Showing posts with label signage. Show all posts
Showing posts with label signage. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Hi dan As Salam

Penanda arah banyak membantu tetamu mengenalpasti
lokasi sesuatu majlis terutama yang tidak biasa hadir
ke tempat kita. Untuk projek penanda arah ini, saya
hasilkan 20 papan penanda arah dengan harapan dapat
membantu para tetamu mencari rumah keluarga saya.


Bahan - bahan yang diperlukan bagi projek ini ialah :-
a) Kertas A3 bercetak maklumat dan diliminate
b) kayu - kayu panjang terpakai
c) tali rafia dan gunting
d) bunga manggar bewarna purple


Bagi design penanda arah ini, saya menggunakan
corak berbentuk doily seperti gambar rajah di bawah.


Untuk makluman pula, saya dahulukan nama kedua ibu
bapa saya kemudian baru nama kami di bawah. Saya
percaya 70% tetamu kenduri adalah terdiri daripada
kawan - kawan ayah dan ibu saya yang kebanyakkannya 
berada di rantauan (parents bertukar tempat kerja :D ).


Saya design penanda arah menggunakan power point
kemudian saya tukarkan kepada acrobat reader untuk
memudahkan proses cetakan bewarna. Saya dapat
harga yang murah untuk cetakan bewarna A3 dan
liminate saiz A3 , dalam anggaran RM 2.50 sekeping.

Sesapa yang berada di area tampin, boleh berkunjung ke
kedai ini. Ownernya sangat baik hati dan cekap.


20 papan penanda ini diletakkan di tiga jalan utama 
iaitu jalan dari tol kuantan, jalan dari terengganu dan
jalan dari simpang ke lapangan terbang. Keje pacak2
diuruskan oleh adik lelaki dan bapa saudara kami.




p/s : suka sangat dengan kartun unggu comel rekaan sya :D

Tuesday, June 12, 2012

Hi dan As Salam

Hari ini saya nak share lagi satu kegunaan kadboard
kotak, iaitu sebagai signage untuk photoguestbook.


Bahan - bahannya mudah sahaja :
Kertas kadboard, gam, doily paper dan
kertas A4 bercetak. Saya sertakan
arahan mudah bagi yang ingin mengambil
gambar di sudut photobooth :)

Ini gambar semasa projek ini dilaksanakan,
siap 2 hari sebelum majlis :)


3 arahan mudah yang saya nyatakan di 
signage tersebut ialah :

Step 1 : Take a photo. Smile
Step 2 : It will be stick in our guestbook
Step 3 : Write your though & wishes !

Kalau ada sesiapa yang nak template ini, boleh sentkan 
email anda ke kerelnorawedding@gmail.com, tapi
without kartun ye sebab itu copyright dari 
vendor saya, gadis jumaat. Anda boleh edit sendiri
tempat tersebut. saya guna microsoft word sahaja.


antara moment yang di'captured',


" i love photoguestbook, no doubt ! "

Friday, June 8, 2012

Hi dan As Salam 

entry kali ini berkaitan dengan angan - angan saya
sebelum ini { entry ini }. hehe okey suka sebab
berangan kali ini jadi kenyataan pula =) hehe.

Saya tidak guna kayu, saya guna kertas kadboard je.
gunting dari kotak terpakai. kira recycle. jimat kan.
Terima kasih buat adik saya yang tolong pasangkan ia :)


Bahan - bahan untuk membuat paper wedding signage :
a) Kotak yang dah tak digunakan. Lagi tebal lagi besh.
b) Gunting, pembaris, pensil, marker (alat tulis)
c) Batang kayu ( yang untuk bungga manggar tu )
d) Thumbtack, tukul, pisau.

Langkah 1 : Ceraikan kadboard ( kotak )
Ceraikan kadboard kotak menggunakan gunting atau pisau.
Kemudian lukis pada setiap potongan yang telah dibentuk.
Terpulang pada anda untuk lukis rekabentuknya. Kemudian,
gunting mengikut corak yang tetah ditetapkan, macam saya
corak mudah sahaja, corak anak panah.


