Thursday, October 28, 2010

Salam dan Hai Semua

Siang tadi one of my frenz tanya saya ada 
monthly atau weekly wedding planner
Terus saya sharekan dia template yang saya
dapat dari internet. Saya suka sangat template ni
sebab ia sangat tersusun. Oh saya tak catat dalam komputer
Saya edit tajuk atau perkara then saya printed.
Template ni dah ada siap2 ruangan yang penting-penting
misalnya, apa yang kita perlu buat, nak contact sapa,
nak assign sapa. Hehe.. kalo ada kawan-kawan yang nak
template ni, bagila email korang, saya anta yer !

sharing is caring ** love**



p/s : saya dah lupa la link nyer. haritu terus download. ampun ^_^

*********************************************************

anaztasia : kalo bab mencatat, memang banyak catatan hehe :p

p/s : esok nak kena gi camping dah. Insya Allah ada rezeki saya akan
bergerak laju ke kenduri xora dan zaila ahad ni tapi jangan terkejut yea
muka hitam sebab camping 3 hari, ahakz. see u guys, Insya Allah =)

Salam dan hai readers

maaf kerana lambat untuk entry ini
ketuk ketampi aci tak :p

Terima kasih kawan2 b2b sekalian untuk
award ini. Terharu sob sob sob, sebabnya
tak sangka, walaupun saya dah tukar link
tapi still dapat award. terima kasih ya !!


terima kasih kepada mereka yang bagi award ni
pada saya. tengs ya (the listed)

http://hernyzar-helmizan.blogspot.com/ - Sarah Hernyzar
http://handbagandnecktie.blogspot.com/-dyn
http://hanyakisahkita.blogspot.com/ - lala
http://brideontheway.blogspot.com/ - macemellow
http://ciknadira.blogspot.com - nadira
http://willbemrs.blogspot.com-willbermrs
http://iffahamed.blogspot.com/ - iffah
http://kandadindawithlove.blogspot.com/=rilla
http://journeytojune2011.blogspot.com/=eija
http://mytrulymadlydeeply.blogspot.com-ms syaz
http://icallucandy.blogspot.com- kucing comey
http://misiaiemmalya.blogspot.com/ - rose
http://reentartnenas.blogspot.com – reen
http://bridezillaweddingdiary.blogspot.com/ - nana
http://thepansyprincess.blogspot.com - aya
http://rosesndoves.blogspot.com/ - Miss Inaza


ini pula award dari syahira. tengs yea =)
http://pink-orange-theme.blogspot.com


last and not least, thanks kina dan lala untuk
award ini juga !!

hugs and love,
- anaztasias einz -

p/s : rasanya semua b2b dah kena tag for beautiful award,
ada yang belum tak? nak tag !! sila ambik yea

Salam dan hai

Let's surfing 2011 IKEA KATALOG
Pasti ada menarik hati =)
availaibe untul 31 July 2011

Stay Tuned . $$$$$$


******************************************
anaztasia : cepatla masuk gaji huaaa $$$$$$$

Wednesday, October 27, 2010

Salam dan Hai

Just want so share some personalized
labels and stickers. so cute !




alololo comey. hehehe futher details 
klik facebook Scissors N Ribbons

******************************************

anaztasia : kalo DIY benda ni cantik tak agaknya hehe

Tuesday, October 26, 2010

Salam dan hai

Firstly, tengs to all opinion and suggestion about house
im really appreciate it ! love yea ! tunggu umahnya di mana :)

Ini entry pendek. sekejap aje sebab ada keje kena setel
esok akan bloghoping ek b2b. sabar =)

Dapt komen Kina mengatakan saya dapat
finalist top 5 untuk urban online contest
(p/s kina : saya dah xguna tahu blog tu hehe)
hehe sukanyaaaaaaaaaaaaa jadi top 5 pun jadilah
ada rezeki adalah, kalo tiada xpe tumpang gembira untuk
yang lain. Oh ya, untuk contest tu saya guna blog lama
saya. Nasib saya tak delete lagi blog tu. Biarla ia jadi
kenangan. Pada rakan2 b2b yang link blog lama tu
jangan lupa exchange dengan link baru ni ek.


