Showing posts with label baju nikah. Show all posts
Showing posts with label baju nikah. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Fuh, rasa bersawang blog ni hehe, dah lama tak hupdate rasa :P
Hehe haritu saya share tentang baju nikah saya, kali ini saya share
tentang tudung dan veil nikah pula. Saya memang mengimpikan
sewaktu majlis pernikahan saya memakai shawl, sebab senang nak
bagi husband mudah mencium dahi hehe, Alhamdullilah, its plan well.

Tudung shawl saya bewarna putih, beli di kedai tudung biasa aje berharga
RM 5.00. Oleh kerana baju nikah saya mempunyai leher ceongsam, jadi
lepas lilit shawl, mua saya masukkan ke dalam baju je. Lepas tu beliau
pakaikan saya veil, banyak kali try n error mencari kedudukan yang terbaik :)

sewaktu veil dipakai =)

Veil untuk baju nikah saya dibuat oleh saudari Intan. Intan memang
seorang arkitek yang berbakat besar, Saya betul - betul puas hati dengan
hasilnya. Alhamdullilah saya dipertemukan dengan beliau yang tidak 
lokek berkongsi ilmu, byk pengetahuan tentang kain saya belajar dari beliau :)
Saya memang serahkan 100% kepada beliau dan hasilnya, awesome !!
Seronok membeli bahan bersama intan, next time kita shopping sama ye :P
Terima kasih atas bantuan kamu Intan, saya sangat menghargainya !

source : blog IntanNorazam

Ini pula gambar pemandangan hadapan ketika memakai tudung dan veil.

memang sangat selesa ketika memakainya :)

ramai kata nampak penuh =) asalkan selesa :)

Bagi saya pemilihan veil sangat penting kerana ia membantu
meyerlahkan anda di hari bahagia, yang penting sesuai dan selesa
dengan anda.Kain yang digunakan untuk membuat veil ini ialah
kain chiffon. Rasa sejuk dan bebas bergerak ketika memakainya.

Buat dearest Intan, thanks a lot for your help dear. U make
my big day complete and turn out well. Semoga anda sentiasa
dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu , Aminnn :)

For awesome fabric flower handbouquets, visit her blog guys !

Friday, December 23, 2011


Hi, kali ini saya nak share dengan kawan - kawan tentang
baju nikah saya. Baju nikah saya biasa dan simple sahaja.
Saya tiada specific jurureka atau designer hehe. Kain untuk
baju nikah saya beli MayaSilk, Jalan Tar sekali dengan kain
baju nikah bagi suami saya. Saya beli kain jenis satin putih dan
french lace purple pink.Kebetulan masa tu MayaSilk
tengah buat sale, harusla rembat kan hehe. Save skit :D

Saya penah buat entry pasal pencarian baju nikah saya di
entry berikut - { entry 1entry 2  / entry 3 }

Upah jahit baju nikah saya RM 150.00 dan baju nikah suami
pula RM 50.00. So totalnya hanya RM 200.00. murah kan
tapi kain pihak kami yang sediakan la. Seperti yang saya penah
mention dalam entry sebelum ini, Kak Ani merupakan tukang jahit
bagi pelbagai baju pengantin bagi butik pengantin yang biasa
kelihatan di Majalah Pesona Pengantin. Kak Ani buat bisnesnya
di rumah beliau yang terletak di Port Klang, Selangor.

Design asal bagi baju nikah saya. Saya memang request Kak Ani
buat button memanjang ke bawah dan leher ceongsam. Saya juga minta
kembangkan sedikit bahagian lace dekat bawah hehe.efek kurus
kononnya haha. Tapi saya suka dan selesa. Itu penting kan :)


Dan hasilnya adalah seperti berikut :

 pandangan bawah kain lace

pandangan atas kain lace

Ini pula ketika saya memakainya =)

nak juga rasa 'kembang' itu :P

 pemandangan masa duduk dekat mini pelamin
(bridesmaid dah kembangkan bahagian belakang)


Dalam bilik hehe, sempat buat piece hehe =)

Nanti bila saya dapat gambar dari main op, saya hapload
lagi gambar ye. Hehe hadoi syok sendiri lak saya :p hehe

Saya sangat puas hati dengan hasil kerja Kak Ani. 
Jika anda berminat, bolehla hubungi Kak Ani yer.

Kak Ani : 012-9742569

Lokasi : Klang, berdekatan Port Klang, 

dekat dengan Daiso Klang.
akak ni buat di rumah, so jangan risau tentang
kedai tutup yea, just give her a call :)

p/s : ada yang tanya saya orang Kuantan tapi buat di Klang
kenapa ye. Jawapannya kebetulan saya buat dengan kawan
saya dan majlisnya dulu di sana . hehe alang - alang :D

Saya suka baju nikah saya. fullstop. hehe :D

Monday, September 19, 2011

As - salam sejahtera semua  =)

Masih ingat entry saya mengenai tempahan
baju nikah yang murah sebelum ini. Klik SINI

Alhamdullilah, baju nikah itu siap mengikut jadual
dan perancangan, syukur =). Saya dah janji akan
'share' kan pada September jikalau hasilnya baik kan.

