Showing posts with label travelog. Show all posts
Showing posts with label travelog. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013


Hi dan Salam

Syukur Alhamdullilah, dalam kesibukan seharian, saya berjaya juga membuat 
kejutan untuk suami saya. Semua perancangan adalah 'last minute' tetapi 
berjaya direalisasikan. Izinkan saya mencoret serba sedikit kenangan di
blog ini, mana tau boleh jadi panduan dan ilham untuk mereka yang lain nanti :)

Idea ini lahir apabila mendengar suami saya menyanyi lagu yang
dia suka di hadapan tv (3 hari sebelum hari lahir dia) masa tu dia 
tengah lihat konsert ulangan Wings di Astro. Semangat dia nyanyi, 
kebetulan saya terus teringat tentang kumpulan Wings yang akan 
mengadakan konsert okestra di Istana Budaya. Saya sebenarnya bukan 
peminat tegar Wings, namun bila difikirkan balik apa salahnya menyelami 
minat suami, tidak rugi apa - apa pun. So saya start buat reseach tentang 
konsert okestra WIngs itu (lokasi, tarikh,harga tiket, pakaian dan 
sebagainyalah). Malangnya tiket yang murah memang dah sold out 
(namapun last minute kan !), yang tinggal hanya harga sederhana 
dan mahal. (yang mahal memang tak sanggup)

Saya survey dalam masa 2 hari. Sehari sebelum hari kejadian, saya nak beli
tiket secara online, bila buka website terus terkejut, dah tutup ! Saya buntu
seketika, tapi terus telefon kawan dia. Bila kawan dia angkat,  terus dia cakap,
" ha napa, nak cakap dengan ray ke, dia ada dekat dengan aku, kejap aku
panggil ", terusla saya 'ter' jerit.. "eh xpayah ! aku ada benda nak minta tolong".
Lepas dipastikan kawan suami jauh dr beliau, saya pun cerita tentang pelan
saya dan meminta tolong untuk dia belikan tiket di kaunter istana budaya.
Alhamdullilah, kawan suami tiada masalah untuk uruskan hal tersebut.


Keesokkan harinya, selepas habis waktu kerja saya terus bergerak ke KL.
Malam tadi sebelum tido, saya sempat pesan pada suami tidak perlu
pulang ke tempat saya sebab saya ada urusan di KL. Alhamdullilah dia setuju.
Cabaran saya yang paling besar adalah bagaimana untuk membuatkan
dia pakai baju kemeja dan seluar slack kerana hari kejadian adalah hari
Jumaat. Biasanya dia balik ke tempat saya pun pakai baju melayu.

Sebaik tiba di KL, saya terus bergegas ke pejabat suami. Saya katakan
saya ada reunion dengan kawan universiti di tempat eklusif jadi suami
kena pakai pakaian kemeja. Dia terkejut dan mengatakan tidak mahu
ikut serta tapi dia boleh menghantar saya ke tempat reunion. Puas jugala
saya pujuk beliau untuk ikut, alasan dia tidak mahu ikut, dia tidak 
suka majlis formal. Saya katakan ada tetamu VVIP sebab tu kena pakai formal. 
Alhamdullilah puas memujuk, akhirnya beliau bersetuju untuk ikut 
lalu kami bergerak ke rumahnya di KL untuk menukar pakaian dan solat. 
Sampai dirumahnya, kawan beliau terus memberi tiket yang dikirim ketika
suami sedang mengurus diri di dalam rumah. Saya tunggu di luar sahaja.

Tetiba saya teringat tentang kasut, saya lupa bawa kasut dia !
Nasib baiklah kawan dia offer kasutnya kerana mereka sama saiz.
Cepat - cepat saya masukkan kasut itu di seat belakang kereta.
Akhirnya suami pakai baju yang saya bawa tetapi dengan sandal !
Saya cakap pada suami kali ini saya yang drive sebab saya tahu
lokasi reunion tersebut. Dalam perjalanan, suami saya tanya dekat 
mana reunion, saya kata, dekat restoran DNelayan di Titiwangsa
(dengan penuh konfiden). Tetiba suami saya diam, " Eh biar betul
sayang, rasanya dah tutup kat Titiwangsa, yang ada sekarang dekat
Gombak, dekat UIA, kita dah salah jalan ni". Gurlp ! Oh please come idea.


