Hi all, Lantern terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk,
namun bentuk yang paling popular adalah bentuk bulat dan
saiz yang paling femes adalah sekitar 12 inchi dan 14 inchi,
( sumber : kakak kedai Basket Shop je .. hehe )

Jikalau kena caranya, lantern ini sangat sweet diletakkan di
majlis perkahwinan anda samada sebagai dekorasi pelamin,
bilik pengantin, centerpieces, khemah dan sebagainya. Saya
nak share dengan kalian tentang contoh - contoh dekorasi
lantern di khemah - khemah kenduri kahwin. Insya Allah
semoga ia memberi inspirasi kepada kalian semua :)

 sumber : blog yaya 

sumber : google

 sumber : blog fia polaris

sumber : blog intan cholarissa


sumber : facebook Papern Lantern N Boxes

Cantik kan. Terpulang kepada kreativiti anda, walaupun
lantern anda sedikit, Insya Allah tetap nampak cantik jika
kena dengan lokasi dan dekorasi yang sesuai. Warna
juga mainkan peranan, harus ada pro dan kontra dalam warna.

Khemah saya tidak ada scalop dalam, mungkin tepi je.
Nak kena bincang dengan adik lelaki tentang 'port' gantung hehe.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli lantern, anda mungkin
boleh mengunjungi Kedai Basket Shop ( guideline ada dalam entry
sebelum INI ), bagaimanapun jangan risau jika anda tiada masa
atau duduk jauh dari Kuala Lumpur, anda boleh membelinya
secara online di Paper Lantern N Boxes. By hand or by pos :)

********************************************
anaztasias : seboleh - bolehnya saya cuba mencari gambar
yang bersesuaian dengan suasana kenduri di Malaysia :)