Untuk finalist yang lain, gud luck..saya kenal 3 darinya,
seorang xkenal tapi dah say hi to his blog hehe
Hernyzar; Cik Belle,Nora Aira, Eda Eliana,Noorazeana
Doakan saya dan kawan2. Luv yea !

Hugs n Love
~ anaztasia einz ~

p/s : untuk mereka yang baru jadi b2b, welcome dear. hugs hugs hugs

Sunday, October 24, 2010

Heeya. hepi weekend =)
Lagi 3 minggu nak cuti sekolah
tapi keje banyak. huaaaa 
cepatla cuti supaya dapat berblogging puas2 
hehe, k b2b out there, nanti cuti sekolah dah 
stat, saya nak khatam baca blog anda semua dari
mula ek.seyes. =p nak gain byk knowledge ni =)

okey, saya tersasul lagi. hehe truely saya nak tanya
pendapat rakan-rakan b2b sekalian, jika ada yang sudi
bagila pendapat dan pilihan ek.

saya sekarang sedang membuat pilihan mencari rumah
yang bakal diduduki oleh saya dan suami nanti. 
Buat masa sekarang (maybe 3 tahun) saya dan suami
tak dapat bertukar ke tempat yang sama
sebab pertukaran mengambil masa yang lama,
maka 2 situasi di bawah sedang dalam pertimbangan. 
Anda sokong yang mana ek?

SITUASI 1 :
Kami mencari rumah di Tampin di mana saya berkerja di situ,
manakala suami pula akan berulang alik pada hujung minggu sahaja 
memandangkan dia bekerja di Kuala Lumpur, 
pada hari bekerja dia menyewa di KL. Kalo hari - hari ulang alik
Tampin - KL, rasanya agak jauh dan mesti dia penat,
so baik weekend sahaja
Bila dah dapat tukar, baru duduk sama.

SITUASI 2 :
Kami mencari rumah di Senawang.
Saya berulang alik Senawang-Tampin,
suami pula berulang alik Senawang - Kuala Lumpur.
Destinasi saya setengah jam, manakala suami pula satu jam. 
Pastinya ikut highway la mudah. Highway Lekas
dan PLUS la gayanya. Kalo cari rumah di Senawang,
rasanya kami boleh tinggal bersama.
Xperlu la kot weekend.

Buat masa sekarang saya tinggal di Tampin,
tapi bulan 12 ni kena kuar cari rumah lain.
Jadi saya masih pikir mencari rumah di Tampin atau
terus mencari rumah di senawang.
Kalo anda, mana yang anda pilih ek?

Kalo ada nasihat yang lebih baik, bagitahula saya ye =)

*********************************************
anaztasia :  nak cari awal atau kemudian. hurm =p

Wednesday, October 20, 2010

 Salam dah hai. Nak share satu promosi WeddingKami.
Nak tahu lebih lanjut klink link yea =)

Promosi Website Kahwin Percuma Weddingkami kembali lagi untuk 50 pasangan terawal. Kali ni untuk mereka yang berkahwin diantara 1 November 2010- 31 Disember 2010. Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Oktober 2010 ATAU apabila kuota 50 pasangan pertama telah dipenuhi. Dan kali ini lebih menarik sebab ada hadiah lagi :D.

