Showing posts with label marriage life. Show all posts
Showing posts with label marriage life. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013


Hi dan Salam

Syukur Alhamdullilah, dalam kesibukan seharian, saya berjaya juga membuat 
kejutan untuk suami saya. Semua perancangan adalah 'last minute' tetapi 
berjaya direalisasikan. Izinkan saya mencoret serba sedikit kenangan di
blog ini, mana tau boleh jadi panduan dan ilham untuk mereka yang lain nanti :)

Idea ini lahir apabila mendengar suami saya menyanyi lagu yang
dia suka di hadapan tv (3 hari sebelum hari lahir dia) masa tu dia 
tengah lihat konsert ulangan Wings di Astro. Semangat dia nyanyi, 
kebetulan saya terus teringat tentang kumpulan Wings yang akan 
mengadakan konsert okestra di Istana Budaya. Saya sebenarnya bukan 
peminat tegar Wings, namun bila difikirkan balik apa salahnya menyelami 
minat suami, tidak rugi apa - apa pun. So saya start buat reseach tentang 
konsert okestra WIngs itu (lokasi, tarikh,harga tiket, pakaian dan 
sebagainyalah). Malangnya tiket yang murah memang dah sold out 
(namapun last minute kan !), yang tinggal hanya harga sederhana 
dan mahal. (yang mahal memang tak sanggup)

Saya survey dalam masa 2 hari. Sehari sebelum hari kejadian, saya nak beli
tiket secara online, bila buka website terus terkejut, dah tutup ! Saya buntu
seketika, tapi terus telefon kawan dia. Bila kawan dia angkat,  terus dia cakap,
" ha napa, nak cakap dengan ray ke, dia ada dekat dengan aku, kejap aku
panggil ", terusla saya 'ter' jerit.. "eh xpayah ! aku ada benda nak minta tolong".
Lepas dipastikan kawan suami jauh dr beliau, saya pun cerita tentang pelan
saya dan meminta tolong untuk dia belikan tiket di kaunter istana budaya.
Alhamdullilah, kawan suami tiada masalah untuk uruskan hal tersebut.


Keesokkan harinya, selepas habis waktu kerja saya terus bergerak ke KL.
Malam tadi sebelum tido, saya sempat pesan pada suami tidak perlu
pulang ke tempat saya sebab saya ada urusan di KL. Alhamdullilah dia setuju.
Cabaran saya yang paling besar adalah bagaimana untuk membuatkan
dia pakai baju kemeja dan seluar slack kerana hari kejadian adalah hari
Jumaat. Biasanya dia balik ke tempat saya pun pakai baju melayu.

Sebaik tiba di KL, saya terus bergegas ke pejabat suami. Saya katakan
saya ada reunion dengan kawan universiti di tempat eklusif jadi suami
kena pakai pakaian kemeja. Dia terkejut dan mengatakan tidak mahu
ikut serta tapi dia boleh menghantar saya ke tempat reunion. Puas jugala
saya pujuk beliau untuk ikut, alasan dia tidak mahu ikut, dia tidak 
suka majlis formal. Saya katakan ada tetamu VVIP sebab tu kena pakai formal. 
Alhamdullilah puas memujuk, akhirnya beliau bersetuju untuk ikut 
lalu kami bergerak ke rumahnya di KL untuk menukar pakaian dan solat. 
Sampai dirumahnya, kawan beliau terus memberi tiket yang dikirim ketika
suami sedang mengurus diri di dalam rumah. Saya tunggu di luar sahaja.

Tetiba saya teringat tentang kasut, saya lupa bawa kasut dia !
Nasib baiklah kawan dia offer kasutnya kerana mereka sama saiz.
Cepat - cepat saya masukkan kasut itu di seat belakang kereta.
Akhirnya suami pakai baju yang saya bawa tetapi dengan sandal !
Saya cakap pada suami kali ini saya yang drive sebab saya tahu
lokasi reunion tersebut. Dalam perjalanan, suami saya tanya dekat 
mana reunion, saya kata, dekat restoran DNelayan di Titiwangsa
(dengan penuh konfiden). Tetiba suami saya diam, " Eh biar betul
sayang, rasanya dah tutup kat Titiwangsa, yang ada sekarang dekat
Gombak, dekat UIA, kita dah salah jalan ni". Gurlp ! Oh please come idea.


