Hi dan As Salam

Kali ini saya ingin berkongsi tentang photographer kedua
saya iaitu saudara  Molkhan. Saya mendapat tahu tentang
Moll ni adalah melalui saudari Dyll, dan apabila suami saya
bercadang untuk mengambil seorang lagi photographer, saya terus 
mencadangkan kepada beliau mengenai Moll @ Kerjagilasimoll.


Alhamdullilah, Moll bersetuju untuk menjadi our second 
photographer. Saya sempat berjumpa dengan Moll sebelum
majlis kami berlansung dan dia faham tentang apa yang saya
mahukan. Dari segi punctuality, yes he come early. Sangat
awal saya rasa. Sikap yang sangat baik untuk dikekalkan.


Walaupun bertindak sebagai second photographer, beliau
dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan pandai
membawa diri bersama photographer lain. Mengikut katanya,
beliau tidak pernah menjadi second photographer tapi 
Alhamdullilah semuanya berjalan lancar tempoh hari.

Dari segi gambar, semuanya cantik di mata saya. Keistimewaan
Moll ialah beliau sangat laju meng'upload'kan gambar di facebook.
Hari kedua selepas majlis saya sudah dapat lihat gambar saya
d 'up'. Memang laju, penat majlis belum hilang tapi tersenyum
saya melihat gambar kami. Siapa yang tidak suka kan.

Dari segi komunikasi, memang mudah berurusan dengan beliau
samada melalui telefon mahupun online medium. Jika anda
ingin melihat hasil tembakan mol di majlis saya boleh melayari


Jom tengok ragam Moll di majlis saya :p



Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui
dengan lebih lanjut boleh menghubungi beliau di :


Moll, semoga awak terus sukses yea :)


***********************************************
tips : ada yang bertanya perlu ke second photog. Jawapan
saya , satu pun dah cukup. Jika ada rezeki lebih tak salah
ada lebih dari satu. Memang ada gambar yang sama namun
banyak juga gambar yang tidak sama. Kelebihannya
cuma saya dapat lihat gambar dari pelbagai 'angle' dan 
bila combine baru saya tahu, mereka melengkapkan satu
sama lain. Ada gambar yang photog 1 tidak ada begitu juga 
photog 2 terutama dari segi tetamu dan suasana majlis.
Apapun utamakan yang paling penting dulu yea :)