"Eh yeke..oh sayang salah sebut nama kot, tapi conform kat Titiwangsa,
kawan dah sampai kat sana". Hehe dan kami meneruskan perjalanan
seperti biasa. Bila saya sampai dekat bulatan Pahang saya slowkan kereta
sebab mahu lihat tempat parking. Sah parking full, lalu saya parking
tepi jalan, nasib baik depan Istana Budaya ada kedai makan. Suami saya
beria ingat reunion kat situ. Hehe. Bila dah parking dan dia turun kereta,
saya minta beliau ambil beg kamera di seat belakang dan dengar dia
kata, "sayang.. ni kasut siapa?". On the spot, cepat 2 saya pergi belakang
beliau dan bila suami berpaling je ke belakang saya terus jerit
" HAPPY BIRTHDAY ABG ! LOVE YOU MORE !!! " sambil tangan
pegang 2 tiket dan 1 batang ucapan birthday ! Reaksi dia? Haha
terdiam selama 1 minit (anggaran), " Ya Allah, terkena abg " hehe.




Okey, lepas itu adalah kena bebel dalam 5 minit kot sebab beli tiket
konsert kan tapi lepas dia masuk dalam Istana Budaya tu, dialah
paling eksited melihat konsert itu, siap menyanyi lagu yang saya tidak
faham liriknya. Tapi saya enjoy dengar bunyi okestra, memang superb!
Di penghujung konsert itu, saya tahu beliau terharu dan suka sebab
he said "thank you sayang" sambil dot dot dot.. malulah, haha korang mesti 
faham. Barangan cenderamata tidak lupa dibeli sebagai tanda kenangan.
Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Malam itu, kami pulang ke 
tempat saya semula sambil suami pegang erat tangan saya
sepanjang perjalanan selama dua jam tersebut.

So terokai minat suami anda, mana tau ada gunanya nanti :)


Terima kasih Allah for everything ! Alhamdullilah.

Happy Birthday Husband ! xoxo !


p/s : first time masuk IB, so tak tahu sangat pasal pakaian
rupanya perempuan pakai blaus pun boleh hehe, xpelah
take it as a lesson :) 



Thursday, January 10, 2013


Hi dan As Salam

This time, saya ingin berkongsi satu lagi
short trip perjalanan kami ke Cameron Highlands.
Dahulu suami saya bekerja di sini sebelum berpindah
ke tempat sekarang. Kedatangan kami ke sana
sebenarnya kerana ingin mengambil barang - barang
suami yang masih ada di sana. Alhamdullilah, dia bawa
saya berjalan ke dua tempat menarik di sana.

Tempat pertama yang kami lawati ialah Bharat Tea yang
merupakan pengeluar tea kedua terbesar di sana. Jalan
yang digunakan menuju ke sana bagi saya agak sempit sedikit
dan sangatla sesak ketika waktu banyak kenderaan namun
kami berjaya tiba juga ke puncak. SubhanAllah cantik sungguh !

Dapatlah saya melihat ladang teh seluas - luas terbentang,
melihat bagaimana teh dihasilkan dan membeli pelbagai jenis tea.
Bharat Tea Cafe memang lokasi menarik sebab boleh menikmati
juadah makanan dan tea sambil melihat panorama ladang tea segar.





Seterusnya kami menuju ke Kebun Strawberry pula.
Dekat sini rugi kalau anda tidak menikmati strawberry coklat.
Tak sama rasanya kalau kita bawa pulang. Baik makan
segar - segar dekat situ. Anda juga boleh menikmati
pemandangan kebun strawberry di sini.





Selesai sahaja menikmati juadah di sini, kami pun
bertolak pulang. Sekejap sahaja kami di sana namun
In Sha Allah kami akan datang lagi lain kali.

p/s : lenkali nak bermalam pula di sana :D

Sunday, January 6, 2013

Hi dan As Salam

Salah satu rezeki atau peluang yang ada apabila
kami sudah bergelar suami isteri ialah si isteri dapat
mengikuti suami berkursus (sekiranya dibenarkan).

