Showing posts with label bathrobe. Show all posts
Showing posts with label bathrobe. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Hi dan As Salam

Saya pernah share serba sedikit tentang projek
jubah mandi ini di { entry 1 } dan { entry 2 }.
Kos bagi projek jubah mandi secara keseluruhan
adalah berjumlah RM 37.00 bagi sepasang jubah mandi.

Saya telah share kan nama kedai dan bagaimana ia
dihasilkan di dalam { entry 2 } ini. Mari kita lihat
hasilnya semasa majlis saya tempoh hari.

Bahagian hadapan bathrobe saya letakkan nama kami berdua.
Bahagian belakang bathrobe pula ada perkataan bride & groom.

Mudah digunakan, mudah ditanggalkan dan tidak menganggu makeup.
Jubah ini disertakan sekali dengan tali dan poket di bahagian bawah.




Semasa sesi makeup nikah saya pakai baju ni secara
terbalik, bila sesi makeup resepsi baru saya pakai dengan betul :D

Suami saya sangat suka dengan bathrobe ni. Sehingga sekarang
asal kami bercuti sahaja pasti dia bawa sekali :). Tak membazir kan.




Keseluruhannya sangat berpuas hati cuma kalau ada 
bakal pengantin yang ingin buat, saya cadangkan tebalkan
dan besarkan lagi size tulisan. Pasti menarik, Insya Allah.

Jom mandi !!! hehe :D

Monday, October 17, 2011

Hai korang ( ^_ ). Sekarang ni musim hujan.
Hati - hati tau, jangan lupa jaga kesihatan :)

Hari ini saya meredah hujan sebab nak hantar pakaian di
bawah ke kedai. Dah lama berniat nak hantar tapi asyik tertangguh :(
Kali ini project purple diy saya melibatkan pihak lain, means saya
cuma utarakan idea, tapi yang merealisasikannya orang lain.

'pakaian' kesayangan saya, warna purple lengen pendek
jadi saya ambik sweet blue hehe.

kertas cadangan tulisan untuk sulaman

kawan - kawan dah boleh agak kan? memang hint terang - terangan :p

 nama kedai yang saya pergi

gambar halaman kedai :)

Apa yang saya suka tentang kedai ini ialah pemiliknya friendly,
boleh SIAP 1 HARI, dan murah hokeyyyyyyy, RM 14.00 untuk sepasang.
tulisan depan belakang. Setakat ini, ini yang saya jumpa murah.
Kalau anda ada jumpa yang murah lagi, sharela dengan rakan2 yang lain :)

Kos bahan - bahan asas :
Sepasang pakaian bewarna biru : RM 23.00
Kos sulaman bagi 2 pakaian biru : RM 14.00
Jumlah kos bagi project purple  4: RM 37.00

Untuk lebih hint, saya pernah buat entry pasal ini di SINI =)

Tapi kan, saya punya pakaian ini tiada hud, jadi saya kena cari anak
tudung biru untuk macthing bila pakai nanti, kalau tak jumpa juga
kena pakai warna hitam la. hehe, doakan saya jumpa k, Amin.

*****************************************************
anaztasias : cuti Deepavali ni nak tengokkan untuk fariza. harap2 ada lagi. Amin

Thursday, August 25, 2011

Hai korang ! Semoga ceria hendaknya :)

Bathrobe ataupun jubah mandi terdiri daripada pelbagai saiz,
jenis kain, design dan juga harga. Ada yang murah, dan ada juga
agak mahal. Saya pernah survey dekat SOGO, harga ratus2 
juga :P tapi Xora pernah jumpa yang murah, RM 9.00.

Saya rasa agak pratikal memakai jubah mandi, seperti mana
anda memakai kameja butang ketika make-up, mudah untuk
ditanggalkan dan tidak menganggu bahagian kepala yang telah disolek :)
Jangka masa pendek, jubah ini boleh dibawa semasa honeymoon,
jangka masa panjang pula, gunala bersama pasangan anda sentiasa hehe :D

Ada 3 cara anda boleh mengukir perkataan yang anda suka
di bathrobe tersebut, ( bergantung juga kepada jenis kain ye ) :
a. sulaman huruf (harga bergantung kepada perkataan)
b. mengunakan batu rinsthone, manik dan sebagainya.
c. menggunakan marker pen khas untuk kain.

Terpulang kepada anda untuk realisasikanya. Saya prefer
sulaman huruf, tahan lama, kukuh dan nampak kemas :)

 sumber : ebay.co.uk

 sumber : mibrideandgroom

 sumber : weddingbee

sumber : xora DTN

Comel kan. Yang penting lepas kenduri still boleh
digunakan. Insya Allah. Hehe, i'm lucky ! saya dah jumpa
sepasang, harga RM 23.00 sepasang. Nanti saya share =)

**************************************************
anaztasias : bak kata Renee, Xora dengan misi sulit, Renee pula project X,
saya pun bercadang nak mulakan  'Project Purple'. jom sama2 Renee !
Esok, genap 90 hari lagi sebelum 'saat itu', doakan semua project saya
menjadi ye kawan - kawan. Insya Allah, anda juga , gambate ! :D