Wednesday, December 12, 2012

Tranformasi Blog Kami

Hi dan As Salam

Alhamdullilah, tahun 2012 bakal melabuhkan tirai.
Banyak kenangan manis dan pahit terukir pada tahun ini.
Pastinya tahun baru yang menjelang akan mewarnai
kehidupan kita dengan azam baru, matlamat baru dll.

Bagi saya, tahun 2013 nanti moga membawa kehidupan
yang berkat dan dirahmati Allah selalu hendaknya.
Banyak nak dicapai tahun 2013 ini dan seharusnya
kerja keras, konsisten dan sebagainya jadi taruhan.

Blog anaztasias ini juga akan mengalami fasa yang 
berlainan sedikit sebelumnya. Saya telah membuat 
keputusan untuk tidak menutup blog ini sebaiknya 
meneruskan ia dengan matlamat penulisan yang baru.
Jika sebelum ini lebih berkisar kepada persiapan
perkahwinan, namun selepas ini lebih berkisar kepada
kehidupan rumah tangga yang mana boleh dikongsikan.

Idea, informasi, pendapat dan sebagainya akan terus
dikongsikan dengan pelbagai segmen yang sudah saya
fikirkan sesuai. Terima kasih kepada mereka yang
masih setia dan sudi membaca blog picisan saya ini.
Hal - hal berkaitan perkahwinan sudah saya rangkumkan
di ruangan 'wifey wedding'. Moga ia terus bermanfaat.

Oleh kerana saya masih tidak mengandung lagi (doa-doakan yea)
maka blog ini mungkin akan lebih berfokus kepada segala
hal berkaitan dengan isteri dan saya juga sangat alu - alukan
mereka yang berkunjung ke blog ini, berkunjung juga ke
blog 'rumah kami' di mana saya khususkan tentang dekorasi rumah
ke satu blog lain kerana mahu ia menjadi catatan istimewa
buat saya dan suami. Sudi - sudilah berkunjung yea :)

Kerel & Nora Little House Blog


22 comments:

  1. ala kenapa tak sambung je blog ni u. campur2 pun boleh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ini memang campur campur dear kecuali pasal umah je hehe

      Delete
  2. Header bru suka!...sokong nora!! N moga cepat2 preggy ye..aamiin... :-)

    ReplyDelete
  3. Hidup kena sentiasa ada perubahan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak nora! sheila akan bloglistkan kedua blog akak ni. hehehe. bestnya ada 2 blog! hehehe sheila doakan kita sama2 pregnant cepat. hehehe.

    ReplyDelete
  5. cantik header akak :) takpe akak rangkumi je dlm satu blog baru best nak baca..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear, blog ini tetap blog utama dan merangkumi semua kecuali pasal umah je :)

      Delete
  6. congrats nora!wish u all the best

    ReplyDelete
  7. congratz nora..semoga tahun 2013 kita lebih bermakna

    ReplyDelete
  8. comel.. love it.. teruskan menulis.. suke baca..

    ReplyDelete