Hi dan As Salam
Alhamdullilah, tahun 2012 bakal melabuhkan tirai.
Banyak kenangan manis dan pahit terukir pada tahun ini.
Pastinya tahun baru yang menjelang akan mewarnai
kehidupan kita dengan azam baru, matlamat baru dll.
Bagi saya, tahun 2013 nanti moga membawa kehidupan
yang berkat dan dirahmati Allah selalu hendaknya.
Banyak nak dicapai tahun 2013 ini dan seharusnya
kerja keras, konsisten dan sebagainya jadi taruhan.
Blog anaztasias ini juga akan mengalami fasa yang
berlainan sedikit sebelumnya. Saya telah membuat
keputusan untuk tidak menutup blog ini sebaiknya
meneruskan ia dengan matlamat penulisan yang baru.
Jika sebelum ini lebih berkisar kepada persiapan
perkahwinan, namun selepas ini lebih berkisar kepada
kehidupan rumah tangga yang mana boleh dikongsikan.
Idea, informasi, pendapat dan sebagainya akan terus
dikongsikan dengan pelbagai segmen yang sudah saya
fikirkan sesuai. Terima kasih kepada mereka yang
masih setia dan sudi membaca blog picisan saya ini.
Hal - hal berkaitan perkahwinan sudah saya rangkumkan
di ruangan 'wifey wedding'. Moga ia terus bermanfaat.
Oleh kerana saya masih tidak mengandung lagi (doa-doakan yea)
maka blog ini mungkin akan lebih berfokus kepada segala
hal berkaitan dengan isteri dan saya juga sangat alu - alukan
mereka yang berkunjung ke blog ini, berkunjung juga ke
blog 'rumah kami' di mana saya khususkan tentang dekorasi rumah
ke satu blog lain kerana mahu ia menjadi catatan istimewa
buat saya dan suami. Sudi - sudilah berkunjung yea :)
Kerel & Nora Little House Blog
Wahhhh...comelnye ^^
ReplyDeletehehe terima kasih :)
Deleteala kenapa tak sambung je blog ni u. campur2 pun boleh hehe
ReplyDeleteboleh ini memang campur campur dear kecuali pasal umah je hehe
DeleteNice la nora..wajah baru nmpk segar :-)
ReplyDeletehaha yolah. thank you dear
DeleteHeader bru suka!...sokong nora!! N moga cepat2 preggy ye..aamiin... :-)
ReplyDeleteterima kasih. doakan ek. Aamin :)
DeleteHidup kena sentiasa ada perubahan
ReplyDeletebaru la maju kan aha
DeleteAssalamualaikum kak nora! sheila akan bloglistkan kedua blog akak ni. hehehe. bestnya ada 2 blog! hehehe sheila doakan kita sama2 pregnant cepat. hehehe.
ReplyDeleteAamin, thank you sbb support !
Deletecantik header akak :) takpe akak rangkumi je dlm satu blog baru best nak baca..hehee
ReplyDeletehi dear, blog ini tetap blog utama dan merangkumi semua kecuali pasal umah je :)
Deleteokeh2 nanti kita follow ye! :D
ReplyDeleteterima kasih !
Deletecongrats nora!wish u all the best
ReplyDeletethank you dear. u too !
Deletecongratz nora..semoga tahun 2013 kita lebih bermakna
ReplyDeleteInsya Allah. Aamin :)
Deletecomel.. love it.. teruskan menulis.. suke baca..
ReplyDeleteawak pun. keep blogging !
Delete