Showing posts with label makan beradap. Show all posts
Showing posts with label makan beradap. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Hi dan As Salam

Projek purple saya yang seterusnya ialah diy dekorasi
bagi kawasan meja beradap. Sangat simple dan jimat.


Asalnya saya ingat nak ambik pakej meja beradap tapi
bila dapat quotation ratus - ratus, terus rasa nak buat sendiri
dan simple sahaja, lagipun guna sahaja semula bahan yang ada.


Bahan - bahan yang saya gunakan ialah :
a) banner keluarga
b) span basah, tali rafia, staple gun
c) lebihan bunga fresh flower
d) 2 keping - white frame
e) skirting dan kain jursey.


Meja dan kerusi disediakan oleh pihak katering termasuk kain
canvas di belakang meja beradap. Banner keluarga ini sebenarnya
dibuat oleh kawan ayah dan boleh direcyle semula dalam apa
jua majlis. Idea ni dapat bila saya attend wedding mawar haritu.
Saya sukakan idea banner keluarga yang mengalukan kedatangan
tetamu, nanti adik - adik saya kahwin bolehla 'recycle' semula :D



Lebihan bunga fresh flower {entry ini} digubah agar sesuai untuk
diletakkan di tengah - tengah meja beradap. Kain alas meja di
sediakan oleh pihak katering. Manakala kain skirting & jursey pula 
kami angkut dari pejabat ibu. Hehe. Jimat kan. Kemudian pakcik
saya bagi idea gantung lebihan bunga - bunga kecil guna tali rafia.
Tak silap saya idea gantung bunga ke bawah ni ada di blog Intan.


Hanya frame ini yang dibeli bagi tujuan dekorasi meja beradap.
Saya beli di ikea. Kalo tak silap harga masa tu RM 4.99.



Ok, saya tepek satu gambar kami hehe tak sah kalau tak bergambar
di meja beradap. Walaupun simple tapi saya suka, volley ? hehe :)


p/s : tak siapa perasan frame itu diletak terbalik dengan kedudukan
kami. bila dah dapat gambar dan album baru perasan hehe :)
sepupu yang ditugaskan untuk letak frame tu kata ianya seni haha :D

Wednesday, August 24, 2011

 sumber : google

Kek pulut kuning merupakan alternatif bagi yang tidak meminati
kek fondant dan sebagainya untuk majlis perkahwinan mereka.
Tapi kalau nak buat dua -dua pun boleh hehe. Harga tempahan
untuk kek pulut kuning sekitar rm60.00 - 150.00, bergantung kepada design.
Jika rajin dan pandai, boleh buat kek pulut kuning sendiri :D

Untuk pautan lain berkaitan kek pulut kuning, sila klik link di bawah :
e. Teratak Kek Zaidah (Kuantan)

alamak. tak macam wordless pun haha. hepi survey !! :D

*************************************************
anaztasias : pulut kuning, telur dan rendang. nyummy !

Monday, August 22, 2011

Half-moon canopy belum cukup popular seperti
arabic canopy tapi ayah saya sangat berminat dengan bentuknya.
Katanya nampak luas dan mudah pergerakan bagi orang ramai.

Saya setuju sahaja. Kalo ikutkan minat, saya minat transparent
canopy tapi kenduri saya tengahari, tak sesuailah :p hehe :D
Alhamdullilah, catering saya ada menyediakan half-moon canopy.
Di kuantan, saya dapat harga rm280 bagi satu half-moon canopy,
tapi belum deal lagi, Insya Allah my mom will deal after raya :)

Jom kita tengok bentuk fizikal half-moon canopy :)




sumber gambar : Klang Canopy

*** 96 hari sahaja lagi , tengah kemaskini checklist ****

********************************************
anaztasias : majlis saya di rumah sahaja. home sweet home :D

Thursday, August 11, 2011

Cranes origami atau saya lebih suka panggil
origami burung merupakan favourite saya apabila
melihat origami. tak tahu kenapa. tapi saya suka :P

Cuba, korang tengok gambar origami burung di bawah.
Saya jatuh cinta. melting. Nak juga wat camni leh :p

 source : the knot

 source : mywedding

 source : lovelycluster

source : cakeandpictures

Suka tak ? Hehe. Cantik tak kalau letak di gazebo?
Atau di selang seli dengan lantern tapi kena buat banyak
Oh tidak.. saya tak serajin itu kot hahaha :P

********************************************
anaztasias : beshnya kalau dapat berangan lebih - lebih :P

Sunday, November 21, 2010

Salam dan hai readers :D

Tomorrow, officially school holiday.
Yeay ! a lot of works to do.
Musim kawen - kawen pun menjelma.

Almost kenduri pasti letak fruit dekat meja beradap,
especially tembikai, rite? ^_^
So, kat bawah ni ada satu gambar buah tembikai
Jumpa masa tengah godek2 file folder
saya lupa bila saya save dan di mana. my bad.


************************************************
anaztasias : kalo batuk tak boleh makan tembikai :P