Hi dan As Salam

Penanda arah banyak membantu tetamu mengenalpasti
lokasi sesuatu majlis terutama yang tidak biasa hadir
ke tempat kita. Untuk projek penanda arah ini, saya
hasilkan 20 papan penanda arah dengan harapan dapat
membantu para tetamu mencari rumah keluarga saya.


Bahan - bahan yang diperlukan bagi projek ini ialah :-
a) Kertas A3 bercetak maklumat dan diliminate
b) kayu - kayu panjang terpakai
c) tali rafia dan gunting
d) bunga manggar bewarna purple


Bagi design penanda arah ini, saya menggunakan
corak berbentuk doily seperti gambar rajah di bawah.


Untuk makluman pula, saya dahulukan nama kedua ibu
bapa saya kemudian baru nama kami di bawah. Saya
percaya 70% tetamu kenduri adalah terdiri daripada
kawan - kawan ayah dan ibu saya yang kebanyakkannya 
berada di rantauan (parents bertukar tempat kerja :D ).


Saya design penanda arah menggunakan power point
kemudian saya tukarkan kepada acrobat reader untuk
memudahkan proses cetakan bewarna. Saya dapat
harga yang murah untuk cetakan bewarna A3 dan
liminate saiz A3 , dalam anggaran RM 2.50 sekeping.

Sesapa yang berada di area tampin, boleh berkunjung ke
kedai ini. Ownernya sangat baik hati dan cekap.


20 papan penanda ini diletakkan di tiga jalan utama 
iaitu jalan dari tol kuantan, jalan dari terengganu dan
jalan dari simpang ke lapangan terbang. Keje pacak2
diuruskan oleh adik lelaki dan bapa saudara kami.




p/s : suka sangat dengan kartun unggu comel rekaan sya :D