Monday, December 31, 2012

Our Travelog : Pulau Pangkor

Hi dan As Salam

Cuti yang lepas, kami telah menjelajahi sehari di Pulau Pangkor.
Dari KL kami meneruskan perjalanan menggunakan highway
PLUS dan memasuki tol Simpang Pulai dengan kadar RM 22.50.
Esoknya, dari Simpang Pulai kami meneruskan perjalanan ke daerah Lumut.
(kami tidur sehari di Simpang Pulai - Lost of Tambun, lain entry yea)

Setibanya kami di Lumut, kami terus meletakkan kenderaan
di parking Jeti Lumut. Dekat parking Jeti Lumut ini, anda
boleh memilih untuk parking berbumbung atau parking luar.
Harga bayaran parking sangat murah iaitu RM 0.40 sejam.
Berbaloi kan. Taklah risau nak parking lama - lama.

Selepas parking, kami berjalan kaki ke arah jeti yang bersebelahan
dengan tempat parking tersebut. Kami membeli tiket pergi balik
yang berharga RM 10.00. Feri terakhir sekiranya ingin keluar
dari Pulau Pangkor adalah pukul 8.30 malam. Kami bertolak pada pukul 
12.30 tengahari. Perjalanan mengambil masa selama 40 minit.


Feri akan berhenti 2 kali, jika anda seorang pelancong, turun
semasa feri berhenti di Jeti Pulau Pangkor yang kedua. Jangan risau
tentang pengangkutan, ada van teksi pink, motor sewa dan kereta sewa.
Surau dan masjid berdekatan dengan Jeti Pulau Pangkor memudahkan
urusan sekiranya anda ingin menunaikan solat dan sebagainya.

Seterusnya kami menaiki van teksi pink dimana bayarannya adalah
RM 20.00 sehala untuk satu van. Satu van pula muat untuk 8-9 orang.
Kami menuju ke Teluk Nipah di mana kawasan ini merupakan kawasan
yang banyak menyediakan aktiviti berkaitan dengan air dan laut.


Di Teluk Nipah, ada pelbagai kiosk kecil yang menawarkan pelbagai
aktiviti air. Anda kena pandai tawar-menawar. Biasanya bila cuti
sekolah ni, harganya mahal sedikit. Misalnya, pakej snorkeling
yang saya ambil berharga RM 15.00 seorang. (kebiasaanya RM 10.00).
Untuk sukan air seperti paparazzi, banana boat dll berharga RM 20.00 seorang.
Untuk jet-ski RM 75.00 seorang untuk 1 jam. Kayak RM 10.00 seorang
untuk 1 jam. Untuk pakej snorkeling, ia merangkumi lawatan sekitar
pulau - pulau kecil, pantai - pantai sebelum dibawa ke kawasan snorkeling.
Anda boleh berhenti untuk bermandi manda di kawasan Pulau Coral.
Life jacket dan peralatan snorkeling pun termasuk dalam harga tersebut.

* amaran : snorkeling di Pulau Giam (Pulau Pangkor) adalah sedikit 
berbahaya kerana kaki mudah tercedera kerana sisik - sisik dekat
batu bata yang tajam. Saya turun pun berpaut pada suami. Tak jejak bawah.

Pada waktu petang sekitar pukul 5 petang, kawasan Teluk Nipah
sangat meriah dengan aktiviti seakan pasar malam. Pelbagai barangan
cenderamata dengan harga yang murah dan berbaloi.


Dikatakan pada bulan Februari, kita boleh berjalan kaki dari kawasan
pulau Coral ini menuju ke kawasan pantai di hadapan pulau tersebut
seperti dalam gambar di bawah ( pantai belakang kami). SubhanAllah !




Alhamdullilah, kami enjoy di sini. Namun, air laut Pulau Pangkor
bagi saya tidak best kerana terasa gatal - gatal. Mungkin masa kami datang tu
airnya begitu. Apapun ,  seronok menaiki bot laju dan aktiviti sukan air.
Sangat seronok di sini, namun dari segi snorkeling tidak begitu menarik
terutama dengan sisik - sisik tajam tu. Mudah terluka.

Selesai sahaja waktu Maghrib, kami menaiki feri dari Jeti Pulau 
Pangkor menuju ke Jeti Lumut. Kami bermalam di Lumut
semalam dan keesokannya kami singgah sebentar di Teluk Batik
sebelum bertolak pulang ke kampung halaman.

Sememangnya kenangan indah telah tersemat di sini. Percutian
di Pulau Pangkor adalah berbaloi kerana harganya yang tidak
mahal dan masih dalam percutian bajet kami. Kenangan 
yang tidak akan dilupakan dalam ingatan. In Shaa Allah.

16 comments:

  1. Next time leh try LATAR --->Kuala Selangor--->Sabak Bernam----> Lumut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronk betul korang menyelam bersama.hehehe

      Delete
    2. Lumut dah tak nak la pergi hik3. yela mestilah seronok bersama suami. bukan nya dapat jumpa hari2 :)

      Delete
  2. best2. rindu plak nak makan lempeng pisang kat pangkor tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe saya tak berpeluang jumpa lempeng pisang di sana reen :)

      Delete
  3. kat pangkor day trip okla.. pantai dia tak secantik redang ngan perhentian.. :) nnti try g sana.. coral dia mmg sangat cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas cadangan dear :). aah mmg plan dari awal one day trip pun hehe :)

      Delete
  4. Salam Nora..
    seronok bercuti2 ke Pangkor..
    nanti bercutilah ke Langkawi pula ye.. bole jenguk akak kat sini..

    >> yang.. tgk nama terpapar di situ, pasti akak kenal dik.. Nama yang selalu akak nampak sejak 5 tahun yang lepas di fB, hehe Take Care !! (^_~)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. eh akak duduk langkawi ke. hehe okey kalo de rezeki saya ke sana dan jumpa akak saya roger2 yea

      Delete
    2. ye la Nora.. dah setahun lebih akak duk Langkawi, b4 ni akak duk Lumut.. hehe nak wat cane yang.. hanya kerana sesuap nasi hehehe

      Delete
  5. hati- hati, kalu kulit sensitif, blh kena gatal2 disebabkn oleh agas pantai...wawa dh kena tau, bult2 merah kat kaki sbb gatal2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke wawa. wat masa skrg dah okey dah. maybe nora kena tak teruk kot. thank you for the info ek :)

      Delete
  6. assalamualaikum kak nora, bestnya ! honeymoon ye. syokkk oh sheila pun nak g jalan sana bila ada masa insyallah♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Hahah ni dah gemokmoon dah ni. Okeh nanti share ye tmpt menarik :)

      Delete
  7. last time pergi time kursus..tkdela nk berjln pn..tp bile tgk travelog nora..mcm menarik je...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe sebab kursus kot. xpe nanti jalan2 sama suami okeh !

      Delete