Showing posts with label bunting. Show all posts
Showing posts with label bunting. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Hi dan As Salam

Hari ini saya nak share tentang mereka yang
merealisasikan 'thank you tags' dan bunting saya.

Thank you tags

Bagi thank you tags, saya ada dua vendor
yang sangat recommendkan hasil mereka.

1) Thank you tags by Gadis Jumaat Art Cetera


Thank you tags yang dibuat oleh Gadis Jumaat
saya gunakan untuk doorgift yang melibatkan
tetamu vvip, saudara mara dan kenalan rapat.
Malah digunakan juga untuk dekorasi centerpieces
dan deko balang - balang jar bagi candy buffet.

Saya pernah reviewkan perkhidmatan mereka di
{ entry ini }. Memang cantik dan superb !
Komunikasi ok dan hasil siap on time.

Sekiranya anda ingin menghubungi mereka
boleh layari facebook : Gadis Jumaat Art Cetera
p/s : Hasilnya pernah disiarkan di WHI, TV3.

2) Thank you tags by ArtChetak (Gift By Print)


Thank you tags yang dibuat oleh Art Chetak pula
adalah sekali dengan pakej kad kahwin yang saya
tempah. Kira dah memang satu set. Murah bila ambik 
set lengkap. Saya gunakan thank you tags ini untuk
projek diy doorgifts saya bagi tetamu yang hadir.
Very loveable dan memenuhi citarasa saya.
 Komunikasi ok dan hasil siap on time.

Saya pernah review mereka di { entry ini }

Sekiranya anda ingin menghubungi mereka
bolehla melayari facebook : Gift By Print.


Bunting

Bagi bunting pula saya ada dua vendor
juga yang sangat berbakat dan kreatif .

1) Bunting by ArtChetak (Gift By Print)


Bunting ini sekali juga dengan pakej kad kahwin
dan thank you tags di atas. Memang design yang sama
dan diletakkan di area photobooth semasa majlis :)
Kak Durra owner GBP ini memang sangat baik hati.
Mudah berurusan dan easy going person.

2) Bunting by Creative by Linda


Saya sangat suka bunting ini. Tambahan pula
diberi secara percuma oleh CBL. Diletakkan
di sudut table gift bagi tujuan meraikan
pemberian tetamu. Lynda seorang
yang mudah berurusan dan berterus terang
tentang kemampuan dan halangan yang dia
boleh atau tidak boleh. Urusan saya dengan
beliau juga mudah dan tidak rumit. 

ada budak main gulung bunting saya
pastu tiada sesapa sedar. nasib nampak
muka tau dan tajuk. aish sapa la gulung
sekerat tu. Waktu pagi elok sahaja lagi. :D

Sekiranya anda berminat untuk menghubungi
CBL, layari facebook : Creative By Lynda.
 p/s : CBL ada wat giveaway sekarang. cepat2 
join okeh . Mana tau ada rezeki :)


Ketiga - tiga mereka yang kreatif ini,
hasilnya sangat memuaskan hati :)
 

Monday, July 16, 2012

Hi dan As Salam

Projek purple saya yang seterusnya ialah diy dekorasi
bagi kawasan meja beradap. Sangat simple dan jimat.


Asalnya saya ingat nak ambik pakej meja beradap tapi
bila dapat quotation ratus - ratus, terus rasa nak buat sendiri
dan simple sahaja, lagipun guna sahaja semula bahan yang ada.


Bahan - bahan yang saya gunakan ialah :
a) banner keluarga
b) span basah, tali rafia, staple gun
c) lebihan bunga fresh flower
d) 2 keping - white frame
e) skirting dan kain jursey.


Meja dan kerusi disediakan oleh pihak katering termasuk kain
canvas di belakang meja beradap. Banner keluarga ini sebenarnya
dibuat oleh kawan ayah dan boleh direcyle semula dalam apa
jua majlis. Idea ni dapat bila saya attend wedding mawar haritu.
Saya sukakan idea banner keluarga yang mengalukan kedatangan
tetamu, nanti adik - adik saya kahwin bolehla 'recycle' semula :D



Lebihan bunga fresh flower {entry ini} digubah agar sesuai untuk
diletakkan di tengah - tengah meja beradap. Kain alas meja di
sediakan oleh pihak katering. Manakala kain skirting & jursey pula 
kami angkut dari pejabat ibu. Hehe. Jimat kan. Kemudian pakcik
saya bagi idea gantung lebihan bunga - bunga kecil guna tali rafia.
Tak silap saya idea gantung bunga ke bawah ni ada di blog Intan.


