Tuesday, December 11, 2012

Wifey Leisure : POWER! Book

Hi dan As Salam

Untuk permulaan segmen wifey leisure ini, saya mulakan
dengan buku POWER. Buku ini diberi oleh ibu saya
selepas 2 bulan kami berkahwin. Kata ibu, buku ini 
baik untuk dijadikan panduan dan pedoman.


Setelah membelek untuk kesekian kalinya, saya rasa
buku ini sememangnya sesuai untuk kita semua. Memiliki
buku ini bukan bermakna kita tidak pandai menguruskan
kewangan lansung tetapi sebagai panduan untuk kita menguruskan
kewangan dengan berhemah. Lagi - lagi kalau sudah berumahtangga.

Contoh - contoh kisah masalah kewangan di dalam buku ini
agak menakutkan saya. Kadang - kadang kita sendiri pun lupa
apa yang kita buat dengan kewangan kita. Eh selalu kot :P

Salah satu saranan dalam buku ini ialah terjemahkan perjalanan
kewangan anda ke dalam bentuk catitan. Saya dan suami
gunakan mini whiteboard, Alhamdullilah rasa better lepas buat camtu.
Maybe nampak simple tapi hasilnya sangat berkesan kepada kami.
Sekiranya ada pembelian baru, pembayaran dll kami masukkan
dalam catitan itu dan lihat baki nya untuk kami sekeluarga.
Langkah yang kecil tapi percayalah kesannya besar sekali.

Banyak lagi tips - tips lain yang dikongsikan di dalam buku ini.
Dalam buku ini, ia menceritakan secara asas tentang financial planning, 
sesuai panduan orang ramai yang tidak tahu dimana perlu bermula 
untuk memahami tentang ilmu pengurusan kewangan.
Terdapat 6 bab dalam buku ini merangkumi:
1. Pengurusan aliran tunai2. Asas meminjam
3. Penggunaan kad kredit secara bijak
4. Membeli kereta
5. Membeli rumah
6. Mengurus hutang anda
Terdapat banyak contoh dan kes senario yang diberikan dengan setiap bab.Sekiranya anda berminat, bolehla mendapatkan buku ini di AKPK cawangan
berdekatan dengan anda. Saya sejujurnya berpendapat buku ini harus
ada di dalam setiap keluarga. Bahan bacaan yang sangat bermanfaat.
wifey note : isteri juga hebat dalam merancang kewangan :)

14 comments:

  1. Assalamualaikum kak nora, harga buku murah tak? hehehe nanti sheila nak cuba cari kat mph :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, buku ni tiada di MPH. hanya di AKPK sahaja :)

      Delete
  2. wah menarik je buku ni..brp pricenya nora??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap RM 10 kot.. xpasti mak bagi tapi kalo mila join dorg punya taklimat setiap rabu atau isnin if not mistake buku ni dpt free :)

      Delete
  3. nora...kalau x silap boleh download di laman web akpk... tp xsure sama version ke x :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke, thank you atas perkongsian info tersebut anis :)

      Delete
  4. Hi Nora...

    Lama tak jengah belog ni..
    Wahh..harus dapatkan buku ni..

    Thanks dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi zizie, zizie pun dah lama xupdate. hehe selamat pengantin baru dear !

      Delete
  5. bgs mana eh mana leh dpt buku ni..kedai-kedai byk eh jual

    ReplyDelete
  6. nora..kite pn ade 1...beli 2 Oktober 2012...tp blm hbis bc lg...bru 1 tajuk kot..heheheh....en.husband ckp tggu spiderman bt 'sarang' bru nk bc...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke hehe. xpe slow2 baca. jom baca sama2 yok !

      Delete