Salam dan hai

Orang tua-tua pernah berkata
Tunang ni banyak dugaan.
Ada besar, ada kecil

Mesti setiap orang menghadapinya
Cuma dengan cara berbeza kan.
Saya kini dalam pasrah dan tawakal
Saya tak mahu terlalu fikirkan kerana
bagi saya, macam - macam boleh jadi.

Alkisah, salah seorang pakcik saya (agak rapat)
kena bertugas di Qatar, Arab Saudi mulai bulan hadapan
Dia hanya boleh balik Malaysia 2 kali sahaja
dan tarikh kahwin yang kami sudah tetapkan
tidak mungkin dapat dia hadiri. Maka adala suara2
mencadangkan tarikh wedding kami ditukar.
Nak tahu perasaan saya? clueless. Sapala
saya ini untuk berdebat dengan kalian yang ada.
Mungkin tarikh akan ditunda bukan diawalkan
tapi Mr.Purple suruh sabar, dia kata biarkan sahaja mereka
nak tentukan itu ini sebabnya dalam masa yang sama
macam-macam boleh jadi kan.Saya tak mahu stick sangat.

Persiapan tetap dijalankan. Bila masanya, biarlah dahulu
Saya masih merancang dengan tarikh yang asal, namun 
kalo ada perubahan saya redha. Tapi saya sangat bersyukur
dengan Mr.Purple. dia cool sahaja. tengs dear.
Oh masih ingat pasal stalker dalam blog lama saya?
Tahniah untuk dia sebab berjaya menyebabkan ramai
yang involved dalam wedding saya. 
Maybe dia sangat suka sekarang.

Saya tak minta untuk dijadikan cucu@cicit pertama yang
berkahwin. Terima kasih 'stalker' kerana menkecohkan
wed preps saya, ditambah pulak bila pakcik kena pergi Qatar
bertambah la itu ini. Saya dah tak marah. Pasti ada 
hikmah kan semua ini. Dah ! jom sambung wed preps

Ya Allah, kalau ini yang terbaik Engkau jadikan untuk hambaMu,
jadikan saya seorang redha dan semoga apabila tiba masanya
jadikan ia berjalan dengan lancar sebaiknya. Ameeeen.

************************************************
anaztasia : sebenarnya benda yang berlaku lebih dari ini,
Allah lebih mengetahui segalanya.