"Eh yeke..oh sayang salah sebut nama kot, tapi conform kat Titiwangsa,
kawan dah sampai kat sana". Hehe dan kami meneruskan perjalanan
seperti biasa. Bila saya sampai dekat bulatan Pahang saya slowkan kereta
sebab mahu lihat tempat parking. Sah parking full, lalu saya parking
tepi jalan, nasib baik depan Istana Budaya ada kedai makan. Suami saya
beria ingat reunion kat situ. Hehe. Bila dah parking dan dia turun kereta,
saya minta beliau ambil beg kamera di seat belakang dan dengar dia
kata, "sayang.. ni kasut siapa?". On the spot, cepat 2 saya pergi belakang
beliau dan bila suami berpaling je ke belakang saya terus jerit
" HAPPY BIRTHDAY ABG ! LOVE YOU MORE !!! " sambil tangan
pegang 2 tiket dan 1 batang ucapan birthday ! Reaksi dia? Haha
terdiam selama 1 minit (anggaran), " Ya Allah, terkena abg " hehe.




Okey, lepas itu adalah kena bebel dalam 5 minit kot sebab beli tiket
konsert kan tapi lepas dia masuk dalam Istana Budaya tu, dialah
paling eksited melihat konsert itu, siap menyanyi lagu yang saya tidak
faham liriknya. Tapi saya enjoy dengar bunyi okestra, memang superb!
Di penghujung konsert itu, saya tahu beliau terharu dan suka sebab
he said "thank you sayang" sambil dot dot dot.. malulah, haha korang mesti 
faham. Barangan cenderamata tidak lupa dibeli sebagai tanda kenangan.
Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Malam itu, kami pulang ke 
tempat saya semula sambil suami pegang erat tangan saya
sepanjang perjalanan selama dua jam tersebut.

So terokai minat suami anda, mana tau ada gunanya nanti :)


Terima kasih Allah for everything ! Alhamdullilah.

Happy Birthday Husband ! xoxo !


p/s : first time masuk IB, so tak tahu sangat pasal pakaian
rupanya perempuan pakai blaus pun boleh hehe, xpelah
take it as a lesson :) 



Thursday, April 11, 2013


Hi dan As Salam

Fuh banyaknya sawang dekat blog ini. Lama sungguh tidak
ber'update'. Tahun ini kerja sangatlah padat !

Sekejap sahaja dah bulan April dan baru saya tersedar
bulan ini bulan ulang tahun kelahiran suami. Masih
mencari idea untuk membuat kelainan berbanding tahun lepas.

Tahun ini kekangan agak kuat. Hari lahir suami jatuh pada
hari bekerja dan bos saya tidak membenarkan saya bercuti
tambahan pula ada tugasan perlu disiapkan.
Saya pun tak survey apa - apa pun lagi tapi saya
pasti tidak akan tidak berbuat apa - apa. Moga ada la idea nanti.

Doakan saya okeh. Kalau berjaya , saya share nanti hehe.
tadaaaaaaaaa ~ back to work !



Monday, November 26, 2012

Alhamdullilah, hari ini genap setahun usia majlis
pernikahan kami. Terimbas kembali memori yang indah.
Teringat kembali kenangan manis yang indah bersemi.
Terasa seperti baru lagi ia berlaku. Rupanya sudah setahun berlalu.

Firstly, terima kasih Ya Allah kerana menemukan jodohku.
Baik buruknya ku terima dengan kasih sayang kerna ku
tahu Engkau tahu siapa yang layak melengkapkan hidupku.
Terima kasih juga Ya Allah, Engkau melancarkan segala
hal tentang majlisku tempoh hari, tanpa rasa gusar di hati.