Hanya frame ini yang dibeli bagi tujuan dekorasi meja beradap.
Saya beli di ikea. Kalo tak silap harga masa tu RM 4.99.



Ok, saya tepek satu gambar kami hehe tak sah kalau tak bergambar
di meja beradap. Walaupun simple tapi saya suka, volley ? hehe :)


p/s : tak siapa perasan frame itu diletak terbalik dengan kedudukan
kami. bila dah dapat gambar dan album baru perasan hehe :)
sepupu yang ditugaskan untuk letak frame tu kata ianya seni haha :D

Saturday, June 9, 2012

Hi dan As Salam

Project purple seterusnya ialah mewujudkan lokasi 
bagi tempat pengumpulan hadiah. Oleh kerana 
majlis saya diadakan di kawasan rumah, adalah 
sangat penting bagi saya mengadakan ruangan ini.


Pengalaman kenduri saudara mara yang lepas
membantu saya dalam idea ini. Biasanya saudara mara
kita yang mengambil hadiah akan letakkan di mana -
mana sahaja lebih - lebih lagi waktu itu sangat sibuk.
Malah ada tetamu yang tercari - cari di mana mereka
hendak letakkan hadiah atau barangan yang mereka
bawa. Saya pun pernah mengalami situasi ini.


Jikalau anda mahu lebih idea untuk wedding gift table
ini, anda taip sahaja di google, Insya Allah anda akan
dapat lihat banyak idea dan sudut ini biasanya dipraktikkan
di pelbagai majlis dan tentulah termasuk majlis kahwin.


Dekorasi untuk wedding gift table saya sangat simple.
Hanya perlukan kertas doily, kain alas meja, 2 meja 
panjang, tali rafia, penyepit baju dan bunting, siap !
Perkataan 'thank you' itu saya tujukan kepada semua
yang telah memberi kami pelbagai hadiah.{entry ini}
terima kasih sangat - sangat. Syukran Jazilan.


Semoga ia memberi inspirasi kepada anda juga !

Tuesday, December 20, 2011

Hai korang !! semoga ceria selalu, kali ni saya nak review kad kahwin,
pembuka atau pemulaan untuk sesuatu majlis perkahwinan =)

Memilih dan memberi warna pada kad undangan perkahwinan adakalanya satu
tugasan sukar kerana warna mempunyai impak besar dalam mentafsirkan
sesuatu maksud tersirat. Malah memilih vendor untuk merealisasikan
kad kahwin anda juga tidak boleh diambil ringan. Kalau silap memilih,
pelbagai insiden yang tidak diingini boleh berlaku.

Mungkin kita selalu mendengar orang berkata ''ah buat apa kad mahal2,
nanti ke tong sampah juga..'' Percayalah tidak semua insan begitu dan
perkataan 'mahal' itu subjektif. Bagi saya kad kahwin saya masih dalam
lingkungan bajet kerana harganya adalah sen, yup bukan beringgit - ringgit
tetapi sen, malah sekali pakej bunting dan thank you tags. murah kan !
Apa yang penting macam mana kita berbincang dengan vendor kita
tentang konsep dan warna kad yang kita mahukan. Seperti yang saya
maklumkan dalam entry sebelum ini, "biar bajet rendah tapi hasilnya indah"

Saya telah memilih Gift By Print (Art Chetak) sebagai vendor kad kahwin saya,
malah saya telah banyak kali membuat entry tentang Gift By Print -
{entry 1} / {entry 2} / {entry 3} / {entry 4} kerana mereka sangat bagus !