Alhamdullilah, saya berpeluang mengikuti suami berkursus
di Pulau Pinang dan paling best tidak perlu mengeluarkan duit !
Cuma pada awalnya rasa kekok untuk bergaul dengan
rakan sepejabatnya namun lama - lama semuanya mesra :)

Kami bertolak dari Kuala Lumpur menaiki bas jabatan.
Apabila sampai di Jambatan Pulau Pinang, keadaan agak
'jem' seketika, namun segalanya lancar dan kami dibawa

Bilik di hotel ini tidaklah luas tetapi selesa di diami.
Makanannya pun enak ( mungkin sebab free kot haha )
Paling best, kami dapat bilik menghadap laut !
Lokasi tempat makan hotel ni pun best sebab menghadap
laut, jadi sambil makan boleh rasa sepoi - sepoi angin.



Cuma, bila suami sedang berkursus di dewan hotel, saya
hanya pusing - pusing sekitar hotel atau melayari internet
sahaja. Diselang - seli dengan menjamu selera di kafeteria.
Waktu petang pula kami bersiar - siar di pantai 
memandangkan hotel ni menghadap laut.


Kami menginap di sini 3 hari 2 malam. Pada malam kedua
pula adalah aktiviti bebas, jadi kami berkesempatan ke
Batu Feringgi Night Market. Memang happening, ada 
bermacam - macam barangan dijual. Mula la rambang mata
tapi kena pandai tawar menawar, barulah berbaloi untuk dibeli.



Tidak banyak tempat yang saya lawati memandangkan
ini adalah urusan suami. In Sha Allah jika ada kesempatan lagi,
mahu kembara ke Pulau Pinang lagi bersama suami :)

Tuesday, January 1, 2013

Hi dan As Salam

Semoga tahun baru 2013 akan menjadikan
kita lebih baik dari tahun - tahun sebelumnya.

Tidak tahu hendak ke mana untuk short trip?
Anda mungkin boleh konsider Coral Wonderland.
Ianya terletak di Dataran Pahlawan, Melaka.


Mula - mula saya pun confuse juga, betul ke ada dekat 
situ sebab kawasan tu kawasan shopping complex.
Tapi, ia benar. Coral Wonderland terletak di tingkat 4.
Jadi, sesiapa yang kebetulan berada di Dataran Pahlawan,
bolehla singah di Coral Wonderland Melaka ini.


Ia seakan Aquaria KLCC. Tapi tidaklah begitu konsepnya.
Dekat sini ada 'pool' di mana anda boleh menyentuh ikan,
batu karang, tapak sulaiman dan sebagainya. Nemo pun ada.



Bayaran masuk adalah RM 30.00 (dengan MyKad).
Bagi saya Coral Wonderland lokasi yang sesuai untuk
membawa anak - anak melihat hidupan laut. 
Antara aktiviti yang ada di sini ialah memberi penyu makan.
Kalau rajin, jawab kuiz yang disediakan nanti dapat doorgift !


eh, pelamin kerang pun ada tau, feel jap lah hehe.


Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin santai - santai.
Untuk maklumat lanjut boleh layari : Coral Wonderland.


Okeh. Dah selesai beli fridge magnet di sini.
Next spot ! hehehe :D

Monday, December 31, 2012

Hi dan As Salam

Cuti yang lepas, kami telah menjelajahi sehari di Pulau Pangkor.
Dari KL kami meneruskan perjalanan menggunakan highway
PLUS dan memasuki tol Simpang Pulai dengan kadar RM 22.50.
Esoknya, dari Simpang Pulai kami meneruskan perjalanan ke daerah Lumut.
(kami tidur sehari di Simpang Pulai - Lost of Tambun, lain entry yea)

Setibanya kami di Lumut, kami terus meletakkan kenderaan
di parking Jeti Lumut. Dekat parking Jeti Lumut ini, anda
boleh memilih untuk parking berbumbung atau parking luar.
Harga bayaran parking sangat murah iaitu RM 0.40 sejam.
Berbaloi kan. Taklah risau nak parking lama - lama.

Selepas parking, kami berjalan kaki ke arah jeti yang bersebelahan
dengan tempat parking tersebut. Kami membeli tiket pergi balik
yang berharga RM 10.00. Feri terakhir sekiranya ingin keluar
dari Pulau Pangkor adalah pukul 8.30 malam. Kami bertolak pada pukul 
12.30 tengahari. Perjalanan mengambil masa selama 40 minit.


