Showing posts with label bilik pengantin. Show all posts
Showing posts with label bilik pengantin. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Salam dan Hai

Bilik pengantin saya simple je. Yang penting
mudah nak kemaskan semula selepas majlis :)

Saya pernah ceritakan tentang persiapan bilik pengantin
saya di { entry ini }, { entry ini } ,{ entry ini },

Oleh kerana bilik pengantin saya tidaklah begitu luas,
jadi saya meminimakan perabot dan bahan dekorasi
agar tidak terlalu sempit dan kusut. Simple as nice :)

Untuk bahagian kepala katil, saya letakkan 'doily wording'
iaitu perkataan 'Just Married'. Saya ikatkan pada langsir kiri 
dan kanan. Lampu Ikea pula saya letakkan belah kiri,
bagi membantu langsir menutup pintu bilik air. Masa majlis
berlansung, memang bilik air ditutup sebab khuatir orang akan
kuar masuk, adakalanya kita tidak sedar kan :) Bantal tu
ada perkataan Queen dan King tau hehe.




Untuk belah kanan pula, saya letakkan white table corner yang kecil
dan letak candles,kalendar gambar, batu burung dan sedikit bunga.



Dekorasi bagi bahagian dinding kiri (purple) simple sahaja.
Saya letak bunga gantung, catatan gambar kalendar dan sijil.



Dinding kanan (pink) pula saya letak kad kahwin saya
hehe kenangan seumur hidup tu. heheheh :) Saya letak
juga bunga gantung bentuk love =)



Untuk set perabot pula, saya memilih set perabot
warna putih (all white) dan perabot yang paling saya
suka ialah perabot cermin meja makeup. sebab ia
memanjang ke bawah dan dalamnya boleh simpan
barang. (kena tarik untuk buka).jimat ruang hehe.
Saya beli set perabot ini di Wescout, Kuantan :)
Jam dinding beli di Cowboy Melaka, karpet
bulu dan getah pula ibu yang bagi hehe :)



Antara gambar yang menggunakan cermin panjang as angle.


Finally pandangan sisi bilik pengantin saya :




Okey, abis review tentang bilik saya yang simple. 
Memang seronol bila hias sendiri bilik pengantin.
Suami pun suka :). Pesanan saya untuk bakal pengantin,
jangan lupa pastikan bilik bersih okey. Anda tak jangka
photographer dan videographer anda akan shoot angle
apa. Lagi 1, biasanya tukang makeup dan videographer
akan tinggalkan beg dorang dalam bilik anda. dorang
bawa lebih dari 1 beg.

p/s : terima kasih untuk our photog dan videog sebab
memaksimumkan semua bahan yang ada dalam bilik ini.
Suka bila tengok hasil kerja dimemorikan =)

jumpa lagi yea kawan - kawan :)

Tuesday, January 10, 2012


Hi, actually tak tahu nak panggil apa, tapi rasanya perkataan
'door note' sesuai kot. hehe nak kata 'hanging door note' tak sesuai
sebab tak hanging pun hehe. Idea 'door note' sebenarnya last minute,
(jangan tiru macam saya ye hehehe), simple saja saya buat :)
Memang saya berharap photographer saya pandai padankan dengan
situasi tersebut. Alhamdullilah, sesuai pun 'shoot' nya hehe =)

saya sedang di makeup oleh kak farina jamal.

Saya menggunakan kertas pink untuk match dengan warna dinding
apabila pintu dibuka. Perkataan pula saya karang hasil dapatan google.
pastu terpikir perkataan 'workload' - hentam sahajala ehhehe :D


Di bawah ini, adalah butiran mengenai DIY Door Note :

Step 1 : Sediakan Bahan - Bahan
- Kertas A4 Warna Pink Sehelai
- Plastik liminate / Mesin liminate
- Laptop (Microsoft Word)
- Printer
- Double Tape

Step 2 : Taip Perkataan Anda
- Saya taipkan perkataan seperti gambar di atas
dan menyusunnya mengikut kesesuaian. Guna 
Microsoft Word sahaja tahu. Mudah. Simple.

Step 3 : Mencetak / Meliminate
- Kemudian saya mencetak hasil tersebut di atas kertas
A4 bewarna pink. Saya ambil sekeping plastik liminate
dan masukkan kertas A4 tersebut ke dalamnya,
kemudian liminatenya dengan 2 pusingan :P

Step 4 : Letakkan Double Tape
- Finally letakkan double table dan tampal di pintu.
Siap untuk digunakan hehe.


