Hi dan Salam
Apa aktiviti bersama suami hari ini? Oleh kerana kami
masih berdua, biasanya kalau hari cuti macam hari ini,
adakalanya kami pergi ke shopping complex. Hehe paling
besh kalau dapat keluar bersama - sama suami membeli
barang keperluan seperti barang dapur. Biasanya suami saya
akan melakukan tugas 'pemilihan' di mana saya serahkan kepada
beliau untuk memilih ayam segar, daging segar dan sebagainya.
Maklumlah bila dekat shopping complex tak semuanya segar
sepert di pasar. Bila bab - bab barang rempah atau kering baru
saya yang akan pilih. Tapi beras suami yang pilih. Wajib hehe.
Selalunya kami beli untuk tempoh sebulan.
Banyak yang saya pelajari semasa aktiviti sebegini.
Memandangkan kami masih long-distance marriage (PJJ),
aktiviti sebegini dapat membantu saya mengenali suami saya
dengan lebih baik. misalnya saya tahu apa kicap kegemarannya
haha. Ingat lagi semasa saya salah beli kicap, dia kata tak sedap :P
Ada satu kisah, dia salah beli aiskrim kegemaran saya. Huhu
saya memang tak makan semua aiskrim, hanya perisa tertentu sahaja.
Pernah juga kami duduk bersama - sama semata - mata hendak
memilih barang. Biasanya tarikh luput dan kandungan barang
menjadi keutamaan sebelum membuat pilihan.
Macam - macam ragam kan. Tapi itulah sebenarnya yang membuatkan
hubungan suami isteri lebih rapat. Mungkin ada yang anggap remeh atau
mengada - ngada, namun mari kita anggap ia positif dalam hubungan
kekeluargaan kita. Insya Allah. Selamat bershopping semua :P
p/s : Esok 1 Muharram, genaplah hubungan kami selama
setahun kalau mengikut kalendar islam. Selamat ulangtahun
perkahwinan yang pertama sayang (kalendar islam) :D
Assalamualaikum kak nora!
ReplyDeleteso comel lah both of u. sheila suka! cepatlah dekatkan PJJ tersebut! hihi. sheila pun selalu shopping dgn suami utk sebulan. best gila beli itu ini. mmg time ni lah kita tahu apa yg dia suka beli dan tak suka. hee! sama-sama! bestnya dah setahun kawin..
thank you dear ! sapala xnak dekat kan . huhu usaha itu pasti. doa - doakan ek. Aamin :)
Deleteseronok p beli2 barang..cik mah pun slalu ikut en tunang p beli barang untuk rumah die...yeah..t boleh beli untuk rumah kami...mmg mcm2 le tau ape yg suka n tidak...
ReplyDeletehehehe paling penting boleh bertolak ansur kan :)
Deletebetul2! setuju! shopping barang dapur dan barang basah dgn husband aktiviti paling best. even org nampak macam biasa tapi bagi kita yg duduk jauh dgn husband ni benda2 macam tu akan rasa indah. bab2 pilih barang, brand apa nak, kuantiti, feveret dia, feveret kita, kdg2 leh gaduh2 manja hanya disebabkn barang yg nak di beli kan? kejap je masa berlalu. dah dekat setahun ye awak kawen. Happy anniversary! moga cepat2 dapat duduk dekat & bahagia hingga hujung nyawa. Amin...
ReplyDeletewaaaaaa semangat dia ! hehe thanks dear. saya doakan awak juga :)
Deleteahaa.. best shopping sama, mcm2 brg kita amik masuk dalam troli.. pastu time bayar.. konpius apa brg laa yg diambil sampai total RM200++ ~hahahaha~
ReplyDeletehahaha, tau xpe. nora biasa dah set satu barang 10 so bila dah 10 barang. alamak dah 100 hehe :)
DeleteTahniah nora dah setahun dah..cepat-cepat wat anak plak ye..hehehe
ReplyDeleteFesyen janggut Yang Sangat Cool
thank you jijoe !! doa doakan yea :)
Deletetahniah kak..happy anniversary :)
ReplyDeleteiya perkara paling manis bila shooping dengan suami.. dari situ banyak benda yg suami suka n tak..mane yg membzir n tak..hehe
tapi akak selalu membazir hehehe thanks dear !
Deleteseronoknya.. xder peluang lg nk shopping cmni sbb dok dgn family..
ReplyDeleteInsya Allah tak lama lagi kamu pasti dapat peluang itu yea :)
Deletebesnya leh shopping ngan husben skali skala kan..azie xda pluang mcmni sbb husben jarang dtg kl..hehe PJJ gak :-(
ReplyDeleteisteri PJJ kena kuat ye dear. Insya Allah semoga Allah makin dekatkan kita :)
Delete