Showing posts with label bunga pahar. Show all posts
Showing posts with label bunga pahar. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Hi kawan - kawan, kali ini saya nak review pasal bunga
pahar berunsurkan daun getah. Firstly thank you to my
lovely mother sebab banyak bagi tips dan merupakan orang
kuat dalam menjayakan 'project purple' saya ini. sayang ibu !!

Antara bahan - bahan yang digunakan dalam membuat
bunga pahar daun getah ini ialah :

- daun getah kering kemudian diwarnakan
- batang cucuk satay
- benang jahit
-pelilit bunga (pink dan peach)
-sarung telur
- tali lilit sarung telur
- dawai bunga nombor 28.
- bunga kristal kecil
-riben peach
-bekas bunga pahar


Step 1 : keringkan daun getah dan gubahkan menjadi bunga

Oleh kerana ibu saya bekerja dengan RISDA, maka tidaklah
susah untuk mendapatkan daun getah yang dikeringkan. Namun
kami keringkan sekali lagi daun getah di bawah panas cahaya
untuk matahari untuk memastikan ia benar - benar kering.
Untuk maklumat lanjut tentang pengeringan daun getah, anda
boleh rujuk di { entry SINI } dan { entry SINI }. Setelah kering
barulah daun getah tersebut digubah menjadi bunga dan diikat
menggunakan benang untuk memastikan ia kemas.


Step 2 : Warnakan gubahan bunga tersebut dan keringkan

Gubahan bunga daun getah ini sesuai diwarnakan menggunakan
penyembur namun jika kuantitinya tidak banyak, boleh sahaja
menggunakan berus dan water colour. Hati - hati ketika mewarna.
Selepas siap diwarnakan, keringkan sekali lagi gubahan daun getah
tersebut sehingga betul - betul kering dan tidak melekit.
Warna tersebut akan 'naik'. Bunga pahar kami, kawan ibu
yang warnakan. Terima kasih auntie !

 Step 3 : Buat Daun Menggunakan Riben

Oleh kerana tema warna majlis saya purple pink dan peach, makan kami
gunakan riben peach untuk dijadikan daun. jimat, mudah dan mudah. Tak
perlu beli daun artificial hehe. Lengkungkan riben untuk membentuk ia
menjadi daun dan lilitkan dengan dawai bunga.


Step 4 : Gabungkan riben daun, bunga getah beserta batang

Kemudian gabungkan bunga getah, daun reben dan sarung bunga
telur dengan batang cucuk satay tu hehe (tak ingat panggil apa).
Gunakan pelilit bunga, kami gunakan warna peach. Letakkan juga 
hiasan bunga kristal sebagai penyeri. Auta ia untuk lebih menarik.




Step 5 :  Masukkan telur dan letak di bekas pahar.

Lastly, bila semuanya dah ok. Masukkan telur, kami gunakan
telur pindang dan letakkan di bekas pahar.


Alhamdullilah, warnanya selari dengan warna yang digunakan
di pelamin nikah mahupun sanding. Hasilnya :



Last not least, saya suka bunga pahar majlis saya hehe :D

Thursday, February 2, 2012

 Oleh kerana ayah saya berasal daripada negeri johor, maka majlis
saya tidak lari dari menggunakan Telur Pindang. Ibu saya meletakkan
telur pindang di dalam bunga pahar gantung dan cucuk untuk diberikan
kepada sebahagian tetamu dan juga ahli rombongan pihak lelaki.


Telur Pindang merupakan masakan tradisional yang terkenal 
terutamanya di negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam 
air herba selama beberapa hari. Telur Pindang dikatakan tahan 
sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan 
bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu.


Telur Pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan 
rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza 
menurut pakar yang menyediakannya, bagaimanapun antara yang 
digunakan adalah daun pokok Manggis,daun senduduk, daun jambu batu, 
halia, galanga ("galingale"), kulit kayu manis, bunga lawang, clove, 
"cardamom" dan serai. Daun pokok Manggis, daun senduduk, 
daun jambu batu digunakan bagi memberikan warna gelap pada telur.

 setiap telur ada label Ali Telur Pindang

Bagi anda yang mencari pembekal telur pindang untuk majlis anda,
anda mungkin boleh menghubungi Ali Telur Pindang. Lokasinya
di Johor Bahru, Johor. Oleh kerana saudara sebelah ayah berada
di sana, mudahla untuk ibu saya berurusan untuk membeli telur ini.
Harga bagi sebiji telur pindang ini ialah RM 0.80 sebiji.
untuk tempahan sila hubungi : 0177032193(ali)
tempahan hendak lah di buat 2 minggu awal..
100% asli menguna kan rempah ratus dan daun.
p/s : ibu kata warna telur pindang tu menaikkan seri bunga pahar,
samada bunga pahar gantung atau cucuk :D

Tuesday, March 1, 2011

Hai dan As Salam everyone !
hope u guys fine today :)

Pernah dengar bunga telur cucuk dekat batang pisang?
Zaman dulu - dulu popular tau :). One of b2b blogger,
Pn. Xora penah wat bunga telur batang pisang ni on her wedding.
Lucky, i'm attended her wedding, so ada captured piccas :D

Pn.Xora meletakkan frame pantun di atas dan batu dekat bahagian
bawah as decoration dan
menggunakan warna hijau dan kuning.

Saya googling more piccas and mr.google give me
those piccas. let's check :)

saya tidak mahu kerusi diletak dekat dengan
bunga telur. menganggu orang nak nak ambik hehe

penggunaan warnanya menjadikan
ia
seperti candy kan. sweet gitu.

menggunakan warna coklat.
saya lebih suka
kalo lebih rimbun.
tak mahu jarang2 time cucuk.


terlalu berwarna - warni.

warna purple !! pasu coklat :)

All pictures credit to Mr. Google.

My mom and dad sukakan idea ini, walau mereka tidak
memaksa saya untuk mengikut mereka, tapi tidak salah untuk
saya merealisasikannya untuk mereka. :). Cabaran bagi saya
menghasilkan bunga telur di batang pisang ini adalah bagaimana
mahu mendekorasinya bersesuaian dengan tema saya.

Insya Allah, saya masih mencari idea untuk mix and match,
using doily atau latern atau dekorasi lain, penggunaan warna,
lokasi dan sebagainya yang sesuai diletakkan dengan bunga telur ini.
Saya rasa mahu letakkan bersebelahan dengan guestbook area
tapi tunggu saya dapat lakaran penuh plan lokasi, baru saya
boleh tentukan. :) Insya Allah, nanti doakan ia berhasil. Amin.

********************************************************
anaztasia : saya ada dengar mitos mengatakan telur ada kaitan
dengan kesuburan ? betul ka? saya pun tidak tahu :)