Oleh kerana ayah saya berasal daripada negeri johor, maka majlis
saya tidak lari dari menggunakan Telur Pindang. Ibu saya meletakkan
telur pindang di dalam bunga pahar gantung dan cucuk untuk diberikan
kepada sebahagian tetamu dan juga ahli rombongan pihak lelaki.
kepada sebahagian tetamu dan juga ahli rombongan pihak lelaki.
Telur Pindang merupakan masakan
tradisional yang terkenal
terutamanya di negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam
air herba selama beberapa hari. Telur Pindang dikatakan tahan
sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan
bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu.

Telur Pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan
rasa dan warna yang
unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza
menurut pakar yang
menyediakannya, bagaimanapun antara yang
digunakan adalah daun pokok
Manggis,daun senduduk, daun jambu batu,
halia, galanga ("galingale"),
kulit kayu manis, bunga lawang, clove,
"cardamom" dan serai. Daun pokok
Manggis, daun senduduk,
daun jambu batu digunakan bagi memberikan warna
gelap pada telur.
setiap telur ada label Ali Telur Pindang
Bagi anda yang mencari pembekal telur pindang untuk majlis anda,
anda mungkin boleh menghubungi Ali Telur Pindang. Lokasinya
di Johor Bahru, Johor. Oleh kerana saudara sebelah ayah berada
di sana, mudahla untuk ibu saya berurusan untuk membeli telur ini.
Harga bagi sebiji telur pindang ini ialah RM 0.80 sebiji.