Hi dan As Salam.

Pejam celik dah review 19 tapi tak sempat lagi kemaskini
blog dan masih slow dalam update. Insya Allah cuti 2 minggu
lagi harap-harap boleh kemas blog dan laju la update. hehe
Alhamdullilah masih mengikut que, nak tahu pasal honeymoon
kenala tunggu review last sekali. T_T

Kali ini saya nak share pasal bunga tangan semasa
majlis resepsi saya. Kalo sebelum ini, untuk nikah
HB dibuat oleh Dina Halim, untuk resepsi ini pula,
HB saya dibuat oleh The Craf Potion by Yanie.

Alhamdullilah, rezeki saya untuk memenangi hadiah
bunga tangan ini untuk giveaway yang dianjurkan
oleh Yanie.Walaupun ianya hadiah giveaway dan
bunganya artificial, namun Yanie membuatnya dengan 
cantik sekali. cukup buat saya gembira.

Dibawah ini adalah gambar yang diambil oleh
Yanie sebelum diposkan kepada saya.


ini pula salah satu gambar yang dishoot oleh photographer.


dan di bawah ini pula gambar ketika saya
memegangnya erat sewaktu majlis resepsi saya.





Terima kasih The Craft Potion sebab menghasilkan
hand bouquet yang cantik dan bersusah payah
letak doily paper dekat HB. rajinnya Yanie hehe.

Selain handbouquet, The Craft Potion ada pelbagai
tarikan dan hasil kerja tangan Yanie yang lain boleh
dilihat di FB : The Craft Potion. Malah bekas
bekas pelanggan juga diabadikan di dalam album

Komen saya ? =) Recomendation !!