Hi dan As Salam

Projek purple saya yang seterusnya ialah diy dekorasi
bagi kawasan meja beradap. Sangat simple dan jimat.


Asalnya saya ingat nak ambik pakej meja beradap tapi
bila dapat quotation ratus - ratus, terus rasa nak buat sendiri
dan simple sahaja, lagipun guna sahaja semula bahan yang ada.


Bahan - bahan yang saya gunakan ialah :
a) banner keluarga
b) span basah, tali rafia, staple gun
c) lebihan bunga fresh flower
d) 2 keping - white frame
e) skirting dan kain jursey.


Meja dan kerusi disediakan oleh pihak katering termasuk kain
canvas di belakang meja beradap. Banner keluarga ini sebenarnya
dibuat oleh kawan ayah dan boleh direcyle semula dalam apa
jua majlis. Idea ni dapat bila saya attend wedding mawar haritu.
Saya sukakan idea banner keluarga yang mengalukan kedatangan
tetamu, nanti adik - adik saya kahwin bolehla 'recycle' semula :D



Lebihan bunga fresh flower {entry ini} digubah agar sesuai untuk
diletakkan di tengah - tengah meja beradap. Kain alas meja di
sediakan oleh pihak katering. Manakala kain skirting & jursey pula 
kami angkut dari pejabat ibu. Hehe. Jimat kan. Kemudian pakcik
saya bagi idea gantung lebihan bunga - bunga kecil guna tali rafia.
Tak silap saya idea gantung bunga ke bawah ni ada di blog Intan.


Hanya frame ini yang dibeli bagi tujuan dekorasi meja beradap.
Saya beli di ikea. Kalo tak silap harga masa tu RM 4.99.



Ok, saya tepek satu gambar kami hehe tak sah kalau tak bergambar
di meja beradap. Walaupun simple tapi saya suka, volley ? hehe :)


p/s : tak siapa perasan frame itu diletak terbalik dengan kedudukan
kami. bila dah dapat gambar dan album baru perasan hehe :)
sepupu yang ditugaskan untuk letak frame tu kata ianya seni haha :D