Holla korang =). Masih ingat tak entry saya tentang
Bagi mereka yang ingin merealisasikannya, anda
boleh membeli gelas berkaki itu di kedai RM 2.00 !!

Hah, sama kan cawannya. Hehe. Ada saiz besar dan kecil

Kedai RM2.00 yang saya kunjungi ini terletak di Bangi, di
belakang Kompleks Warta. Adalah diingatkan tidak semua
kedai RM2.00 mempunyai barangan yang serupa yea, not 100%.

Selain itu, terdapat juga pelbagai barangan lain yang menarik seperti :

 frame gambar bewarna warni. Mana tahu ada yang sesuai mengikut
warna tema anda. Boleh dijadikan barangan hiasan bilik, meja beradap
dan nak letak cek pun boleh la. comel je saiznya tahu =)

 Jag comel dan juga bekas untuk garam dan gula. Jika
kreatif, Insya Allah boleh dijadikan doorgift untuk VIP

gelas ini sangatla comel dan kecil. 6 gelas untuk RM2.00
Ini bermakna sebiji cawan berharga RM 0.33 sahaja. Boleh
dijadikan alternatif botol jar, letak sabun bunga ke, potpouri,
coklat atau sebagainya, pastu balut dengan kain net, doily atau
mana yang difikirkan sesuai. korang mesti lagi ada idea kan =)

Bagi sesapa yang ingin ke sana, terjah - terjahla yea =)
Siapa ada pengalaman di kedai RM2.00 lain, jangan lupa untuk share :)

Muka hadapan kedai. Comelnya bola tu :p

nota ketot : terima kasih buat mereka yang share lokasi
kedai borong gula-gula untuk entry sebelum ini. Nanti saya kontek
korang ek untuk dapatkan info lebih lanjut. Insya Allah saya
akan sharekan dengan kalian maklumat lanjut pasal
kedai - kedai borong gula- gula itu yea :) xoxo

***********************************************
anaztasias : kedai RM2 di tempat korang besh tak? =)