Yang paling best, buat pasangan yang mendapat paling banyak visitor, akan mendapat Website Kahwin mereka dalam bentuk CD interaktif percuma (bernilai RM300).Website kahwin percuma ini juga akan memaparkan iklan dari rangkaian pengiklan kami yang mantap. Kami memilih pengiklan kami dengan teliti jadi kami jamin tiada iklan yang berkaitan seks, pornografi, arak, alkohol, dadah, perjudian, kekejaman keatas manusia dan apa sahaja isu yang kami rasakan menyalahi norma manusia. Jadi jangan risau, tiada iklan seperti Seni Pancutkan Isteri didalam panel iklan tersebut. Malah, iklan yang dipilih dengan teliti oleh kami mungkin boleh membantu :)

Terma & Syarat
  1. Website Kahwin Percuma ini akan mempunyai iklan di bahagian bawah website (footer)
  2. Website Kahwin Percuma ini akan ‘online’ dari 1 November 2010-31 Disember 2010.
  3. Fungsi yang terdapat pada Website Kahwin Percuma ini adalah sama seperti Pakej Ekonomi
  4. Pasangan yang mempunyai visit paling tinggi akan memenangi CD Interaktif yang mengandungi Website Kahwin mereka secara percuma (bernilai RM300)
  5. Sekiranya tiada aktiviti pada website kahwin pasangan tersebut (seperti tidak mengubah aturcara, tidak login ) selama 14 hari/2 minggu berturut-turut, website kahwin ini akan dipadam secara automatik.
  6. Salah seorang dari pasangan mestilah Follower/Fan/Like kepada Twitter Weddingkami atau Facebook Weddingkami.
  7. Anda punya kelebihan sekiranya anda menggunakan online services (facebook/twitter/blog) dengan efektif dan sekiranya anda seorang aktif blogger/facebooker/twitter.
  8. Anda juga punya kelebihan sekiranya anda bekerja didalam syarikat-syarikat yang menggunakan aplikasi ICT dalam urusan kerja seharian.
Jadi, apa tunggu lagi, bukan senang nak dapat buat website kahwin free. Daftarkan diri anda untuk menjadi 50 pasangan bertuah yang akan menerima website kahwin percuma dari weddingkami di sini. Tawaran tutup 31 Oktober 2010 atau apabila kuota 50 pasangan dipenuhi.

 NAK TAU LEBIH LANJUT. SILA LAYARI WEDDINGKAMI SEKARANG !
Salam dan hai

Orang tua-tua pernah berkata
Tunang ni banyak dugaan.
Ada besar, ada kecil

Mesti setiap orang menghadapinya
Cuma dengan cara berbeza kan.
Saya kini dalam pasrah dan tawakal
Saya tak mahu terlalu fikirkan kerana
bagi saya, macam - macam boleh jadi.

Alkisah, salah seorang pakcik saya (agak rapat)
kena bertugas di Qatar, Arab Saudi mulai bulan hadapan
Dia hanya boleh balik Malaysia 2 kali sahaja
dan tarikh kahwin yang kami sudah tetapkan
tidak mungkin dapat dia hadiri. Maka adala suara2
mencadangkan tarikh wedding kami ditukar.
Nak tahu perasaan saya? clueless. Sapala
saya ini untuk berdebat dengan kalian yang ada.
Mungkin tarikh akan ditunda bukan diawalkan
tapi Mr.Purple suruh sabar, dia kata biarkan sahaja mereka
nak tentukan itu ini sebabnya dalam masa yang sama
macam-macam boleh jadi kan.Saya tak mahu stick sangat.

Persiapan tetap dijalankan. Bila masanya, biarlah dahulu
Saya masih merancang dengan tarikh yang asal, namun 
kalo ada perubahan saya redha. Tapi saya sangat bersyukur
dengan Mr.Purple. dia cool sahaja. tengs dear.
Oh masih ingat pasal stalker dalam blog lama saya?
Tahniah untuk dia sebab berjaya menyebabkan ramai
yang involved dalam wedding saya. 
Maybe dia sangat suka sekarang.

Saya tak minta untuk dijadikan cucu@cicit pertama yang
berkahwin. Terima kasih 'stalker' kerana menkecohkan
wed preps saya, ditambah pulak bila pakcik kena pergi Qatar
bertambah la itu ini. Saya dah tak marah. Pasti ada 
hikmah kan semua ini. Dah ! jom sambung wed preps

Ya Allah, kalau ini yang terbaik Engkau jadikan untuk hambaMu,
jadikan saya seorang redha dan semoga apabila tiba masanya
jadikan ia berjalan dengan lancar sebaiknya. Ameeeen.