Kos Asas Bahan DIY Door Note
- Kertas A4 Warna Pink Sehelai : (ambil lebihan kertas warna di rumah)
- Plastik liminate / Mesin liminate : (memang ada mesin di rumah)
- Laptop (Microsoft Word) : (sedia ada, no cost at all)
- Printer : (sedia ada di rumah)
- Double Tape : (lebihan dari hasil lain, no cost la hehe)
Totally Free, Time Cost : sekitar 20 minit

Tips : Pastikan langsir pintu anda tidak menganggu sekiranya hendak
membuat 'door note' or hanging 'door note'. all da besh :)

Saturday, October 29, 2011

Finally, i got my lantern lamp ! Alhamdullilah ( ^ ^ ).
Lampu ini dah semestinya femes di IKEA.
Saya membelinya dengan harga RM 39.90 di
IKEA Mutiara Damansara, unfortunately,  masa saya
datang, lantern lamp ini bukan dalam kategori diskaun sob sob :(.
Kawan saya pernah beli lampu ini dengan harga lebih rendah dari
yang saya nyatakan di atas, so korang rajin2 tengok sale tau ! =p

tadaaa, masa lampu bilik ditutup.

chakk..masa lampu bilik dibuka =)

Dekat ikea ada satu lagi lampu lantern bentuk lurus untuk harga
yang sama macam ini, yang lain mahal skit, eh mahal banyak rasanya haha.
Saya pengantin bajet, asal dapat yang saya suka, syukur sangat =)
Lepas ni, bolehla digunakan untuk dekorasi ruang tamu hehe :)

******************************************************
anaztasias : im really fall in love with lantern ! ^_^

Thursday, August 25, 2011

Hai korang ! Semoga ceria hendaknya :)

Bathrobe ataupun jubah mandi terdiri daripada pelbagai saiz,
jenis kain, design dan juga harga. Ada yang murah, dan ada juga
agak mahal. Saya pernah survey dekat SOGO, harga ratus2 
juga :P tapi Xora pernah jumpa yang murah, RM 9.00.

Saya rasa agak pratikal memakai jubah mandi, seperti mana
anda memakai kameja butang ketika make-up, mudah untuk
ditanggalkan dan tidak menganggu bahagian kepala yang telah disolek :)
Jangka masa pendek, jubah ini boleh dibawa semasa honeymoon,
jangka masa panjang pula, gunala bersama pasangan anda sentiasa hehe :D

Ada 3 cara anda boleh mengukir perkataan yang anda suka
di bathrobe tersebut, ( bergantung juga kepada jenis kain ye ) :
a. sulaman huruf (harga bergantung kepada perkataan)
b. mengunakan batu rinsthone, manik dan sebagainya.
c. menggunakan marker pen khas untuk kain.

Terpulang kepada anda untuk realisasikanya. Saya prefer
sulaman huruf, tahan lama, kukuh dan nampak kemas :)

 sumber : ebay.co.uk

 sumber : mibrideandgroom

 sumber : weddingbee

sumber : xora DTN

Comel kan. Yang penting lepas kenduri still boleh
digunakan. Insya Allah. Hehe, i'm lucky ! saya dah jumpa
sepasang, harga RM 23.00 sepasang. Nanti saya share =)

**************************************************
anaztasias : bak kata Renee, Xora dengan misi sulit, Renee pula project X,
saya pun bercadang nak mulakan  'Project Purple'. jom sama2 Renee !
Esok, genap 90 hari lagi sebelum 'saat itu', doakan semua project saya
menjadi ye kawan - kawan. Insya Allah, anda juga , gambate ! :D

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan buat semua !

Alhamdullilah sebelum Ramadhan tiba, saya dan keluarga
berjaya juga membeli sedikit barangan untuk persiapan
majlis saya nanti. Insya Allah. Memang penat giler tapi really
fun hangout with my lovely dearest mom :)

Tips : Membeli belah bersama ibu adalah yang terbaik.
Ibu berpengalaman dan pandai 'deal' dengan baik. Kalau
saya yang muda ni, mesti tak banyak dapat diskaunnya :P

 Lokasi : ED Caterers, Permatang Badak, Kuantan

Ibu tengah berbincang, saya dok kat sofa haha. Bila ibu
tanya nak lauk apa. Saya tak kisah. Bagi saya urusan seperti
ini elok orang tua yang uruskan. Takkanlah sampai makanan pun
saya nak monitor. oh tidak, saya tak nak jadi bridezilla :p
Deposit RM 1000.00 untuk confirmation. Next meeting nanti
boleh bincang lagi pasal harga dan khemah :) 


