Hi dan As Salam

entry terdahulu bagi entry ini - klik {entry ini}


Bagi yang berbadan 'chubby' macam saya, mencari
baju untuk majlis kahwin adalah sedikit sukar. Saya
sudah mencuba pelbagai butik dan tidak jumpa yang
berkenan di hati. Tak tahula kenapa. Jadi saya ambik
keputusan untuk membuat baju baru sahaja agar lebih selesa.
Saya memang minat baju ala dress dan berkonsep moden.

Setelah berbincang dan bertanyakan pendapat rakan,
saya rasa badan berisi macam saya ini lebih sesuai
dengan cutting A-line. Nak tahu lebih lanjut boleh tanya Sarah :D

Pada asalnya saya mengambil pakej tempah sewa kemudian
saya tukar dengan membeli sepasang baju tersebut. Rasa sayang 
dekat baju tu hehe. Alhamdullilah baju itu siap seminggu sebelum 
majlis kami. Sebenarnya saya kurang berpuas hati dengan design 
manik pada bahagian dada baju tapi saya bersyukur  kerana tiada
masalah dari segi saiz, potongan, warna dan bahagian lain :)
Just enjoy the moments, its our big day rite !

 bahagian tengah

 bahagian dada dan leher cekak ceongsam

 'detailing' bahagian bawah

 bahagian lengan

keseluruhan baju

baju pengantin lelaki


Bagi mereka yang berbadan 'chubby' macam saya, 
jangan risau dengan diri anda, just enjoy the moment
and confident yourself. Pasangan kita terima seadanya kan :)



Sekiranya ada yang ingin mencuba dengan tailor
ini anda boleh pergi ke tingkat 2 di Tampin Square,
Nama kedai tu VP Fashion House, chinese guy.
Harga yang ditawarkan adalah sekali dengan baju lelaki.
saya ada sharekan maklumat di { entry ini }


Kalau ada bakal pengantin yang bersaiz XL atau XXL
dan ingin menyewa baju kami samada lelaki atau perempuan
bolehlah menghubungi kami di facebook atau melalui email.

****************************************************

note : Saya baru mendapat tahu tailor baju nikah saya dahulu
ada membuat hal, means bad review dengan pengantin lain.
Betul la kata orang, lain orang lain pengalaman. Bagaimanapun
saya tidak akan rekemenkan lagi kepada orang lain. Maaf ye dear :(