*di belakang tabir majlis kami*

Tentulah terima kasih sangat kepada kedua ibu bapaku. 
Menerima seadanya menantu mereka, menerima idea gila gila 
ku yang memenatkan mereka. Juga ahli keluarga dan saudara maraku.
Sangat menghargai adik yang menjadi running man 2 hari berturut- turut.



Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih
kepada mereka - mereka ini, tanpa mereka mungkin ia tidak
menjadi lancar dan indah sebegitu rupa. :-


sepupuku, yana merangkap bestfren, personal assistant,
bridesmaied, etc. Ya Allah dia betul2 membantu dari awal hingga akhir.


pihak dina halim yang bertungkus lumus siang dan malam


kak farina yang memastikan segalanya nampak berseri :)


ED Caterers yang memastikan makanan cukup dan sedap,
serta pelayan yang cekap dan efisen. ramai puji service anda.


pihak rosebay yang bertungkus lumus memastikan
segala kenangan tetamu tetap terpahat dengan coretan manis


pihak honey soft ice cream yang sudi menaja chocolate
fountain dan menyediakan servis aiskrim untuk para tetamu


pihak dj, pasukan kompang. tanpa mereka majlis pasti
sunyi hambar. Terima kasih jua Ustaz kerna mendoakan kami.
Kawan - kawan ibu ayah yang memberikan sumbangan dalam
apa jua cara untuk majlis kami. Terima kasih.


kak Ani dan Uncle Sam yang berjaya menyiapkan
baju kami sesuai pada masanya dan menahan kerenah kami
yang chubby ini. Hehe. Maklumlah difficult size :D


kak Durra (artchetak) yang merealisasikan impian
kad kawen dan bunting saya. 


op dan ov saya dari saat pre-wed hinggalah majlis.
(rfmediaworks,cst,peveyhack,ahmad fairus,
kerjagilasimoll, ridzalrizuan,wanmahathir,ohchenta)


bloggers yang banyak membantu saya , memberi idea
mendapatkan barang dan sebagainya. syukur dpt kenal korg semua !
intan - buatkan veil untuk saya 
lynda - buatkan bunting untuk saya
dyll - buatkan button badge saya
puteri - dapatkan kotak lunch box untuk saya
sarah - temankan sy dptkan quotation
sya - buatkan kartun comel dan tq tag saya
dan semua - semua lah bloggers yang hadir dan doakan saya !

dan terima kasih untuk semua yang terlibat secara lansung atau tidak.
Tanpa anda, maybe majlis kami tiada serinya. Love all of u !

untuk suamiku yang tercinta :)

HEPI 1st ANNIVESARY FOR OUR MARRIAGE


p/s : nanti saya sharekan di mana kami raikan ulangtahun
pertama kami dan apa yang terjadi hehe :) take care !

Wednesday, November 14, 2012

Hi dan Salam

Apa aktiviti bersama suami hari ini? Oleh kerana kami
masih berdua, biasanya kalau hari cuti macam hari ini, 
adakalanya kami pergi ke shopping complex. Hehe paling 
besh kalau dapat keluar bersama - sama suami membeli 
barang keperluan seperti barang dapur. Biasanya suami saya 
akan melakukan tugas 'pemilihan' di mana saya serahkan kepada 
beliau untuk memilih ayam segar, daging segar dan sebagainya. 
Maklumlah bila dekat shopping complex tak semuanya segar 
sepert di pasar. Bila bab - bab barang rempah atau kering baru 
saya yang akan pilih. Tapi beras suami yang pilih. Wajib hehe.
Selalunya kami beli untuk tempoh sebulan. 



Banyak yang saya pelajari semasa aktiviti sebegini. 
Memandangkan kami masih long-distance marriage (PJJ),
aktiviti sebegini dapat membantu saya mengenali suami saya
dengan lebih baik. misalnya saya tahu apa kicap kegemarannya 
haha. Ingat lagi semasa saya salah beli kicap, dia kata tak sedap :P
Ada satu kisah, dia salah beli aiskrim kegemaran saya. Huhu
saya memang tak makan semua aiskrim, hanya perisa tertentu sahaja.

