price affordable and pr skill awesome. Korang
takkan segan punya. tryla =). Nak tengok hasil kerja mereka. 
Bagitahu En.Rufi, nora recommend tahu. Pasti berbaloi :)

tips : video std bukanlah satu keperluan utama, namun jika
anda berminat menjadikannya sebahagian kenangan dalam
hidup anda, tidak salah. rajin-rajin la survey kerana citarasa
manusia berbeza bukan, saya cuma impikan yang simple
sahaja, setelah a few months saya survey, harga dan kualiti
kerja RFM yang lepas2..inilah pilihan saya =)

p/s : terima kasih yumie sudi singgah. terharu !!
yumie so cute korang! ambik berkat mommy to be :)
****************************************************
anaztasias : takutnya bila tgk countdown. byk benda xsetel lg :(