Saya sangat gembira apabila menerima feedback positif dari kawan - kawan 
terutama kawan - kawan ibu dan ayah saya yang sangat sukakan kad itu.
Simple tapi kemas, warna yang ceria, seperti yang saya mahukan.
Dan inilah hasil kad kahwin saya.

kad kahwin dan thank you tags

bunting

Detailnya pula adalah seperti berikut :


Wedding invitation card
folded 90mm x 166mm
230gsm ivory white card

Thank you tag
90mm x 54mm (max)
230gsm ivory white card

Bunting
2' x 6'

Kenapa saya recommendkan Gift By Print (Art Chetak) kepada anda? kerana :

1) Kak Durra merupakan seorang yang senang diajak berbincang dan
berunding, samada secara online atau bersemuka. Dia memahami konsep
yang saya mahukan dan dia tidak membuat perubahan tanpa persetujuan customer.

2) Sekiranya ada pelbagai pilihan, Kak Durra tiada masalah menerangkan
satu persatu, malah melayan pertanyaan saya yang cerewet ini walaupun
soalanya pendek - pendek, hehe maafkan saya ye kak :D

3) Pemilihan design dan warna adalah mengikut kehendak customer, malah
dia terangkan lagi kenapa begitu dan begini kedudukan dan konsepnya.
Yang penting ia tidak lari dari idea asal saya =)

4) Kualiti kertas yang digunakan sangat berkualiti. Keras dan cetakan
yang cantik. Kemas dan tiada kesalahan pada kad kahwin saya. Font
yang jelas dan sesuai dengan situasi kad tersebut. Perkhidmatan dan
jangka masa kad siap juga sangat cepat dan sangat memuaskan.

5) Bagi peminat hard fan doily, anda jangan ragu - ragu kerana
merekala yang terbaik dan memahami kehendak anda, pretty sure !

Alhamdullilah saya sempat framekan kad kahwin saya semasa majlis.
Sempat selamatkan 2 keping kad kahwin saya, syukur ! Saya juga
memohon beribu ampun dan maaf buat mereka yang tidak dapat
kad kahwin saya, bukan saya tidak mahu hantar tetapi kad kahwin
saya habis, sold out, saya pun terkejut jadi saya mohon beribu kemaafan
jika ada yang tidak menerima kad saya sebelum ini dan hanya
menerima online invitation sahaja. Maaf ye =(

Jadi, buat mereka yang masih mencari - cari pembuat kad kahwin anda.
quote my blog dan cepat - cepat hubungi mereka ya :)

Facebook : Gift By Print

Btw, terima kak Durra dan Gift By Print for the compliments, terharu
sangat dan Insya Allah kita akan berkerjasama lagi di masa akan datang.
Insya Allah. Moga Gift By Print terus sukses dan maju jaya :) Aminn.

Sunday, September 11, 2011


Hi, Signage atau penunjuk arah memainkan peranan
penting dalam memastikan tetamu selamat tiba 
ke majlis perkahwinan kita. Kelainan atau trademark
yang kita selitkan, Insya Allah membantu tetamu tetapi
jangan pula kita lupa inform pada mereka hehe :)

Misalnya seperti gambar di bawah, comel kan :
sumber : blog Acaii Jawe

Saya pernah share tentang cute cartoon sebelum ini,
Insya Allah saya bakal gunakannya di majlis saya.

Yeah. ini kartun khas direka untuk saya oleh Gadis Jumaat


Thanks Sya, love it ! Jom DIY signage yok !

p/s : platgiarism makin menjadi - jadi sekarang, 
sebenarnya lebih elok jika kita meminta izin dahulu
menggunakan karya seseorang, Insya Allah keberkatan itu
ada berbanding anda mencilok kreativiti seseorang itu,
peringatan untuk diri saya juga =)

**********************************************
anaztasias >  love simplicity . projek purple : signage bermula ! =)

Tuesday, August 2, 2011

 Siapa berminat untuk membuat bunting, banner
or poster wedding anda, ala - ala movie style?
Hehe, Insya Allah moga gambar - gambar di bawah
memberi sedikit ilham kepada anda untuk direalisasikan :)

 sumber : The Wedding Chat

 sumber : sis nyomel


 sumber : moviepostershop

 sumber : all women stalk

sumber : dvdrealesedate

 sumber : ellfaziraazman


huhu, gambar di bawah ni saya lost sumber.
sori , but i use google as known :P

 love this :)

 from blogger too. i lost her link :(

nak mcm ni boleh? :p

p/s : anda suka yang mana? moga ia memberi ilham :)

***************************************
anaztasias : misi mencari gambar yang besh (bagi saya la :p)