Salah satu benda penting yang perlu diselesaikan
sebelum majlis perkahwinan adalah persiapan
barangan hantaran. Adakalanya pemilihan barangan
hantaran agak memeningkan pasangan pengantin.
Sekejap rasa nak bagi ini, sekejap ini.. belum lagi
tambahan dari saudara atau ahli keluarga kan :)
Saya dan pasangan saya telah sepakat untuk memberi
hantaran 7 berbalas 9 dulang. Walaupun semasa majlis
pernikahan lebih dari itu kerana tambahan dari saudara
mara hehe. Kami terima sahaja dengan hati terbuka :)
Oleh kerana kami sedia maklum bahawa selepas
majlis nanti, kami akan menjadi pasangan PJJ maka
kami telah sepakat untuk membeli barangan hantaran
yang sedikit 'pricey' tetapi digunakan dalam kehidupan
suami isteri dan mengurangkan kos perbelanjaan
memulakan hidup baru. Pantang ada je SALE kami
akan terus grab bukan senang nak dapat harga 'murah'
walaupun murah tu mahal juga sebenarnya hehe.
Hampir setahun mencari barangan - barangan yang kami mahu.
Disini saya senaraikan barangan hantaran kami yang mungkin
boleh membantu memberi idea serba sedikit kepada mereka
yang mungkin masih mencari-cari idea untuk barangan hantaran.
Hantaran Lelaki Kepada Perempuan (7 Dulang)
1) TV LCD 42" LG (simboliknya kami letak remote di dulang)
2) Set Sofa L/Rak (simboliknya kami guna kerusi kecil)
3) Set Buku Ilmiah/Agama
4) Set Perfume Woman
5) Set Kasut Kasual
6) Baju Batik (sepasang dengan lelaki)
7) Chocolate & Gula - Gula
Hantaran Perempuan Kepada Lelaki (9 Dulang)
1) Camcoder Canon Handycam
2) Mini Umono Health
3) Set Buku Ilmiah/Agama
4) Set Perfume Lelaki
5) Set Kasut Kasual
6) Baju Batik (sepasang dengan perempuan)
7) Chocolate & Gula Gula
8) Set Dompet / Tali Pinggang
9) Beg Kerja Lelaki
Saya sarankan kawan - kawan pergi ke PC karnival di KLCC
untuk mencari barangan gadjet. Kami haritu tolak menawar dapat
berjimat hampir 1,300 juga. banyak tu beza harga. Seyes.
Hehe, perasan tak kami tak letak sireh junjung dan barangan lain.
Memang ada sedare bising-bising tapi kami biar aje. Lagipun
ini sekadar adat. Kita tidak dapat memenuhi hati semua pihak kan.
Finally dorang tambah sendiri barangan masa last minute seperti
sireh, kek dan sebagainya. Kami terima aja. Yang penting
majlis berjalan dengan lancar dan selesai dengan baik.
p/s : saya ada sewakan dulang hantaran tersebut. Jika berminat
bolehla kontek ye :). Murah - murah aje :)
ee..nak tengok htrn dari dekat..remote dengan kusi tu..hehe..
ReplyDeletetapi betul la..ari tu soping dgn bakal mom in law,tak pasal2 htrn bertambah dulang sbb masa beli brg ari tu tak pikir pun utk cokelat/kek n sireh junjung..haha..pastu mak die suh tmbh utk 2 item tuh..
ahakan..betul2..mcm mama sy ckp beli tuk kegunaan kamu berdua nnti...mcm tv,sofa tu mmg akak perlukan nnti lepas kawen kn...hehe..idea yg bernas :)
ReplyDeletesalam perkenalan :)
http://soulmate-kami.blogspot.com/
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteidea bg perabot 2 mmg idea yg sgt best.. share la picture, nk tgok jgk awk nye kerusi kecik dlm hantaran..
ReplyDeleteweee~ lain dari yg lain. bagus gak tuh. dah takyah membazir nak beli perabot tuk rumah nanti. nice! ;-)
ReplyDeletewahhh.. sbaik brg hantaran nisa dah setel.. kira dah setel lah.. hehehehe
ReplyDeletecuma tinggal nak beli manisan pastu sireh junjung aje.. huhu
wahhh uniknyeee
ReplyDeletehehe dlu penah plan dgn hubby nk bg brg2 umah tu tp bese la kami ni pengantin angan2 tgi hahaa.. berangan lbh tp last2 sedar diri bajet xckup so bg brg2 biase je tu pon beli mase YES..:)
ReplyDeletecik may & misyanz: oh gambar full tak dapat lagi dari photographer dear. Insya Allah nanti akan dishare okeh.
ReplyDeletesoulmate : salam perkenalan juga dan link kamu !
hazz : itulah bolehla cover skit permulaan hidup bersama hehe
nisa : yeay mesti hepi :)
mynameismy : thank you dear
fitria : saya pun beria tunggu sale untuk dpt murah. bajet tiada sangat pun :)
tv lcd tu hantaran terbaekkkkk...;)
ReplyDelete