Hi dan As Salam

Saya pernah share entry tentang origami ini di { entry ini }
dan teaser hasilnya di entry { projek diy ini }.

Untuk sedikit kelainan, saya gabungkan projek origami
ini dengan kertas doily. Maybe sesuai dipanggil garland
doily bird kot hehe. Kesemua origami dan doily paper
ini digantung di dalam khemah tetamu semasa majlis tempoh hari.


Bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat projek ini ialah :
a) kertas origami berwarna warni (leh dapatkan di daiso ye)
b) tali rafia putih ,jarum seletip dan gunting
c) kertas doily paper 3.5"


Tutorial untuk membuat origami burung jenjang ini 
boleh dapat di link ini - { origami jenjang }


Langkah-langkahnya : Setelah siap membuat origami,
gunakan jarum untuk memasukkan tali rafia ke dalam 
origami tersebut diselangseli dengan kertas doily paper.
Gunakan seletip untuk melekatkan kertas doily dengan 
tali rafia dan juga sebagai penahan kepada origami burung
tersebut supaya tidak jatuh atau terhimpit dengan kertas doily.


tips : kalau buat banyak-banyak sebenarnya boleh berselirat
jadi setiap 20 kami akan potong dan ayah gantungkan supanya
tidak berselirat dan mudah diambil nanti.

ayah saya dah penat tolong hik3 thank you ayah !


Tahukah anda origami burung jenjang digunakan secara meluas
di dalam perkahwinan di negara Jepun kerana origami tersebut
melambangkan keamanan. Ia juga dikenali sebagai orizuku.


p/s : lebihan origami ini ada saya simpan lagi. Mana tau ia
boleh dijadikan dekorasi bilik permainan rumah kami 
suatu hari nanti kan.. Insya Allah :)