Hi dan As - Salam

Semasa majlis tempoh hari, ayah saya telah membeli
kain jursey untuk dibuat sebagai scallop bahagian tepi
dan tiang khemah. dekorasi dalamnya dibuat sendiri.
Kami tidak letak scallop dalam khemah kerana kosnya
yang agak tinggi tambahan pula kami menggunakan
khemah jenis half moon. boleh lihat di {entry ini}.
Jadi kami hanya membayar harga sewaan khemah kosong
tanpa dekorasi, disertakan sekali kerusi dan meja.


Bahan - bahan untuk mendekorasi sendiri khemah ini ialah :
a) doily bird garland ( seperti dalam entry ini )
b) pelbagai warna paper lantern size 12"
d) tali rafia, gunting dan seletip.
e) kain jursey warna putih dan unggu.
( harga kain jursey masa tu rm 1.80 semeter)

Untuk tugas menggantung ini memang saya serahkan
seratus peratus kepada adik lelaki saya. Alhamdullilah
sedara mara ada yang tolong, kalau adik saya buat sorang
pengsan juga sebab khemah half moon sangat tinggi,
kami pasang 8 khemah half moon, 1 khemah piramid.

1 khemah piramid dihiasi paper lantern

Saya nasihatkan kepada bakal pengantin sekiranya
ingin menggunakan paper lantern, pasangla sehari
sebelum majlis sekiranya anda ingin pasang banyak.
kalau pagi majlis dikhuatiri kelam kabut sebab ambil
masa juga. Adik saya beberapa kali cabut ,pasang, rehat.
Tambahan pula ada sedare bagi idea double kan lantern,
masa dah siap tu saya terkejut sebab plan asal lain tapi
saya biarkan sahaja. Apa salahnya doublekan hanging lantern :)


Gambaran pada malam sebelum majlis :


Dan hasilnya semasa majlis perkahwinan tempoh hari :


hasilnya - kos beli sendiri kain jursey, origami dan paper lantern
lagi jimat dari menyewa scallop luar dan dalam bagi 9 khemah.
kain jursey itu ayah saya simpan semula, boleh guna untuk 
majlis akan datang .. Insya Allah.

p/s : saya masih menyediakan perkhidmatan sewa dan beli
paper lantern. Maklumat lanjut layari facebook di sebelah
blog saya ini yea. Terima kasih :)