Feri akan berhenti 2 kali, jika anda seorang pelancong, turun
semasa feri berhenti di Jeti Pulau Pangkor yang kedua. Jangan risau
tentang pengangkutan, ada van teksi pink, motor sewa dan kereta sewa.
Surau dan masjid berdekatan dengan Jeti Pulau Pangkor memudahkan
urusan sekiranya anda ingin menunaikan solat dan sebagainya.

Seterusnya kami menaiki van teksi pink dimana bayarannya adalah
RM 20.00 sehala untuk satu van. Satu van pula muat untuk 8-9 orang.
Kami menuju ke Teluk Nipah di mana kawasan ini merupakan kawasan
yang banyak menyediakan aktiviti berkaitan dengan air dan laut.


Di Teluk Nipah, ada pelbagai kiosk kecil yang menawarkan pelbagai
aktiviti air. Anda kena pandai tawar-menawar. Biasanya bila cuti
sekolah ni, harganya mahal sedikit. Misalnya, pakej snorkeling
yang saya ambil berharga RM 15.00 seorang. (kebiasaanya RM 10.00).
Untuk sukan air seperti paparazzi, banana boat dll berharga RM 20.00 seorang.
Untuk jet-ski RM 75.00 seorang untuk 1 jam. Kayak RM 10.00 seorang
untuk 1 jam. Untuk pakej snorkeling, ia merangkumi lawatan sekitar
pulau - pulau kecil, pantai - pantai sebelum dibawa ke kawasan snorkeling.
Anda boleh berhenti untuk bermandi manda di kawasan Pulau Coral.
Life jacket dan peralatan snorkeling pun termasuk dalam harga tersebut.

* amaran : snorkeling di Pulau Giam (Pulau Pangkor) adalah sedikit 
berbahaya kerana kaki mudah tercedera kerana sisik - sisik dekat
batu bata yang tajam. Saya turun pun berpaut pada suami. Tak jejak bawah.

Pada waktu petang sekitar pukul 5 petang, kawasan Teluk Nipah
sangat meriah dengan aktiviti seakan pasar malam. Pelbagai barangan
cenderamata dengan harga yang murah dan berbaloi.


Dikatakan pada bulan Februari, kita boleh berjalan kaki dari kawasan
pulau Coral ini menuju ke kawasan pantai di hadapan pulau tersebut
seperti dalam gambar di bawah ( pantai belakang kami). SubhanAllah !




Alhamdullilah, kami enjoy di sini. Namun, air laut Pulau Pangkor
bagi saya tidak best kerana terasa gatal - gatal. Mungkin masa kami datang tu
airnya begitu. Apapun ,  seronok menaiki bot laju dan aktiviti sukan air.
Sangat seronok di sini, namun dari segi snorkeling tidak begitu menarik
terutama dengan sisik - sisik tajam tu. Mudah terluka.

Selesai sahaja waktu Maghrib, kami menaiki feri dari Jeti Pulau 
Pangkor menuju ke Jeti Lumut. Kami bermalam di Lumut
semalam dan keesokannya kami singgah sebentar di Teluk Batik
sebelum bertolak pulang ke kampung halaman.

Sememangnya kenangan indah telah tersemat di sini. Percutian
di Pulau Pangkor adalah berbaloi kerana harganya yang tidak
mahal dan masih dalam percutian bajet kami. Kenangan 
yang tidak akan dilupakan dalam ingatan. In Shaa Allah.

Tuesday, October 9, 2012

Hi dan As Salam

Semoga kalian sihat - sihat sahaja. Pejam celik pejam celik kejap 
sahaja masa berlalu. Rasa dah lama betul tidak update.Bila tengok 
jumlah ringgit di 'nuffang' terus meningkat, tambahan pula sokongan 
dan komen - komen kalian, rasa bersalah sungguh.Maaf  yea, 
mungkin kesibukan kerja di hujung tahun membataskan waktu namun 
jangan risau, Insya Allah ada masa, jejari pasti menari di sini :)

 ehemmm...

Our first annivesary dah makin dekat, baru ingat nak planning something 
tapi husband dah bagi 'warning', kali ni dia nak plan. Haha, saya memang 
dah terbiasa mem'plan' something. rasa kekok bila tak boleh 
nak plan itu ini. Ada kala saya korek2 juga rahsia dia tapi susahnyaaaa :(

Oh ya, saya ingin berkongsi tentang planning saya untuk membuat
kejutan semasa birthday husband saya, april yang lepas. {entry ini}.

