Mode : sowa sowey good morning :p
Kain Baju Nikah
Alhamdulillah, weekend lepas dah selamat
membeli kain untuk baju nikah sekali dengan kain
baju nikah bakal suami, senang terus cari sekali. setel.
Firstly, nak ucapkan terima kasih kepada my mom
sebab ambik cuti untuk menemani anaknya ini 
membeli kain :D Sayang kamooooo ibu !!

Saya kagum dengan ibu saya, dia sanggup dua tiga kali pusing,
saya risau sebab tengok dia ada batuk- batuk. Saya sampai
cakap pada ibu, "Tak perlulah ulang alik, ibu pilih je mana yang ibu suka."
Definitly, yes kain saya adalah pilihan ibu saya, Saya tak memilih pun.
Mana yang dia suka, saya ikutkan sahaja. Cuma ibu mengikut
warna yang saya mahukan. win - win situation kan.
Ibu memang berulang alik beberapa kali kedai- kedai di Jalan Tar
sebab dia memang mahu membuat perbandingan.

Final result, ibu berkenaan dengan kain di Allinas dan Maya.
Saya risau juga kalo harga agak tinggi, tapi Alhamdullilah,
Ada promotion. Lagipun ibu saya pandai deal. Hehe.
Ibu saya memang sangat teliti pasal kain, sehingga akak kedai
pun puji ibu saya, saya dok diam tepi - tepi sambil mendengar.

Oleh kerana saya akan bernikah di waktu malam, ibu memilih
kain yang bersesuaian, dan ada campuran unggu dan putih.
Saya akan memakai warna putih cuma kain lace tu ada unsur2 keungguan.
Begitu juga dengan baju melayu lelaki, bewarna putih namun
akan disulam dengan warna unggu di sebahagian tempat.

 maaf, kurang jelas gmbar nya.

finally, part kain : done hehe. thanks maya :)

maaf, kamera kurang jelas. lampu oren plak tu.
tunggu review selepas majlis hokey !

Kain Baju Family
My mom decide rest of our family will be in gold colour sebab
kebanyakkan saudara mara akan memakai warna unggu, jadi taknaklah
sama =). Selepas membuat pelbagai pilihan, akhirnya my mom
memilih kain di Harisons, Jalan TAR, Kuala Lumpur.

 adik sedang mencuba kain.

my mom sedang meneliti kain.


Alhamdullilah, dah selesai sebahagian. Lepas ni akan turun 
lagi untuk mencari kain for majlis bertandang pula :) xoxo.