************************************************
anaztasia : sebenarnya benda yang berlaku lebih dari ini,
Allah lebih mengetahui segalanya.

Sunday, October 17, 2010

Hai and salam.
Hope everything will fine today!

Got pictures from my sistah.
Thanks mom n dad becoz my dream
come true. just a simple dream.
Pondok kat umah nak jadikan tempat
potong kek, sangat hepi bila parents
wat landskap, walaupun simple
tetapi saya suka.!
thanx mom and dad.
sayang kamoooo!


p/s : reveal sepenuhnya lepas majlis :p

*************************************************
anaztasia : saya rindu kampung halaman. nak balik!!!

Friday, October 15, 2010

Hai dan salam semua =)

Bunga Tangan Kapas
atau sedap didengar 
Cotton Bouquest =p
eh Cotton Boutonniere pun ada
warna putih sesuci kapas
jom layan gambar sambil
melihat ilham ek =p

sources : webegirls

sources : weddingbee


nampak soft je kan. sesuai outdoor wed.
hugs and love,
~anaztasia einz~

************************************************
anastasia : cotton purple lawa ker? hik3 =p

Hai and salam everyone
Start ur day with smile =p

Yeah October Coming
Why i like October
Because it my besday ahaksz
(tak malooo betul promote..maloo)
bilakah? biarlah rahsia . ceh gediks =p
Sapa lahir bulan oktober, zodiak libra
please hand up hik3 =p

Hurm, tapi Mr Purple sangat nakal
Nak tau kenapa? Sebab dia hadiahkan
saya buku yang saya rasa semacam
aih perli ker? saya tak maho jadi macam artist
Dia kata, alaaa bukanlaaa cuma suruh baca aja
tambah ilmu .. huaaa cam tak caya jer
betul ker Mr.Purple suruh saya membaca ni
Apapun lepas saya baca nanti saya share ek 
kandungan yang menarik. Ops skrg xdan baca
lagi hehehe tapi bila saya belek-belek
bagus buku ni. Dia ajar kita berjimat =)

ucapan Mr. Purple . tengs =p

cover buku .

Oh ya. bajet saya bukan jumlah cover tu ye
Saya cuma ambik ilmu dari buku ini
Tiada kena mengena dengan bajet saya yer
lets share idea n knowledge =p

hugs n love
~anaztasia einz~

*************************************************
anaztasia : elakkan pembaziran, Insya Allah. yang penting kita
suka dan hepi.

Thursday, October 14, 2010

Salam dan hai readers

Saya nak share satu benda saya jumpa
di kedai RM 5 a.k.a Hinode Shop
Pernah dengar tak? Allaaaaaa yang kedai
hampir semua barang RM 5, signboard dia warna
hijau kuning erk lg satu xsure hehe majority
hijau dan kuning la.. biasanya kat supermarket ada 

Nama benda ni ialah Wedding Bag
Sesuai untuk kita letak gift dalam ni untuk
bagi kepada pengantin. Nak wat beg doorgit
boleh juga tapi agak besar la. Erm harganya RM 5
bagi sekeping beg. So terpulang pada pandangan
masing - masing. Warnanya silver dan
ada gambar cincin hehe. simbolik ler tu =p

So, there goes the pictures !



So, for those interested, can go to
Hinode Shop yea. Bagi yang ada idea lebih
marilah share sesama kita yea =)

Hugs n Love
~ anaztasia einz ~

*************************************************
anaztasia : kalo pergi kedai RM 5, nafsu nak membeli
macam - macam la. hehe =)

Tuesday, October 12, 2010

Hi dan salam lovely peeps !