Oleh kerana birthday husband jatuh pada hari bekerja, saya terus
apply cuti kepada majikan saya seminggu awal. takut last minute
tak lepas pula. Alhamdullilah. Diluluskan. 2 minggu sebelum birthday
suami, saya cari nombor talifon rakan baiknya sewaktu beliau sedang
tido. Siap set jam secara sembunyi sebab nak bangun pukul 3 pagi hehe.
Saya cari nombor rakannya yang selalu berjumpa dengan beliau.
(tips : selalu la borak-borak dengan husband dengan siapa dia selalu
jumpa dan apa aktiviti yang dilakukan, maklumlah kami masih PJJ).

1 minggu sebelum tarikh lahir dia, saya dah sambut secara terangan means
saya wish birthday dia, masak special untuk dia dan bagitau betapa
sedihnya saya kerana birthday pertama beliau sebagai suami, kami berjauhan.
Boleh dikatakan pelakon terbaik la hehe, memang kena minta maaf nanti :P

Saya menghubungi rakan beliau dan terangkan planning saya. Alhamdullilah
rakannya ingin membantu. Dia war-warkan pada rakan yang lain. Lagi mudah
kerja saya. Bila dah sepakat, terus saya booking hotel untuk bermalam.
Alhamdullilah, guna laman sesawang agoda.com. Mudah, selamat dan murah.
Bila saya dah selamat booking, terus saya survey restaurant yang berdekatan.
Paling dekat dengan hotel yang saya booking (Seri Pacific Hotel) adalah
the Mall. Jadi saya conformkan semula dengan rakannya, kejutan akan
dibuat di Restaurant Pizza Hut. Dorang pun setuju, mudah lagi urusan saya.

Sehari sebelum birthday husband, petang itu selepas habis waktu kerja
terus saya bertolak ke Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa 2 jam.
Sebelum bertolak pastikan segala barangan yang ingin dibawa ada.
Paling saya takkan lupa, suami saya tetiba telefon semasa saya sedang keluar
dari tol bertanyakan saya sedang buat apa. Saya jawab selamba, saya di
tempat kerja. Okey nasib highway tiada bunyi bising dan muzik dimatikan :P.

Saya sampai di hotel pukul 5 lebih, terus tunjuk surat booking.
Oh ya, masa saya booking di agoda.com, memang club room tengah
ada promosi 50% diskaun. Murah.Sampai sahaja saya disambut  
oleh staff dan dibawa ke bilik yang ditempah. Wah memang best.
Kawan suami telefon dan bertanyakan keadaan terkini. Saya bagitau
mereka, planning tetap on, selepas waktu isyak. Mereka kata tiada masalah.

Dalam pukul 8, kawan suami telefon katanya suami saya tidak balik
lagi kerana ada kerja di pejabat. Aduss saya terpana kejap. Kami
berbincang. Bila ingat balik, macam - macam idea diutarakan :).
Finally, saya kata planning tetap on, cuma ditukar kepada pukul 9 malam.
Saya buat - buat telefon suami bertanyakan keadaan beliau. Rupanya
beliau OT malam tersebut. Kami berpecah dua, sebahagian pergi ke
pejabat beliau dengan alasan mahu memohon pertolongan, sebahagian
lagi berkumpul di Pizza Hut dengan saya. Saya order dan minta kawasan
khas dengan team pizza hut. Kami dah jadi dua pasukan hehe.

Pukul 9 mereka masih tidak muncul. Nak talifon takut kantoi. Dalam
pukul 9.15, pasukan satu mesej bagitahu suami saya percaya dengan
alasan mahu memohon pertolongan tetapi gayanya macam curiga. Saya 
kata ikut sahaja rentak dia. Akhirnya dalam pukul 9.40 mereka mesej
bagitau mereka sudah bertolak. Nasib pizza tutup pukul 11.00, fuh :D

Sebaik sahaja suami buka pintu restaurant dan nampak saya, rasanya
satu restoran tu dengar jeritan beliau, Hah !. Muka dia saya tengok
macam terpinar-pinar. Siap gosok mata 2 kali. Haha tak mungkin saya
lupakan saat tu. Dia pergi dekat saya dengan baju kerjanya itu, sambil
mulut tak henti - henti bertanya tentang perjalanan saya ke sana. Dia
tidak tahu saya sudah booking hotel jadi dia suruh makan cepat2,
katanya esok saya kerja. Dia mahu hantar saya balik dan dia kembali
semula ke sana. Saya senyum jela dengar bebelan dia kan hehe :D




