Showing posts with label bridesmaid. Show all posts
Showing posts with label bridesmaid. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Hi dan As Salam

Pengapit sangat penting di majlis sang pengantin,
tugas dan peranannya sangat membantu dalam
melancarkan sesuatu majlis. Anda mungkin boleh
baca lebih lanjut tentang peranan pengapit di entry { Nanie }.

Asalnya saya mahu 5 kawan baik saya menjadi bridemaid
saya namun terpaksa dilupakan niat itu kerana mereka sukar
untuk datang awal dan sebagainya. Maka saya hanya
mempunyai seorang pengapit iaitu sepupu saya sendiri :)

Sepupu saya merupakan rakan baik saya sejak dari kecil 
tambahan pula kami satu - satunya sepupu yang membesar
bersama. Saya merupakan cucu pertama jadi sepupu
saya ni cucu ketiga selepas adik lelaki saya. Bayangkan
sekarang ini sepupu2 perempuan kami masih kecil belaka :D

Saya sangat berterima kasih dengan sepupu saya ini yang 
merupakan orang kuat dan memahami perjalanan majlis saya.
5 bulan awal sebelum majlis, beliau berulang alik setiap minggu
ke rumah saya untuk membantu, belum lagi dengan menemani
saya ke sana ke mari. Majority vendor saya pun sudah kenal
kerana beliau sering menemani saya menjalani appointment dsbnya.
Kami sama - sama berDIY, sama - sama menyental itu ini.

Coretan kenangan bersamanya tetap terpahat hingga kini.
Insya Allah bila tiba majlisnya nanti, saya pasti menepati janji :)













Thank you very much my lovely cousin @ dayana
We share joys and moments, forever. Insya Allah :)


Tuesday, April 26, 2011

Mode : sowa sowey good morning :p
Kain Baju Nikah
Alhamdulillah, weekend lepas dah selamat
membeli kain untuk baju nikah sekali dengan kain
baju nikah bakal suami, senang terus cari sekali. setel.
Firstly, nak ucapkan terima kasih kepada my mom
sebab ambik cuti untuk menemani anaknya ini 
membeli kain :D Sayang kamooooo ibu !!

Saya kagum dengan ibu saya, dia sanggup dua tiga kali pusing,
saya risau sebab tengok dia ada batuk- batuk. Saya sampai
cakap pada ibu, "Tak perlulah ulang alik, ibu pilih je mana yang ibu suka."
Definitly, yes kain saya adalah pilihan ibu saya, Saya tak memilih pun.
Mana yang dia suka, saya ikutkan sahaja. Cuma ibu mengikut
warna yang saya mahukan. win - win situation kan.
Ibu memang berulang alik beberapa kali kedai- kedai di Jalan Tar
sebab dia memang mahu membuat perbandingan.

Final result, ibu berkenaan dengan kain di Allinas dan Maya.
Saya risau juga kalo harga agak tinggi, tapi Alhamdullilah,
Ada promotion. Lagipun ibu saya pandai deal. Hehe.
Ibu saya memang sangat teliti pasal kain, sehingga akak kedai
pun puji ibu saya, saya dok diam tepi - tepi sambil mendengar.

Oleh kerana saya akan bernikah di waktu malam, ibu memilih
kain yang bersesuaian, dan ada campuran unggu dan putih.
Saya akan memakai warna putih cuma kain lace tu ada unsur2 keungguan.
Begitu juga dengan baju melayu lelaki, bewarna putih namun
akan disulam dengan warna unggu di sebahagian tempat.

 maaf, kurang jelas gmbar nya.

finally, part kain : done hehe. thanks maya :)

maaf, kamera kurang jelas. lampu oren plak tu.
tunggu review selepas majlis hokey !

Kain Baju Family
My mom decide rest of our family will be in gold colour sebab
kebanyakkan saudara mara akan memakai warna unggu, jadi taknaklah
sama =). Selepas membuat pelbagai pilihan, akhirnya my mom
memilih kain di Harisons, Jalan TAR, Kuala Lumpur.

 adik sedang mencuba kain.

my mom sedang meneliti kain.


Alhamdullilah, dah selesai sebahagian. Lepas ni akan turun 
lagi untuk mencari kain for majlis bertandang pula :) xoxo.

Wednesday, December 1, 2010


Hello lovelies readers :D

How ur day? Im not soo good ahaaaa :D but
Dapat panggilan dari kawan nun seberang lautan
Dia mahu tarikh kahwin saya sebenar sebab nak tempah tiket
flight awal, sangat terharu !! Bukan xnak bagitahu tapi
ingat nak umum masa bulan 1, then cek tiket flight ok masih 
reasonable price lagi. Tiba - tiba dapat idea, dorang boleh
jadi bridesmaid , bila tanya, dorang mahu yeay !

So, bridesmaid card dah masuk dalam DiY List !
Bila nak buat ek? dalam bulan 1 juga kena siap
Kawan tak tahu lagi ni, nak buat suprise untuk dorang hehe
Selamat MengOOgle haha :D

source : google

****************************************
anaztasias : cepatlah masa berlalu :(