Hi dan Assalamualaikum,
Baru - baru ini saya berkesempatan menghadiri beberapa
majlis perkahwinan. Terima kasih atas jemputan yang diberikan
namun tidaklah semua saya dapat hadiri kerana kekangan masa
dan tugas. Bagaimanapun saya ucapkan selamat pengantin
baru kepada semua pengantin yang baru sahaja melansungkan
perkahwinan mereka di mana jua anda berada.
Tiada majlis yang sempurna apabila kita menjayakannya. Namun
kita boleh berusaha untuk mengurangkan cacat celanya majlis itu.
Kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak tapi berusahala
agar semua hati terjaga, selepas usaha tawakal usaha kita pada Allah.
Saya ingin kongsikan beberapa perkara yang mungkin boleh
dijadikan panduan dan iktibar kepada bakal - bakal pengantin di luar sana.
1) Apabila perkahwinan anda terlalu mengikut adat, pastikanla
dirancang dengan betul. Jangan hanya sekadar ada, jangan hanya
adat dijaga, yang lain dibiarkan sahaja. Seeloknya dibincangkan
bersama 2 keluarga, adakah mereka sesama tahu dan setuju.
2) Apabila rombongan pasangan anda tiba, pastikan ada yang bertugas
untuk menyambut mereka. jangan biarkan pihak rombongan pasangan
anda terpana - pana mencari arah sedangkan mereka itu tetamu anda.
3) Kalau ada doorgift untuk tetamu vip, tetamu rombongan pasangan
bagila semasa mereka berada di meja makan seeloknya, bukan kena
beratur dan bersalam seperti tetamu lain. Lebih tertib, lebih manis.
4) Jangan terlalu fokus pada baju dan pelamin sahaja, sedangkan
perjalanan acara kucar kacir, tetamu balik tidak bercerita tentang
baju anda, tetapi bercerita tentang kelam kabutnya majlis anda.
Lagi manis kalau anda dan pasangan tidak hanya duduk di
pelamin sahaja tapi turunla berjumpa dengan tetamu - tetamu anda.
5) penting juga pembahagian tugas kepada jawatankuasa
kerja anda, siapa yang bagi doorgift, siapa yang iring rombongan
tetamu, siapa yang uruskan bunga telur, siapa yang pegang bunga
manggar, siapa yang uruskan lokasi dan tempat, dan sebagainya.
Bukan hanya sekadar berbaju cantik untuk bergambar sahaja.
Bayangkan jika ada tetamu rombongan pasangan anda
yang balik dengan tangan kosong dan muka hampa :(
6) Ikutlah trend tetapi berpada - padala juga. Lihat kesesuaian
lokasi dan suasana majlis anda. Misalnya jika penggunaan
meja panjang lebih sesuai, gunakanlah ia berbanding meja bulat.
7) Kalau boleh pastikan ada seorang yang tahu dengan
detail tentang majlis anda. Contohnya apabila ditanya,
di mana mahu letak bunga pahar ini, ada yang tahu
bukan ramai yang menjawab tidak tahu.
8) Paling penting cubala menjaga hati kedua belah
pihak. Bukan senang ye untuk menguruskan majlis
dan masa yang sama menjaga hati kedua belah pihak.
Moga ada yang boleh dijadikan panduan untuk bakal-bakal
pengantin di luar sana. Insya Allah. Biar majlis kita
sederhana asal tertib dan lancar pengurusannya. Tiada majlis
yang sempurna, maka jangan ambil mudah sesuatu perancangan itu.
Insya Allah semoga majlis anda semua berjalan dengan lancar.
Selamat pengantin baru kepada bakal - bakal pengantin
di luar sana. Barakallah !
mmg bagus tips ni.. hihi..
ReplyDeletemana yang baik dijadikan panduan, yang buruk sila tinggalkan hehe :)
Deleteits true dear. pengalaman memang mematangkan kita.
ReplyDeleteso b2b please be prepare and planning wisely :)
thank you nanie ! hehe
DeleteAssalamualaikum kak nora yang comel! lamanya tk update blog..
ReplyDeletesihat ke? hihi terima kasih ye sudi share tips2 yang bagus ni. hee
wslm sheila ! ehhe bz dengan kerja. xpe dah cuti ni nak update ni byk nak share hehe :)
Deleteterima kasih untuk tips yg sgt berguna.insyaAllah akan dijadikan panduan sebaik mungkin :)
ReplyDeletewelcome ! mana yang baik jadikan panduan :)
Deleteterima kasih dgn tips yg sgt2 membantu dan bernas! =D
ReplyDeletewelcome dear ! hepi preps :)
Deletetips yang sgt bergune..tenks share..noted <3
ReplyDeletewelcome, hepi preps !
Deletethanks a lot for sharing! =)
ReplyDeletewelcome, hepi preps !
Deletebetul2 nora..lame rasenye saye x share tips2 cm nora buat ni..ada org nmpk remeh or ade yg tak perasan.. :)
ReplyDeletetq dear, benda yang remeh ni bahaya sebenarnya kalo diabaikan :)
Deleteyups.. I sokong tips yg u bagi tu.. :)
ReplyDelete:) agreed.
ReplyDeleteboleh jadikan panduan akan datang.
Insya Allah.. mana tau untuk adik2 kita plak kan :)
Deletesangat setuju! nice info Nora ;)
ReplyDeletethank you dear !
Deletesetuju betul ni..tapi seelok2 perancangan pon ada sikit2 la cacat celanya kan..hehe
ReplyDeleteyup sbb tu awal2 nora mention tiada majlis yang sempurna :) Pepun jangan diambil remeh perkara yang kecil2 :)
Deleteinfo yang sgt berguna...TQ
ReplyDeletetips yg bagus..tq sifu!..hihi
ReplyDeleteaish mana ada sifu hehe !
DeleteAlhamdulillab majlis i berjalan lancar sebab akak ipar i jd floor manager. Lega sgt sume dia uruskan. Btw nice tips :)
ReplyDeleteAlhamdullilah, mana yang baik kita share kan :)
DeletePesanan daripada mereka yang berpengalaman.ehehehe
ReplyDeleteFesyen janggut Yang Sangat Cool