So, kami nyanyikan lagu hepi besday dan potong kek kecil. Makan
dan borak - borak sesama rakan. Simple tapi mesra. Tak tahan
bila saya paksa beliau pakai topi, habis digelakkan rakan - rakannya.
Kemudian, suami mengajak saya pulang. Saya kata saya parking kete
di parking PWTC. Setelah selesai semua, saya mengucapkan terima
kasih kepada rakan - rakannya atas kerjasama mereka dan kami
berjalan menuju ke parking kete. Bila kami sampai depan hotel, saya
tutup mata beliau dengan kain dan guide ke kamar hotel kami.



Suami sempat tanya, "aih nak ke parking pun naik lift ke". Saya
kata ada suprise lagi. Dah sampai kamar hotel baru saya bukakan
ikatan dan nyanyikan sorang2 lagu hari lahir untuk beliau. Kekok ok :P.
Suami diam terkelu dan terus peluk saya, saya mohon maaf dan bagitau 
saya sudah ambil cuti. Malam tu juga beliau hubungi rakan sekerjanya 
untuk bagitau esok beliau masuk lewat ke office. Jahat kan saya. 


Tepat jam 12 malam, saya keluarkan hadiah pada suami :)
Then it was memories between of us. Chit chat n bla bla :P


Esok pagi, kami makan di VIP Lounge Club Room di mana saya
sudah tempah makanan pagi sekali dalam pakej yang dibeli.


muka suami ngantok sebab malam tadi borak ke pagi.

Alhamdullilah selesai semua, tengahari beliau masuk kerja
dan saya pulang semula ke tempat saya. Penat tapi saya suka.


Terima kasih Ya Allah kerana perkenankan perancangan saya.
Insya Allah, semoga hubungan kami berkekalan , Aamin :)

Monday, August 6, 2012

Hi dan As Salam

Alhamdullilah, setelah usai semua urusan kami memilih
Pulau Mabul-Sipadan-Kapalai sebagai lokasi kami berbulan madu. 
Antara tempat yang sangat - sangat mendamaikan di Malaysia. 
Hilang segala fikiran apabila menjejakkan kaki di sana :)

Kami mengambil pakej ke Sipadan Water Village di bawah
seliaan syarikat Ping Achorage Travel semasa matta fair tempohari.
Pakej meliputi pengangkutan pergi balik dari Tawau hingga ke SWV,
makan buffet selama 3 hari (pagi, petang,malam), penginapan dan
aktiviti snorkeling selama 2 hari. Bagi saya sangat berbaloi.


Kami berlepas ke Tawau menggunakan perkhidmatan Air Asia.
Asalnya saya ingin menggunakan MAS, namun fully booked.
Sedangkan harga untuk tarikh kami pergi tu, MAS lagi murah tau.
Moral of the story : Sila booking awal - awal jika tak mahu rugi :D.
Perjalanan kami bermula di Terminal Bersepadu Tasik Selatan (TBS)
di mana kami parking kereta di situ. Sehari RM 3.00, keselamatan 
dijamin dan lagi murah berbanding anda parking di parking park LCCT.
Dari TBS, kami menuju ke KL Sentral untuk menaiki bas ke LCCT.
Kami tidak menaiki ERL sebab waktu kami tiba di TBS adalah pada
jam 1 pagi. ERL dah tutup, jadi kami pilih untuk naik bas pada jam 3 pagi.
Harga bas dari KL ke LCCT ialah RM 8.00 sehala. Dalam 1 jam setengah
kami dah sampai di LCCT. Sementara menunggu waktu berlepas, kami
makan - makan dahulu, solat dan berjalan - jalan di dalam LCCT.


Pada jam 6.45 pagi, tetamu penerbangan ke Tawau dipanggil masuk.
Oleh kerana kami dah check in secara online, mudah sahaja melaluinya.
Alhamdullilah, flight tidak delay dan kami bertolak on time dalam pukul
7.30 pagi. Pukul 9.30 pagi kami dah tiba di Lapangan Terbang Tawau.
Sampai je di perkarangan lobi, saya dah ternampak nama kami dicatat
pada kertas yang sedang dipegang oleh seorang lelaki. Dia terus
membawa kami ke van yang disediakan bagi para tetamu SWV.