Pernah juga kami duduk bersama - sama semata - mata hendak
memilih barang. Biasanya tarikh luput dan kandungan barang
menjadi keutamaan sebelum membuat pilihan.


Macam - macam ragam kan. Tapi itulah sebenarnya yang membuatkan
hubungan suami isteri lebih rapat. Mungkin ada yang anggap remeh atau
mengada - ngada, namun mari kita anggap ia positif dalam hubungan
kekeluargaan kita. Insya Allah. Selamat bershopping semua :P

p/s : Esok 1 Muharram, genaplah hubungan kami selama
setahun kalau mengikut kalendar islam. Selamat ulangtahun
perkahwinan yang pertama sayang (kalendar islam)  :D

Tuesday, October 9, 2012

Hi dan As Salam

Semoga kalian sihat - sihat sahaja. Pejam celik pejam celik kejap 
sahaja masa berlalu. Rasa dah lama betul tidak update.Bila tengok 
jumlah ringgit di 'nuffang' terus meningkat, tambahan pula sokongan 
dan komen - komen kalian, rasa bersalah sungguh.Maaf  yea, 
mungkin kesibukan kerja di hujung tahun membataskan waktu namun 
jangan risau, Insya Allah ada masa, jejari pasti menari di sini :)

 ehemmm...

Our first annivesary dah makin dekat, baru ingat nak planning something 
tapi husband dah bagi 'warning', kali ni dia nak plan. Haha, saya memang 
dah terbiasa mem'plan' something. rasa kekok bila tak boleh 
nak plan itu ini. Ada kala saya korek2 juga rahsia dia tapi susahnyaaaa :(

Oh ya, saya ingin berkongsi tentang planning saya untuk membuat
kejutan semasa birthday husband saya, april yang lepas. {entry ini}.

Oleh kerana birthday husband jatuh pada hari bekerja, saya terus
apply cuti kepada majikan saya seminggu awal. takut last minute
tak lepas pula. Alhamdullilah. Diluluskan. 2 minggu sebelum birthday
suami, saya cari nombor talifon rakan baiknya sewaktu beliau sedang
tido. Siap set jam secara sembunyi sebab nak bangun pukul 3 pagi hehe.
Saya cari nombor rakannya yang selalu berjumpa dengan beliau.
(tips : selalu la borak-borak dengan husband dengan siapa dia selalu
jumpa dan apa aktiviti yang dilakukan, maklumlah kami masih PJJ).

1 minggu sebelum tarikh lahir dia, saya dah sambut secara terangan means
saya wish birthday dia, masak special untuk dia dan bagitau betapa
sedihnya saya kerana birthday pertama beliau sebagai suami, kami berjauhan.
Boleh dikatakan pelakon terbaik la hehe, memang kena minta maaf nanti :P

Saya menghubungi rakan beliau dan terangkan planning saya. Alhamdullilah
rakannya ingin membantu. Dia war-warkan pada rakan yang lain. Lagi mudah
kerja saya. Bila dah sepakat, terus saya booking hotel untuk bermalam.
Alhamdullilah, guna laman sesawang agoda.com. Mudah, selamat dan murah.
Bila saya dah selamat booking, terus saya survey restaurant yang berdekatan.
Paling dekat dengan hotel yang saya booking (Seri Pacific Hotel) adalah
the Mall. Jadi saya conformkan semula dengan rakannya, kejutan akan
dibuat di Restaurant Pizza Hut. Dorang pun setuju, mudah lagi urusan saya.

Sehari sebelum birthday husband, petang itu selepas habis waktu kerja
terus saya bertolak ke Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa 2 jam.
Sebelum bertolak pastikan segala barangan yang ingin dibawa ada.
Paling saya takkan lupa, suami saya tetiba telefon semasa saya sedang keluar
dari tol bertanyakan saya sedang buat apa. Saya jawab selamba, saya di
tempat kerja. Okey nasib highway tiada bunyi bising dan muzik dimatikan :P.

