Oleh kerana ayah saya berasal daripada negeri johor, maka majlis
saya tidak lari dari menggunakan Telur Pindang. Ibu saya meletakkan
telur pindang di dalam bunga pahar gantung dan cucuk untuk diberikan
kepada sebahagian tetamu dan juga ahli rombongan pihak lelaki.


Telur Pindang merupakan masakan tradisional yang terkenal 
terutamanya di negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam 
air herba selama beberapa hari. Telur Pindang dikatakan tahan 
sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan 
bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu.


Telur Pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan 
rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza 
menurut pakar yang menyediakannya, bagaimanapun antara yang 
digunakan adalah daun pokok Manggis,daun senduduk, daun jambu batu, 
halia, galanga ("galingale"), kulit kayu manis, bunga lawang, clove, 
"cardamom" dan serai. Daun pokok Manggis, daun senduduk, 
daun jambu batu digunakan bagi memberikan warna gelap pada telur.

 setiap telur ada label Ali Telur Pindang

Bagi anda yang mencari pembekal telur pindang untuk majlis anda,
anda mungkin boleh menghubungi Ali Telur Pindang. Lokasinya
di Johor Bahru, Johor. Oleh kerana saudara sebelah ayah berada
di sana, mudahla untuk ibu saya berurusan untuk membeli telur ini.
Harga bagi sebiji telur pindang ini ialah RM 0.80 sebiji.
untuk tempahan sila hubungi : 0177032193(ali)
tempahan hendak lah di buat 2 minggu awal..
100% asli menguna kan rempah ratus dan daun.
p/s : ibu kata warna telur pindang tu menaikkan seri bunga pahar,
samada bunga pahar gantung atau cucuk :D