Kemudian kami menikmati permandangan sepanjang perjalanan
1 jam ke Sempoerna. Sampai di pekan Sempoerna kami dibawa
ke jeti, di mana boat pekerja SWV sudah siap sedia menunggu.
Beg - beg kami diangkut dan perjalanan dari jeti Sempoerna ke
SWV memakan selama 1 jam. Dalam boat saya memang diam
sahaja sebab sudah lama tidak berada di atas lautan, rasa gayat pula.





Setibanya kami SWV, kami disambut mesra oleh petugas, setiap seorang
mengucapkan selamat datang dan kami diberi tuala kecil yang basah
bagi dituam pada muka. Kemudian kami dipelawa terus untuk makan
tengahari sebelum di bawa ke bilik. Acara snorkeling boleh dibuat pada
petang terus dan juga pada keesokkan harinya, kami memilih waktu pagi.
Setiap hari ada dua kali untuk snorkeling atau diving. Namun untuk ke
pulau Sipadan ada had limitnya berbanding pulau Kapalai yang tiada limit.
Pulau Kapalai memang tiada daratan lansung sebab sudah ditenggalami air.
Bila tengok air jernih ingatkan cetek rupanya dalam juga. Seronok sangat
tengok pelbagai jenis ikan dan penyu berenang di hadapan mata kami sendiri.



Selain acara snorkeling dan diving, anda juga boleh menyertai acara
memancing dan berkayak di sekitar pulau Mabul ini. Namun acara
memancing ada bayarannya. Ikan yang dipancing akan dimasak oleh
tukang masak di SWV resort dan dihidangkan kepada pemancing.
Restoran SWV ini memang suasana kampung dan tetamu perlu
mencabut selipar untuk masuk. JJCM pun dah sampai sini :D






Masa yang ada disana juga kami gunakan untuk mengelilingi pulau Mabul.
Pulau ini kecil sahaja, hampir 1 jam untuk mengelilingi pulau tersebut
dan melihat penduduk di situ. Saya tidak galakkan anda berjalan sendirian
ye kerana ada satu dua kawasan anda akan diserbu kanak - kanak yang
meminta makanan atau duit, kadang - kadang sekumpulan yang datang.
Namun suasana di situ damai sahaja, ada juga kaum bajau laut yang
tinggal hanya di atas sampan. Makanan penduduk kampung jual memang
murah. Pisang bakar yang saya beli berharga RM 0.20 sen sahaja sebatang.


Di SWV juga ada menara pemerhati yang terletak di sebelah kanan SWV
di mana ada boleh melihat matahari terbenam dan juga terbit. SUBHANALLAH.
Kondisi atau keadaan di dalam resort juga selesa. Tiada televisyen dan aircond
di sini. Hanya menggunakan kipas dan angin semulajadi sahaja. Penduduk pulau
pula akan dicatukan elektrik pada jam 12.00 malam, memang nampak gelap di
pulau tersebut. Di bahagian belakang bilik kami disediakan tempat beristirehat.
Memang damai suasananya dan kami dilayan dengan baik dan mesra. Airnya
sangat jernih dan 2 kali kami nampak penyu berenang di situ dan juga nemo :D
p/s : suami tidak mahu gambar dalam bilik diupload, segan katanya haha.









Hari terakhir juga kami tetap dilayan mesra, Selepas check out dan makan,
gong dipalukan sebagai tanda kami sudah hendak pulang. Pekerja yang
ada mengiringi kami naik ke boat dan melambai tanda selamat tinggal.
Perasaan susah dijelaskan tapi layanan mereka memang tip top.



Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Sipadan Water Village,
bolehla melayari laman web ini : Sipadan Water Village Resort
Oh ya Pulau Sipadan tersenarai di ranking 77 bagi Wonder Of Nature.


Paling manis, kenangan kami di sana dicoretkan juga di dalam 
Kenangan Bulan Madu bagi Majalah Ratu Sehari edisi ke 16.


Sememangnya kami enjoy berdua-duaan di sana.
Insya Allah jika ada kesempatan, kami ingin ke sana lagi.

p/s : Matta Fair yang terdekat adalah pada bulan 9 ini yea :)