Hi kawan - kawan, kali ini saya nak review pasal bunga
pahar berunsurkan daun getah. Firstly thank you to my
lovely mother sebab banyak bagi tips dan merupakan orang
kuat dalam menjayakan 'project purple' saya ini. sayang ibu !!

Antara bahan - bahan yang digunakan dalam membuat
bunga pahar daun getah ini ialah :

- daun getah kering kemudian diwarnakan
- batang cucuk satay
- benang jahit
-pelilit bunga (pink dan peach)
-sarung telur
- tali lilit sarung telur
- dawai bunga nombor 28.
- bunga kristal kecil
-riben peach
-bekas bunga pahar


Step 1 : keringkan daun getah dan gubahkan menjadi bunga

Oleh kerana ibu saya bekerja dengan RISDA, maka tidaklah
susah untuk mendapatkan daun getah yang dikeringkan. Namun
kami keringkan sekali lagi daun getah di bawah panas cahaya
untuk matahari untuk memastikan ia benar - benar kering.
Untuk maklumat lanjut tentang pengeringan daun getah, anda
boleh rujuk di { entry SINI } dan { entry SINI }. Setelah kering
barulah daun getah tersebut digubah menjadi bunga dan diikat
menggunakan benang untuk memastikan ia kemas.


Step 2 : Warnakan gubahan bunga tersebut dan keringkan

Gubahan bunga daun getah ini sesuai diwarnakan menggunakan
penyembur namun jika kuantitinya tidak banyak, boleh sahaja
menggunakan berus dan water colour. Hati - hati ketika mewarna.
Selepas siap diwarnakan, keringkan sekali lagi gubahan daun getah
tersebut sehingga betul - betul kering dan tidak melekit.
Warna tersebut akan 'naik'. Bunga pahar kami, kawan ibu
yang warnakan. Terima kasih auntie !

 Step 3 : Buat Daun Menggunakan Riben

Oleh kerana tema warna majlis saya purple pink dan peach, makan kami
gunakan riben peach untuk dijadikan daun. jimat, mudah dan mudah. Tak
perlu beli daun artificial hehe. Lengkungkan riben untuk membentuk ia
menjadi daun dan lilitkan dengan dawai bunga.


Step 4 : Gabungkan riben daun, bunga getah beserta batang

Kemudian gabungkan bunga getah, daun reben dan sarung bunga
telur dengan batang cucuk satay tu hehe (tak ingat panggil apa).
Gunakan pelilit bunga, kami gunakan warna peach. Letakkan juga 
hiasan bunga kristal sebagai penyeri. Auta ia untuk lebih menarik.




Step 5 :  Masukkan telur dan letak di bekas pahar.

Lastly, bila semuanya dah ok. Masukkan telur, kami gunakan
telur pindang dan letakkan di bekas pahar.


Alhamdullilah, warnanya selari dengan warna yang digunakan
di pelamin nikah mahupun sanding. Hasilnya :



Last not least, saya suka bunga pahar majlis saya hehe :D