Hi dan As Salam

Hari ini saya ingin berkongsi tentang dua photographer
yang telah merakam saat - saat indah semasa majlis
pernikahan dan persandingan saya tempoh hari.

Official Photographer @ Photographer Pertama saya
ialah Ahmad Fairus Art @ Artistic. Lebih mudah dikenali
sebagai AF. Merupakan suami kepada owner RKM.

Saya mula kenal dengan AF semasa mengikuti perkembangan
blog saudari Zaila dan Atia. Jadi bila saya dah berkenan dengan
hasilnya, saya book setahun awal sebelum majlis. Kalau book
lambat - lambat, risau nanti tiada slot pula. Serius, photograper
jangan la kita booking lambat jika ada yang kita berkenan.

AF siapkan album saya dalam masa 2 bulan lebih, sangat berpuas
hati dengan album, siap dapat beg briefcase lagi. Lihat {entry ini}.
Bila saya dapat dvd gambar soft copy, terus saya check 
Alhamdullilah gambar para tetamu juga ada samada secara 
spontan atau tidak. Tentulah parents saya sangat hepi.

Review saya juga menjadi mudah kerana hampir kesemua detailing
majlis saya di'captured' dengan baik dan boleh dijadikan memori.
Semasa majlis pernikahan mereka seragam berpakaian hitam.
Semasa majlis saya, AF bawa seorang lagi rakannya untuk membantu.
AF mudah dibawa berbincang semasa majlis berlansung dan
pandai membawa dirinya. Tidak perlu menunggu suara kami.

Antara hasil tembakan AF di majlis saya boleh
lihat di link facebook ini : { majlis kerel & nora }.

Sekiranya berminat, bolehla melayari

Jom lihat ragam AF bekerja semasa majlis :D










tips : memang penat shoot seharian.
banyakkan minum air ye nanti :D