Saya sampai di hotel pukul 5 lebih, terus tunjuk surat booking.
Oh ya, masa saya booking di agoda.com, memang club room tengah
ada promosi 50% diskaun. Murah.Sampai sahaja saya disambut  
oleh staff dan dibawa ke bilik yang ditempah. Wah memang best.
Kawan suami telefon dan bertanyakan keadaan terkini. Saya bagitau
mereka, planning tetap on, selepas waktu isyak. Mereka kata tiada masalah.

Dalam pukul 8, kawan suami telefon katanya suami saya tidak balik
lagi kerana ada kerja di pejabat. Aduss saya terpana kejap. Kami
berbincang. Bila ingat balik, macam - macam idea diutarakan :).
Finally, saya kata planning tetap on, cuma ditukar kepada pukul 9 malam.
Saya buat - buat telefon suami bertanyakan keadaan beliau. Rupanya
beliau OT malam tersebut. Kami berpecah dua, sebahagian pergi ke
pejabat beliau dengan alasan mahu memohon pertolongan, sebahagian
lagi berkumpul di Pizza Hut dengan saya. Saya order dan minta kawasan
khas dengan team pizza hut. Kami dah jadi dua pasukan hehe.

Pukul 9 mereka masih tidak muncul. Nak talifon takut kantoi. Dalam
pukul 9.15, pasukan satu mesej bagitahu suami saya percaya dengan
alasan mahu memohon pertolongan tetapi gayanya macam curiga. Saya 
kata ikut sahaja rentak dia. Akhirnya dalam pukul 9.40 mereka mesej
bagitau mereka sudah bertolak. Nasib pizza tutup pukul 11.00, fuh :D

Sebaik sahaja suami buka pintu restaurant dan nampak saya, rasanya
satu restoran tu dengar jeritan beliau, Hah !. Muka dia saya tengok
macam terpinar-pinar. Siap gosok mata 2 kali. Haha tak mungkin saya
lupakan saat tu. Dia pergi dekat saya dengan baju kerjanya itu, sambil
mulut tak henti - henti bertanya tentang perjalanan saya ke sana. Dia
tidak tahu saya sudah booking hotel jadi dia suruh makan cepat2,
katanya esok saya kerja. Dia mahu hantar saya balik dan dia kembali
semula ke sana. Saya senyum jela dengar bebelan dia kan hehe :D




So, kami nyanyikan lagu hepi besday dan potong kek kecil. Makan
dan borak - borak sesama rakan. Simple tapi mesra. Tak tahan
bila saya paksa beliau pakai topi, habis digelakkan rakan - rakannya.
Kemudian, suami mengajak saya pulang. Saya kata saya parking kete
di parking PWTC. Setelah selesai semua, saya mengucapkan terima
kasih kepada rakan - rakannya atas kerjasama mereka dan kami
berjalan menuju ke parking kete. Bila kami sampai depan hotel, saya
tutup mata beliau dengan kain dan guide ke kamar hotel kami.



Suami sempat tanya, "aih nak ke parking pun naik lift ke". Saya
kata ada suprise lagi. Dah sampai kamar hotel baru saya bukakan
ikatan dan nyanyikan sorang2 lagu hari lahir untuk beliau. Kekok ok :P.
Suami diam terkelu dan terus peluk saya, saya mohon maaf dan bagitau 
saya sudah ambil cuti. Malam tu juga beliau hubungi rakan sekerjanya 
untuk bagitau esok beliau masuk lewat ke office. Jahat kan saya. 


Tepat jam 12 malam, saya keluarkan hadiah pada suami :)
Then it was memories between of us. Chit chat n bla bla :P


Esok pagi, kami makan di VIP Lounge Club Room di mana saya
sudah tempah makanan pagi sekali dalam pakej yang dibeli.


muka suami ngantok sebab malam tadi borak ke pagi.

Alhamdullilah selesai semua, tengahari beliau masuk kerja
dan saya pulang semula ke tempat saya. Penat tapi saya suka.


Terima kasih Ya Allah kerana perkenankan perancangan saya.
Insya Allah, semoga hubungan kami berkekalan , Aamin :)