Lokasi : VR Star, Nilai, Negeri Sembilan

Hehe thanks akak sebab tolong angkat barang. huhu dah beli
bekas untuk doorgift. berplastik-plastik jadinya :p. Dekat nilai
ni, kalau nak murah memang kedai kecil - kecil itu sebenarnya yang murah
tapi kena rajin pusing. My mom memang rajin pusing. Oh tidak saya.
Tapi kalau nak pelbagai pilihan kena pergi kedai yang besar seperti VR Star.
Untuk mereka yang minat english dan vintage style, kedai ini
sangat sesuai. Harga pun berpatutan dan boleh jimat.


 Lokasi : Kedai Curtain & Textile, Tampin, Negeri Sembilan

Ibu saya cakap harga kain langsir di Tampin lagi murah
dari Kuantan. Kebetulan tengah ada promo raya.
Jadi ibu tempah terus untuk bilik saya dan rumah
kami. Gambar ibu sedang survey kain. hehe. 
Oh ya kebetulan ibu datang bercuti di rumah saya,
apapun ibu memang terbaik. Tokey kedai kat gambar atas
tengah pening sebab ibu dok deal murah-murah hahaha.

Alhamdullilah, dah boleh update list. Thanks mom ! **hugs**

**************************************************
anaztasias : ayah saya tukang drive je hahaha. belum duty dia lagi :P

Friday, July 1, 2011

Hai korang. sihat tak? jaga kesihatan tahu :D
Saya nak share dengan anda semua pasal lilin.

Lilin sering dikaitkan dengan suasana romantik =)
Maka tidak hairanla penggunaan lilin dalam sesuatu majlis
perkahwinan amatlah popular terutama waktu malam.

Selain itu, lilin juga boleh menjadi salah satu dekorasi 
bilik pengantin. Menaikkan mood dan aura tersendiri.
Saya sukakan dekorasi lilin ala - ala seperti di spa, yang
mengandungi tiga eleman utama :- lilin, batu dan bekas.

 sumber : weddingbycolor

 sumber : Lace & Lavender

sumber : google

Hehe, dan yang paling saya hepi, saya jumpa set DIY 
dekorasi lilin spa di Parkson Alamanda. Harga RM 19.90.
Ada 3 lilin, ada batu-batu dan ada bekas hitam seperti gambar
no. 1. cuma bekas panjangnya skit, macam kita jumpa di spa tu :P

tapi kalau nak buat banyak secara sendiri,
cari je lilin yang banyak2 tu, batu-batu
ada juga di jual di KK Home Deco,
bekas hitam tu saya xpasti. tapi boleh DIY.

saya buat satu je. hanya untuk dekorasi bilik pengantin =)

Selamat mencuba kawan - kawan :D

************************************************
anaztasias : lepas kenduri boleh guna untuk dekorasi rumah,
tidak membazir kan. hehehehe :)

Wednesday, June 15, 2011

Saya adalah peminat purple tegar :D

Warna bilik saya sebelum ini =)

p/s : pintu bilik air saya xleh bukak. kena baiki la :((

Warna bilik saya sekarang =)

err, warna sebenar tak sejelas ni. maafkan kamera
cabuk saya :p eheheh

Alhamdulillah, bilik dah cat. Terima kasih ayah sebab
menolong saya mengecat :) Sayang ayah !!!

warna : purple silk dan red sakura
jenama : kansai paint
harga : RM 33.00 untuk 1 liter
(saya guna 3 liter sahaja (2 purple silk dan 1 red sakura)
lokasi kedai : Kedai cat dekat Cenderawasih, Kuantan

next list things : langsir dan katil :)

**********************************************
anaztasias : im so in love with purple since teenager :p

Wednesday, June 8, 2011

Pillow Casing (Maaf kamera kurang jelas hehe)
" Always her KING "
" Always her QUEEN "
RM 35.00 per set.
Thank you Kak Qistin for faster and good services :)

Lunch Box Kosong. 1000 boxes will be decorates.
RM 0.58/1pc . Thanks Puteri help me to buy this =)

Short Note : Currently sedang melakukan kerja mengecat.
Sori to all  if saya tak balas email kalian. Soon yea. :((

************************************************
anaztasias :  ibu pesan suruh bertenang. tapi saya neves
banyak lagi benda tak setel. sigh. moga2 dipermudahkan. Amin