Showing posts with label catering. Show all posts
Showing posts with label catering. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

Hi dan As Salam

Bagi mereka yang masih tercari - cari vendor
untuk catering dan khemah, anda mungkin boleh 
konsider ED Caterers. Beroperasi di Sg. Isap, Kuantan.


Sepanjang majlis saya tempoh hari, pihak catering
menjalankan tugas dengan baik dan tiada masalah
berlaku. Saya mengambil pakej makanan tetamu dan
vvip serta khemah sekali meja kerusi sahaja .Saya juga 
meminta mereka menyarung semua kerusi dengan sarung 
putih tiada riben serta kain alas berwarna peach dan unggu 
bagi meja tetamu dan meja buffet. Hanya kerusi vvip sahaja
disarungkan putih beserta riben. Meja untuk vvip pula
adalah meja bulat manakala meja bagi tetamu lain meja panjang.
Untuk meja beradap, saya diy sahaja bersama keluarga.

 pekerja sedang menyusun atur

 suasana di awal kenduri

meja panjang bagi tetamu

khemah half moon yang siap dipasang

Walaupun tak mengambil full package, namun layanan
daripada pihak katering sangat tip top. Disertakan
juga pelayan yang berpakaian seragam dan dekorasi meja 
buffet bagi tetamu. Jadi saya sangat syorkan ED Caterers kepada 
sesapa yang masih mencari katering bagi sekitar kuantan.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :

Blog : ED Caterers
Facebook : ED Caterers

Susunan sekitar meja tetamu dan meja makan beradap :





susunan dan dekorasi bagi meja buffet tetamu :











Alhamdullilah, ramai tetamu berpuas hati tempoh hari.
Terima kasih ED Caterers, semoga terus sukses !

p/s : ieka, as per request :)

Wednesday, November 2, 2011


November time, kurangkan bercakap,
banyakkan kerja haha. neves sebenarnya. =p

Untuk purple project  yang ke -7 siapa boleh
teka apakah 'benda' ini. hehe. Jom tengak teaser.

ni antara bahan - bahannya, mudah sahaja.

Macam pucat je purple cair, ke saya patut ganti
dengan kertas purple gelap skit kot. hurm thinking T_T

Bahan - bahan asas :
- Kertas warna (purple)
- Doily Paper
- Kertas puteh
- Printer

Purple cair ke purple gelap ek. kena decide sebelum
diteruskan ni hehehe. Okey survey2 T_T

************************************************
anaztasias : clue - food, food, food

Monday, August 22, 2011

Half-moon canopy belum cukup popular seperti
arabic canopy tapi ayah saya sangat berminat dengan bentuknya.
Katanya nampak luas dan mudah pergerakan bagi orang ramai.

Saya setuju sahaja. Kalo ikutkan minat, saya minat transparent
canopy tapi kenduri saya tengahari, tak sesuailah :p hehe :D
Alhamdullilah, catering saya ada menyediakan half-moon canopy.
Di kuantan, saya dapat harga rm280 bagi satu half-moon canopy,
tapi belum deal lagi, Insya Allah my mom will deal after raya :)

Jom kita tengok bentuk fizikal half-moon canopy :)




sumber gambar : Klang Canopy

*** 96 hari sahaja lagi , tengah kemaskini checklist ****

********************************************
anaztasias : majlis saya di rumah sahaja. home sweet home :D

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan buat semua !

Alhamdullilah sebelum Ramadhan tiba, saya dan keluarga
berjaya juga membeli sedikit barangan untuk persiapan
majlis saya nanti. Insya Allah. Memang penat giler tapi really
fun hangout with my lovely dearest mom :)

Tips : Membeli belah bersama ibu adalah yang terbaik.
Ibu berpengalaman dan pandai 'deal' dengan baik. Kalau
saya yang muda ni, mesti tak banyak dapat diskaunnya :P

 Lokasi : ED Caterers, Permatang Badak, Kuantan

Ibu tengah berbincang, saya dok kat sofa haha. Bila ibu
tanya nak lauk apa. Saya tak kisah. Bagi saya urusan seperti
ini elok orang tua yang uruskan. Takkanlah sampai makanan pun
saya nak monitor. oh tidak, saya tak nak jadi bridezilla :p
Deposit RM 1000.00 untuk confirmation. Next meeting nanti
boleh bincang lagi pasal harga dan khemah :) 


Lokasi : VR Star, Nilai, Negeri Sembilan

Hehe thanks akak sebab tolong angkat barang. huhu dah beli
bekas untuk doorgift. berplastik-plastik jadinya :p. Dekat nilai
ni, kalau nak murah memang kedai kecil - kecil itu sebenarnya yang murah
tapi kena rajin pusing. My mom memang rajin pusing. Oh tidak saya.
Tapi kalau nak pelbagai pilihan kena pergi kedai yang besar seperti VR Star.
Untuk mereka yang minat english dan vintage style, kedai ini
sangat sesuai. Harga pun berpatutan dan boleh jimat.


 Lokasi : Kedai Curtain & Textile, Tampin, Negeri Sembilan

Ibu saya cakap harga kain langsir di Tampin lagi murah
dari Kuantan. Kebetulan tengah ada promo raya.
Jadi ibu tempah terus untuk bilik saya dan rumah
kami. Gambar ibu sedang survey kain. hehe. 
Oh ya kebetulan ibu datang bercuti di rumah saya,
apapun ibu memang terbaik. Tokey kedai kat gambar atas
tengah pening sebab ibu dok deal murah-murah hahaha.

Alhamdullilah, dah boleh update list. Thanks mom ! **hugs**

**************************************************
anaztasias : ayah saya tukang drive je hahaha. belum duty dia lagi :P