Langkah 2 : Tuliskan dengan marker 
Asalnya saya nak guna dakwat printer tapi tidak jadi. Saya
gunakan marker sahaja, mudah dan jimat. Tulis besar - besar
dan higlightkan keliling kadboard tu supaya kemas.



Langkah 3 : Lekatkan di batang kayu dan dirikan
Saya minta adik saya tolong lekatkan sebab masa ni
saya tengah dimakeup. nasib baik sepupu ingatkan, kalo
tak terperam je la. Lagipun lelaki bab ketuk2 ni mudah
sahaja. Saya tak pasang awal sebab risau hujan. Jadi
pagi majlis tu baru pasang. Ketuk thumbtack dengan tukul
pada kadboard tersebut kemudian dirikan. Siap !


total keseluruhan ? kayu tu jer kot beli kat cowboy melaka
RM 2.99 xsilap. yang lain tiada kos hehe. jimat kan !

jadi sebelum buang kotak tu, fikirkan kegunaanya :)

Friday, October 28, 2011

Hi lovelies !!, saya nak share dengan kalian
semua gambar inspirasi berkaitan papan tanda kayu
or papan tanda arah or signange or korang panggil apa? =p
biasanya sebagai dekorasi, kalo ia jadi penunjuk arah
di Malaysia mesti woweee hehe ~

Selamat menjamu mata dan berinspirasi hehe =)

sumber : Jazzeyra Blog



sumber : google

papan tanda macam gambar di atas banyak ada di romantika
harga dalam puluh - puluh juga. gurlp hehehe :P


sumber : udey ismail

sumber : Chenta Weddings

Cantik kan ! Saya hanya mampo berangan. sob. sob..hehe
Moga ia memberi inspirasi kepada anda semua :)

************************************************
anaztasias : jadikan sebagai deko photobooth pun boley kawan2 :)


Sunday, September 11, 2011


Hi, Signage atau penunjuk arah memainkan peranan
penting dalam memastikan tetamu selamat tiba 
ke majlis perkahwinan kita. Kelainan atau trademark
yang kita selitkan, Insya Allah membantu tetamu tetapi
jangan pula kita lupa inform pada mereka hehe :)

Misalnya seperti gambar di bawah, comel kan :
sumber : blog Acaii Jawe

Saya pernah share tentang cute cartoon sebelum ini,
Insya Allah saya bakal gunakannya di majlis saya.

Yeah. ini kartun khas direka untuk saya oleh Gadis Jumaat


Thanks Sya, love it ! Jom DIY signage yok !

p/s : platgiarism makin menjadi - jadi sekarang, 
sebenarnya lebih elok jika kita meminta izin dahulu
menggunakan karya seseorang, Insya Allah keberkatan itu
ada berbanding anda mencilok kreativiti seseorang itu,
peringatan untuk diri saya juga =)

**********************************************
anaztasias >  love simplicity . projek purple : signage bermula ! =)

Tuesday, August 2, 2011

 Siapa berminat untuk membuat bunting, banner
or poster wedding anda, ala - ala movie style?
Hehe, Insya Allah moga gambar - gambar di bawah
memberi sedikit ilham kepada anda untuk direalisasikan :)

 sumber : The Wedding Chat

 sumber : sis nyomel


 sumber : moviepostershop

 sumber : all women stalk

sumber : dvdrealesedate

 sumber : ellfaziraazman


huhu, gambar di bawah ni saya lost sumber.
sori , but i use google as known :P

 love this :)

 from blogger too. i lost her link :(

nak mcm ni boleh? :p

p/s : anda suka yang mana? moga ia memberi ilham :)

***************************************
anaztasias : misi mencari gambar yang besh (bagi saya la :p)

Tuesday, July 26, 2011

Hai, nak lihat gambar kartun cute tak. jom T_T

 love it ! sumber : AdlanKhalidi
english :D sumber : Shipslog

comel .tapi confuse jap lelaki patut
belah kiri ke kanan ni. T_T
sumber : Gadis Jumaat

**************************************************
anaztasias : anda suka tak kartun? ehehehhe :D