Hi dan As Salam

Hari ini saya nak review tentang photo guestbook semasa
majlis saya tempoh hari. Untuk perkhidmatan photoguestbook
saya menggunakan perkhidmatan Rosebay Creation !


Memang dari awal lagi saya memang mahu membuat
photoguestbook. Rosebay Creation merupakan syarikat
yang pertama dalam melopori photoguestbook di Malaysia.
Oleh kerana terlalu suka dengan hasil kerja mereka,saya 
menempah setahun setengah lebih awal bagi mengelakkan
tarikh saya dipenuhi. Alhamdullilah memang rezeki saya
kerana ketika booking tersebut, tarikh saya masih available.


Saya senang berurusan dengan pihak Rosebay. Komunikasi
pun mudah dan tiada masalah antara kami. Kak Hidayah
melayan saya dengan baik sekali dan beliau tiada masalah
apabila saya datang kerumahnya untuk mendapat sedikit
informasi bagaimana mereka mahu melakukannya sewaktu 
majlis saya. Saya juga dapat melihat lebih awal sebelum
majlis bagaimana rupa photoguestbook saya nanti.



Pihak Rosebay datang awal sewaktu majlis saya dan mereka
memudahkan urusan dan pandai membawa diri semasa majlis
berlansung. Mereka pandai memancing tetamu untuk mengambil
bahagian dalam photoguestbook dan saya sangat gembira kerana
ramai yang menulis dan bergambar di dalam photoguesbook tersebut.
Selain mengambil para tetamu, mereka juga mengambil gambar
para pengantin. Mereka juga alert dengan menyiapkan awal2
ruangan bagi ahli keluarga membuat ucapan. Saya bersyukur sangat
sebab kalau nak harapkan pengantin memang tak teringat sudah hehe.


Kesimpulannya, saya sangat - sangat berpuas hati dengan perkhidmatan
yang disediakan dan berpatutan dengan harga yang diberi. Pihak Rosebay
menunggu sehingga habis majlis malah tidak putus asa bagi memastikan
semua mukasurat dipenuhi dengan pelbagai ucapan dan gambar.
Kertas dan binding juga berkualiti serta tahan lama. Malah mereka juga
menggunakan digital kamera jadi jangan risau tentang bilangan tetamu.


Kelebihan mengadakan photoguestbook ini ialah kita dapat
melihat dan mengetahui tetamu - tetamu yang hadir terutama
yang sudah lama tidak berjumpa atau yang tidak sempat
bergambar dengan kita. Malah ada juga gambar tetamu yang
tidak dapat dicaptured oleh photographer dapat di cover 
oleh pihak Rosebay. Kami tersenyum sendirian apabila mambaca
bait - bait ucapan yang ditulis oleh mereka.

Malah ibu bapa saya sangat gembira dengan perkhidmatan
yang telah pihak Rosebay berikan. Setiap helaian yang dilihat
pasti ada sahaja coleteh ibu dan ayah. "Eh ini lah makcik yang
suka menyakat kamu semasa kecil" dan sebagainya. Mereka
sangat suka membelek - belek photoguestbook tersebut :)

Sekiranya anda berminat dengan pihak Rosebay, bolehla
menghubungi mereka menggunakan :

facebook :  Rosebay Creation
laman web : Rosebay Creation

Pelbagai perkhidmatan lain juga disediakan.

Terima kasih Rosebay Creation team !
Anda sangat - sangat direcommendedkan :)