Hi lovelies, hari ini saya nak share dengan kalian
tentang mengubah balang yang kosong menjadi ceria.
Tapi idea saya simple je. Guna bahan -bahan yang ada 
a.k.a recycle bahan - bahan yang dah ada di rumah hehe.

Candy Jar saya ada pelbagai bentuk. Saya beli di Romantika.
Memang paling murah saya jumpa selepas survey beberapa
tempat. Saya memang suka dengan balang - balang ini.

Okey, ini antara gambar balang yang kosong.


Jom, tukarkanya kepada simple decoration yok !

Bahan - bahan yang digunakan bagi proses ini ialah : 

1) Riben warna purple corak2
2) Tq tag cards
3) Double tape
4) White paper doily


Dan ini pula langkah - langkah membuatnya :


Langkah 1 : Lilitkan reben pada setiap balang

Balang kaca yang ada terdiri dari pelbagai size. Lilitkan pada
setiap balang mengikut kesesuaian lokasi balang sebab kalau
salah lilit, riben boleh menjadi kendur atau tercabut. Lekatkan
dengan double tape jernih tu. Memang lekat dan tahan lama.


Langkah 2 : Letakkan doily paper di dalam balang
Kemudian letakkan doily paper di dalam setiap balang kaca.
sekeping sudah memadai sebagai alas :) Comel hehe


Langkah 3 : Letakkan tag di balang kaca tersebut.
Pilih sudut hadapan balang kaca dan letakkan tag, label or
anything, Saya letak lebihan tq tags saya hehe.


Kemudian, masukkanlah gula - gula or anything u want !


Yeay.... dari balang kaca yang kosong sudah jadi ceria !


Kesemua balang kaca ni saya letakkan di bahagian candy buffet
masa majlis haritu. Nanti saya review our own simple candy buffet :)

Have a nice day guys !! xoxo.