Hi dan As Salam

Hari ini saya nak share tentang mereka yang
merealisasikan 'thank you tags' dan bunting saya.

Thank you tags

Bagi thank you tags, saya ada dua vendor
yang sangat recommendkan hasil mereka.

1) Thank you tags by Gadis Jumaat Art Cetera


Thank you tags yang dibuat oleh Gadis Jumaat
saya gunakan untuk doorgift yang melibatkan
tetamu vvip, saudara mara dan kenalan rapat.
Malah digunakan juga untuk dekorasi centerpieces
dan deko balang - balang jar bagi candy buffet.

Saya pernah reviewkan perkhidmatan mereka di
{ entry ini }. Memang cantik dan superb !
Komunikasi ok dan hasil siap on time.

Sekiranya anda ingin menghubungi mereka
boleh layari facebook : Gadis Jumaat Art Cetera
p/s : Hasilnya pernah disiarkan di WHI, TV3.

2) Thank you tags by ArtChetak (Gift By Print)


Thank you tags yang dibuat oleh Art Chetak pula
adalah sekali dengan pakej kad kahwin yang saya
tempah. Kira dah memang satu set. Murah bila ambik 
set lengkap. Saya gunakan thank you tags ini untuk
projek diy doorgifts saya bagi tetamu yang hadir.
Very loveable dan memenuhi citarasa saya.
 Komunikasi ok dan hasil siap on time.

Saya pernah review mereka di { entry ini }

Sekiranya anda ingin menghubungi mereka
bolehla melayari facebook : Gift By Print.


Bunting

Bagi bunting pula saya ada dua vendor
juga yang sangat berbakat dan kreatif .

1) Bunting by ArtChetak (Gift By Print)


Bunting ini sekali juga dengan pakej kad kahwin
dan thank you tags di atas. Memang design yang sama
dan diletakkan di area photobooth semasa majlis :)
Kak Durra owner GBP ini memang sangat baik hati.
Mudah berurusan dan easy going person.

2) Bunting by Creative by Linda


Saya sangat suka bunting ini. Tambahan pula
diberi secara percuma oleh CBL. Diletakkan
di sudut table gift bagi tujuan meraikan
pemberian tetamu. Lynda seorang
yang mudah berurusan dan berterus terang
tentang kemampuan dan halangan yang dia
boleh atau tidak boleh. Urusan saya dengan
beliau juga mudah dan tidak rumit. 

ada budak main gulung bunting saya
pastu tiada sesapa sedar. nasib nampak
muka tau dan tajuk. aish sapa la gulung
sekerat tu. Waktu pagi elok sahaja lagi. :D

Sekiranya anda berminat untuk menghubungi
CBL, layari facebook : Creative By Lynda.
 p/s : CBL ada wat giveaway sekarang. cepat2 
join okeh . Mana tau ada rezeki :)


Ketiga - tiga mereka yang kreatif ini,
hasilnya sangat memuaskan hati :)