Hi dan As Salam

Untuk majlis resepsi tempoh hari, kami bekerjasama
dengan pihak CST Production. Oleh kerana pihak
CST tidak available semasa majlis nikah, maka untuk majlis
nikah saya bekerjasama dengan videorapher lain. {entry ini}.

Saya memilih CST adalah kerana saya berminat dengan hasil
karya video mereka. Kebetulan semasa saya berjumpa
dengan mereka, saya tertarik dengan promosi dan pakej yang
disediakan. Kena rajin - rajin tengok update dorang untuk
tahu promosi yea :). Sebelum majlis, adalah empat kali saya
datang ke pejabat mereka untuk sedikit perbincangan.
So far layanan mereka mesra terutama ketika itu saya
banyak berjumpa dan berbincang dengan 
saudari Fahim dan Kak Niza.

Semasa majlis, mereka pandai bawa diri dan sentiasa bersedia
untuk apa jua kemungkinan. Ketika hujan turun pun, mereka
sudah prepare bagaimana mahu shoot ketika hujan. Pihak CST 
mempunyai pelbagai pakej jadi mereka juga mempunyai pelbagai
 pasukan. Pada majlis saya, pihak CST menghantar tiga wakil
 iaitu saudari Fahim, Kia dan Ikhwan.

Semasa proses menggubah video, saudari Fahim ada menghubungi
saya terlebih dahulu bagi melihat sekiranyaa ada sebarang
kesilapan atau makluman lain. Alhamdullilah mereka tiada
masalah apabila saya meminta mereka mengedit sedikit video
saya. Bagi saya mudah untuk berurusan dengan mereka.
Mungkin juga kerana orang yang shoot video saya ialah orang 
yang sama mengedit video, jadi mereka lebih arif perjalanan majlis.
Alhamdullilah, video saya siap dalam tempoh 2 bulan sahaja.

Sekiranya anda berminat menghubungi mereka
bolehla melayari facebook : CST Production
dan juga karya terbaru mereka : CST Breed.

Jom lihat ragam kerja mereka :-










Oh ya Fahim kini sudah mempunyai produksi
sendiri iaitu anakwayang. Facebook : anakwayang
Secara peribadi, bekerjasama dengan saudari
Fahim adalah mudah dan sangat selesa :).

Insya Allah, nanti saya sharekan hasil video mereka yea :)

Salam Ramadhan kawan - kawan !