Alhamdullilah baru-baru ini saya berkesempatan
menghadiri wedding blogger b2b yang saya kenal,
malah sekampung dengan saya. sya a.k.a gadis jumaat =)

Maaf Masmona dan Rose sebab saya lambat sampai
Kalo tak pasti ketemu huhu. maafla haritu kena pack barang
Biasalah bila dah posting berulang alik Tampin Kuantan :(
sangat rindu bandar Kuantan ehehe eh melalut pulak :p

Sebelum gerak ke Tampin saya dan Mr.Purple singgahla
ke majlis gadis jumaat ni hehe. Sangat sweet dan cute.
Masakan pun sangat sedap. Mr. Purple suka.!
Sya, nanti kongsi ek sapa yang masak hehehe :P

So, there goes the pictures tell about the wedding.
Sapa suka pink. sila angkat tangan yea ! hehe

sweet decoration . sya, mana kamu beli paper laterns?

yeah pink di sana sini. sweet yea ladies =)

sweet kan. Mr Purple sangat suka burung hantu itu.

bride n groom with DIY pelamin. cantek !!

full gambar tunggu gadis jumaat reveal ek. maybe masmona
ada upload kot hehe. Sya a.k.a Gadis Jumaat, just wanna wish u
SELAMAT PENGANTIN BARU. MOGA KEKAL
KE AKHIR HAYAT. KAMU SANGAT CANTIK =)

p/s : jangan lupa update yea. hehe

**********************************************
anaztasias : yeah, esok nak ke ladang ostrich! ;p
Selamat Pengantin Baru juga Layla =)

Friday, October 8, 2010

Selamat Hari Jumaat ! Ehehe

Terasa nak decorate kerusi makan pengantin?
Maybe idea di bawah boleh dipraktikkan
Pakai gabus pun boleh rasanya :p


erk, apapun kena tengok jenis kerusi juga rasanya
yang penting kreatif dan sesuai =)

***********************************************

anaztasia : hari ke-3 kembali ke blog atmosphere, sangat hepi !

 ** sharing info that i get from my facebook**

Kepade merake2 yg nk menghantar dan menerima hantaran..pikir2 kan.

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.


“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.    read dis..     Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

 Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Thursday, October 7, 2010

Salam dan Hai semua.

Alhamdullilah, saya berpeluang
menghadiri wedding Fiza, salah seorang
b2b blogger yang saya kenal.
2 Oktober 2010 (Sabtu)
Fiza sangat sweet dan gojes.
Paling terharu Fiza masih kenal saya
walaupun saya menyepi seketika dari
dunia b2b blog ini. Sayangnya saya tak boleh
lama sebab saya terpaksa balik ke Tampin
pada hari itu. maklumlah baru posting.

Saya takkan lupa perbualan kami =)

Saya : Hai fiza
Fiza : Hai, N-- A--- ek? 
Saya : Eh, awak ingat muka saya ehehe (malooo)
Fiza : hehe, dah makan?
Saya : Dah makan dah. maaflah tak boleh lama
Sorry ek. Nak ke Tampin ni
Fiza : Ok xpe2, terima kasih sudi datang, nanti
kita berblog-blog ek 

Hehe tak tahan ayat fiza yang terakhir, sempat lagi mention
berblog-blog hehe. K Fiza Selamat Pengantin Baru ek
Moga kekal ke akhir hayat. Hehe =)

Maaflah, saya tak sempat bergambar dengan pengantin, sebab
masa tu Fiza baru siap make-up hehe. Tapi paling
saya suka suasananya sangat besh, saya sempat juga
sign guest book fiza ! hehe

sweet couple ehehehe =)

close up guestbook DIY fiza

sign with my old name hehe :p

fiza wedding dais =)

white pinky - softly

welcome welcome :p

comel je. senang nak cari :p

Thanks Fiza for invitation. Dont forget to update yea
Yea. bawa balik ole - ole time :p

sweet je paperbag ni =)

***********************************************
anaztasia : saya rasa ralat sangat sebab rupanya fia polaris pun kahwin
tarikh yang sama masa ni, tak jauh dari rumah fiza
tapi sebab dah lama xjenguk blog atmosphere
dah termiss huhu sori fia, anyway Selamat Pengantin Baru juga Fia !
Moga kekal ke akhir hayat =)