Keseluruhannya baju sangat baik, tapi saya 
rekemenkan baju sahaja jika nak buat disini, 
kalau veil, saya tidak rekemenkan :). Baju kak Ani
memang boleh buat dan mengikut kehendak pelanggan
dan harganya sangatlah murah :)

Upah jahit baju nikah saya RM150 sahaja 
( tidak termasuk baju nikah lelaki ). Murah kan.
Oh ya, baju saya simple sahaja :)

Teaser baju nikah saya T_T. Malooonyaa :P

Tema Warna : Pink Purple White

 pandangan atas 

pandangan di bahagian depan / dada

pandangan bahagian bawah

Berminat ? Sila hubungi :

Kak Ani : 012-9742569
Lokasi : Klang, berdekatan Port Klang, 
dekat dengan Daiso Klang.

akak ni buat di rumah, so jangan risau tentang
kedai tutup yea, just give her a call :)

**********************************************************
anaztasias : ramai sedare bertanya, kenapa tak buat kain dalam tu
warna soft purple ke pink ke, penat juga saya menjawab, my mom
request white. kalaulah ada fullstop untuk question camgitu kan bagus :P

Wednesday, July 6, 2011

Alhamdullilah, satu lagi list boleh di strecth
Baju nikah dah tempah. Oh designya biasa-biasa sahaja
Asalkan saya tidak ternampak terlalu berisi sudah hehe.

Tempah sekali dengan baju nikah en.tunang.
Hehe, kita tunggu hasilnya okeh. Kalau baik,
saya akan review on September nanti :)



Sepasang baju nikah sekali veil dan baju nikah lelaki
RM 200.00 sahaja. Saya akan kongsikan tentang
kakak yang begitu pemurah dan baik nanti ye :)

p/s : abaikan ukuran besar-besar tu. T_T

**********************************************
anaztasias : kakak ini merupakan tukang jahit bagi beberapa
baju-baju yang anda lihat di Pesona Pengantin =).
Doakan semuanya baik ye.
Insya Allah. Amin =)

Tuesday, April 26, 2011

Mode : sowa sowey good morning :p
Kain Baju Nikah
Alhamdulillah, weekend lepas dah selamat
membeli kain untuk baju nikah sekali dengan kain
baju nikah bakal suami, senang terus cari sekali. setel.
Firstly, nak ucapkan terima kasih kepada my mom
sebab ambik cuti untuk menemani anaknya ini 
membeli kain :D Sayang kamooooo ibu !!

Saya kagum dengan ibu saya, dia sanggup dua tiga kali pusing,
saya risau sebab tengok dia ada batuk- batuk. Saya sampai
cakap pada ibu, "Tak perlulah ulang alik, ibu pilih je mana yang ibu suka."
Definitly, yes kain saya adalah pilihan ibu saya, Saya tak memilih pun.
Mana yang dia suka, saya ikutkan sahaja. Cuma ibu mengikut
warna yang saya mahukan. win - win situation kan.
Ibu memang berulang alik beberapa kali kedai- kedai di Jalan Tar
sebab dia memang mahu membuat perbandingan.

Final result, ibu berkenaan dengan kain di Allinas dan Maya.
Saya risau juga kalo harga agak tinggi, tapi Alhamdullilah,
Ada promotion. Lagipun ibu saya pandai deal. Hehe.
Ibu saya memang sangat teliti pasal kain, sehingga akak kedai
pun puji ibu saya, saya dok diam tepi - tepi sambil mendengar.

Oleh kerana saya akan bernikah di waktu malam, ibu memilih
kain yang bersesuaian, dan ada campuran unggu dan putih.
Saya akan memakai warna putih cuma kain lace tu ada unsur2 keungguan.
Begitu juga dengan baju melayu lelaki, bewarna putih namun
akan disulam dengan warna unggu di sebahagian tempat.

 maaf, kurang jelas gmbar nya.

finally, part kain : done hehe. thanks maya :)

maaf, kamera kurang jelas. lampu oren plak tu.
tunggu review selepas majlis hokey !

Kain Baju Family
My mom decide rest of our family will be in gold colour sebab
kebanyakkan saudara mara akan memakai warna unggu, jadi taknaklah
sama =). Selepas membuat pelbagai pilihan, akhirnya my mom
memilih kain di Harisons, Jalan TAR, Kuala Lumpur.

 adik sedang mencuba kain.

my mom sedang meneliti kain.


Alhamdullilah, dah selesai sebahagian. Lepas ni akan turun 
lagi untuk mencari kain for majlis bertandang pula :) xoxo.