Salam Ramadhan buat semua !

Alhamdullilah sebelum Ramadhan tiba, saya dan keluarga
berjaya juga membeli sedikit barangan untuk persiapan
majlis saya nanti. Insya Allah. Memang penat giler tapi really
fun hangout with my lovely dearest mom :)

Tips : Membeli belah bersama ibu adalah yang terbaik.
Ibu berpengalaman dan pandai 'deal' dengan baik. Kalau
saya yang muda ni, mesti tak banyak dapat diskaunnya :P

 Lokasi : ED Caterers, Permatang Badak, Kuantan

Ibu tengah berbincang, saya dok kat sofa haha. Bila ibu
tanya nak lauk apa. Saya tak kisah. Bagi saya urusan seperti
ini elok orang tua yang uruskan. Takkanlah sampai makanan pun
saya nak monitor. oh tidak, saya tak nak jadi bridezilla :p
Deposit RM 1000.00 untuk confirmation. Next meeting nanti
boleh bincang lagi pasal harga dan khemah :) 


Lokasi : VR Star, Nilai, Negeri Sembilan

Hehe thanks akak sebab tolong angkat barang. huhu dah beli
bekas untuk doorgift. berplastik-plastik jadinya :p. Dekat nilai
ni, kalau nak murah memang kedai kecil - kecil itu sebenarnya yang murah
tapi kena rajin pusing. My mom memang rajin pusing. Oh tidak saya.
Tapi kalau nak pelbagai pilihan kena pergi kedai yang besar seperti VR Star.
Untuk mereka yang minat english dan vintage style, kedai ini
sangat sesuai. Harga pun berpatutan dan boleh jimat.


 Lokasi : Kedai Curtain & Textile, Tampin, Negeri Sembilan

Ibu saya cakap harga kain langsir di Tampin lagi murah
dari Kuantan. Kebetulan tengah ada promo raya.
Jadi ibu tempah terus untuk bilik saya dan rumah
kami. Gambar ibu sedang survey kain. hehe. 
Oh ya kebetulan ibu datang bercuti di rumah saya,
apapun ibu memang terbaik. Tokey kedai kat gambar atas
tengah pening sebab ibu dok deal murah-murah hahaha.

Alhamdullilah, dah boleh update list. Thanks mom ! **hugs**

**************************************************
anaztasias : ayah saya tukang drive je hahaha. belum duty dia lagi :P